Jumaat, Disember 23, 2011

RAHSIA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.


7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.


9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.


10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.


11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.


13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Rabu, Disember 21, 2011

KEKASIH YANG SATU.






Nur Qaisara si gadis ayu pada pagi itu bertemu rakan-rakannya di sebuah pondok indah milik keluarganya.... Walau hatinya berasa tidak sedap,namun tetap dia gagahi juga langkahnya untuk ke pertemuan itu....



Nur Qaisara sendiri tidak tahu mengapa dia berasa gundah seperti ada sesuatu yang bakal berlaku pada hari iu.. gurauan serta cerita-cerita dari rakan-rakannya tidak 100% dia dengar.... cerita-cerita mereka tidak sedikitpun menarik perhatiannya.... Apabila seorg dari rakannya meminta tunjuk ajar darinya berkenaan dengan satu kertas kerja... Mampu pula dia memberi penerangan yang mudah untuk di fahami oleh rakan-rakannya......



*********************************************************************



Nur Qaisara mendapat satu panggilan daripada seseorang yang dikenalinya....



Rakan-rakanya terdiam dan mereka melihat airmata jernih Nur Qaisara mengalir laju...



SYILA: Sara,kenapa ni? siapa yang call sara?



Nur Qaisara: Kita ke hospital sekarang... Tolong temankan Sara...






Tanpa sebarang kata,semuanya bergegas mengiringi langkah Nur Qaisara.....






Di Hospital......



Nur Qaisara: Assalamualaikum mak cik......



Mak Cik(Ibu kpd Haikal) : Wa'alaikummussalam Sara....



Nur Qaisara: (dalam getaran suara) Kenapa mak cik tak bagitau sara dari awal?Bagaimana dengan keadaan Abg Haikal?



Mak Cik: Haikal tak bagi mak cik ceritakan semuanya kepada Sara... Haikal tak nak Sara sedih bila tahu dia ada penyakit.... Sekarang doktor tengah berusaha untuk menyelamatkan Haikal...



Nur Qaisara: Mak Cik, Sara nak pergi solat jap... Kalau ada ape-ape,nanti call jer Sara ea...



Sara juga memberi pesan yang sama kepada rakan-rakanya yang berada di situ.






" Ya ALLAH, hanya padaMU aku memohon seandainya dengan mengambil nyawa Haikal Bin Faizal itu akan membebaskan dia dari kesakitanya,maka ENGKAU jemputlah dia,dan permudahkanlah bagi dia... Namun jika masih belum waktunya untuk dia menemuiMU,maka ENGKAU sembuhkanlah dia dan berikan kebahagiaan bagi ibunya.... Sesungguhnya hambaMU ini redha Ya ALLAH... Amin Ya Rabbal Alamin.."






*************************************************************



Mak Cik: Sara,Haikal sedang koma dan doktor kata harapannya tipis......



Nur Qaisara: Abg Haikal, semasa abg masih mampu bergerak,masih mampu berkata-kata dan masih mampu tersenyum, Sara menahan diri dari banyak berkata-kata kerana Sara lebih memilih mendengar segala pesanan-pesanan dari abg... Abg sentiasa ingatkan Sara mengenai kematian dan sakitnya sakaratul maut...



Abg juga pernah mengatakan abg sayang Sara dan yakin bahawa kasih itu datangnya dari ALLAH YANG MAHA PENYAYANG.... Abg juga mengingatkan Sara bahawa kasih antara manusia itu tidak kekal.... dan janganlah mudah lalai dengan kasih sesama manusia... Seandainya ALLAH izinkan abg menjaga kasih di hati abg itu sehingga akhir nafas abg,dan abg akan memohon ALLAH kekalkan rasa sayang itu selama-lamanya,maka abg lah antara insan yang paling bertuah dan abg bersyukur...



Abg, dari apa yang Sara pandang pada diri abg, abg seorang yang sangat baik,sangat menjaga waktu abg dengan Allah, abg kata,satu-satunya cinta yang akan abg perjuangkan ialah kasih dan cinta abg terhadap ALLAH dan Rasulullah...



Ingat kah abg pertemuan pertama kita? Pertemuan pertama kita di rumah Allah... Abg sebagai imam dan Sara makmumnya... Ucapan salam berbalas dan ilmu melebihi bicara yang kosong... Dalam sepinya bicara Sara,Sara sempat mengkagumi diri abg..



Abg Haikal Bin Faizal, tanpa syak atau mencari ape2 kemungkinan, Sara yakin,Allah menyayangi abg melebihi kasih sayang kami semua di dunia ini.... Pergilah abg, temuilah KEKASIHMU YANG SATU...(Air mata terakhir Haikal mengalir menandakan bahawa dia mendengar..) Akhirilah masa abg di dunia ini dengan kalimah LA ILAHAILLA ALLAH.....................................................









''Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali.....''

Selasa, Disember 20, 2011

opizku bkn opizmu..

Assalamualaikummmmm

bertemu lagi kta.. Alhamdulillah............. fiuhhhhhhhhhhhhhh...
Semalam ama dapat kad warna merah... ingtkn ape,rupe2nyer anak bos nak kawen.... hihihihihi
next year.... haishhhh...

Arini pulak wase kureng selesa.... ada lerrr dak2 keje cni.. msuk opiz suka pulak nak usik ama... "MIZ LINA." suka nak panggil2 ama... ish3..... rasa artis la pulekk... ahahahahaha.... ASTAGFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM...

Hehehehehe.... heran btul lah....
ermmmmmm....

Sabtu, Disember 17, 2011

KOTAK HATI



Ingatlah......





Jika Allah mengizinkan,merestui dan meredhai kamu dan si dia,walau cinta di hati kamu cuma sebesar zarah sekalipun, bahagia itu pasti milik kalian....




Akan tetapi.....


Jika Allah berkata tidak,tidak merestui,tidak mengizinkan dan tidak meredhai kamu dengan si dia, biarpun cinta sepenuh hati,merentasi lautan berapi, bahagia itu tidak akan kekal bahkan tidak pernah menghampiri kalian...Jangan takut mencuba,yakinlah dengan janji Allah....Kamu tak akan pernah tahu apa yg telah Allah tentukan kpd kamu...


(mencuba yg di maksudkn ialah sebuah pernikahan yg di restui oleh ibu n bapa)

Khamis, Disember 15, 2011

Ceritaku Lagi....

Assalamualaikum.....

yeaaaaaahaaaa!!!!!!!! Hari ni adalah hari kedua ama bkerja semula selepas bcuti slma seminggu... mcm xwase cuti sminggu jer..kih3.... Yerlah,cuti pun sebab nak g majlis pkahwinan kazen ama... Alhamdulillah,dpt pula kazen perempuan baru yg pertama nih... hehehe.... ini lah kazen ama yg lelaki, yg pertama kahwin dalam keluarga ama... Sebab kuarga besar sebelah mak ama mmg majoriti perempuan... yg lelakinya boleh dikira dgn jari..ahahahaha... anak sulung dari kuarga besar ni pun kazen ama yg perempuan... termasuk kakak2 ama lah.... Dari apa yg ama bca lah kan,perkongsian ilmu dr rakan2,bertapa beruntungnya ayah2 yg mempunyai 3 org anak perempuan,saudara perempuan.. lg bagus kalau dia menjaga anak2 perempuannya,berbaik2 dgn anak perempuannya dan memberikn didikn terbaik kpd anak perempuannya,mendahulukn anak perempuannya... dlm ama adik beradik ada 4 org perempuan... Tapi salunya yg ama nmpak la msti kuarga mendahulukn anak lelaki... Jd mulanya ama heran gak la dgn pkongsian dr rakan2 ni,tp alhamdulillah skarang dah jelan...hehehehe.,...

Seperti biasa,keje ama mmg lah banyak kat opiz nih... mata ama ni lak ttba wase cm nk kembang,ngantuk..hahaha... Ama still lg demam n flu.. jd agak kurg selesa nak buat keje... pening2 mual2... ubat ama mkn... ikut time,tp sumanya dalam mimpi la..ahahhahahaha.......
oyerrr..... Ama ada dpt buah tangan dr exacutive opiz ama ni.. dia pompuan cina... dia belikn ama kronsang tdung... rupa2nya dia pun cuti gak msa ama cuti artu,dia g labuan...hehehehe.. sonok gak la dpt buah tgn..kih3... cantik lak tuh...muehehehe..... oklah,sampai cni jer dlu ea... len kali ama update ag.. daaaa.. take care....

Selasa, November 29, 2011

Aku Adalah AKU.

Aku bukan bonekaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sering aku yg menjadi mangsanya... Kenapa? Bodohkah aku? Perlukah aku tinggalkan semuanya? Di mana diriku yg sebenarnya?????????????????????????????? Wakeeeeeee upppppppppppppppppp..... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

Ok done.... cukup di situ.... nak citer bnda len plak... nak hadap soal hati jer wat per kan? BE YOURSELF AMA.... hihihihih..... seriously i need friend... but i oredy have,.... ramaiiii giler.... cuma xsanggup jer nak bercerita lg... so sy pilih utk diam... ahakzzz....
Smlm me n family g BBQ kat umah aunty ama... kakak kpd bapak ama... sonokkk.... kat tepi sungai... but,rain over me.... mcm tetau jer kan.. hahahaha... berulam jantung lah ama... ehhh3 x... ktorg mmg berulam gak dlm umah smntara menunggu ape yg d panggang tu masak... hehehe..... ulam mangga,pucuk ubi... sedap...... pastu baru mam ayam panggang... leh kire family day gak la smlm..kih3.....
Arini dah start keje.. xsbr tgu mgu dpn... nak g knduri saudara ama.. sblh emak..hehehe... cuti lg... yeayyyehhh....
Tu jer ama nak cakap..hehehe,....... luv uols so much... daaaaaaaaaaaa....

Sabtu, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah semua.



Assalamualaikum..Salam maal hijrah semua pembaca... Sebelum kta melangkah ke tahun baru 1433H ni ama nak mohon maaf lah daripada semua tak kiralah siapa anda... mungkin ada kesalahan yg ama lakukan samada secara sedar mahupun tidak... Samada daripada penulisan ama,perkongsian ama mahupun komen2 ama lah ea... sangat2 minta maaf ni....Lupakanlah apa yg telah lalu. Yg menggembirakan kta jadikan sebagai kenangan terindah.,...insyaAllah...Besok adalah permulaan baru.. semalam adalah sejarah.... Sesungguhnya ama hendakkan yg lebih baik dan untuk seterusnya juga... ofcoz suma nak mnjadi yg terbaik bukan,... gtu jga ama... cuba utk menjadi yg lebih baik dr yg sebelumnya.... insyaAllah,amin... blog ama lpas ni pun mgkn jarang update.. yerlah kna menimba lebih dlu baru dpt menulis... hihihi.... ama xnak la menulis sesuatu yg kosong mcm dulu2... kot2 ada lah kn.. hehehe..... Doakan yg terbaik utk ama dan juga kita semua... semoga dimakbulkan doa2 kita... dan selamat juga untuk anda semua.... terima kasih sbb membaca dan memberi sokongan di blog ama ni.... Halalkan ilmu2 anda kpd ama dan sama2lah kta mencari redha-NYA.... SEKIAN......






AMALINA BT SA'AT, :)

Buatmu Teman.






Hati itu mudah mati,



jika cinta berteraskan nafsu.



Cinta itu mudah pergi,



Jika hanya kerana luaran.



Bercinta bukan mudah,



Berkawan bukan suka-suka



Bercintalah dgn cara yg diredhai-NYA



Berkawanlah kerana hendak berkongsi ilmu dan belajar.



Bila cinta sesama insan itu hilang



diri tidaklah mudah merana



Bahagia akan datang berlari2.



Duhai wanita,carilah cinta itu utk membimbing dirimu



dan memimpin tanganmu dalam jalan mencari syurga-NYA



Duhai lelaki yang engkau pimpin nanti adalah isterimu.



Jangan engkau lemah dan tersungkur sebelum waktunya...



Bawalah dia bersamamu melalui jalan menuju redha-NYA.



Duhai teman tegurlah diri sahabatmu bilamana jalanya salah.



Sama-samalah kita mencari cahaya di jalan-NYA



Harta dunia cuma sementara.



Akhirat jua kekal selama-NYA.









note:Maafkan saya ya semua... Andai ada salah dan silap... Atas teguran ataupun penulisan saya... :)

Sabtu, November 19, 2011

saje nak update.

Assalamualaikum....


Ape khabar pembaca2? Lama ama xmenulis kan.. hehehehe.... xbape sihat.. bape kali dah cuti jer.. hehehe...

Satu sikap ama ni yg ama nk buang tp xdpt2 ag... iaitu suka berfikiran buruk,... Cepat sangat gelabah..kih3.... Bila terlampau sgt berfikir tu yg wat sakit kpala... haiii... muda2 lg dh sakit... Benar lah kate org sakit tu xkenal usia.... penyakit sungguh la kn.. hahaha...

Ermmm..... sahabat ni susah nak cari... ramai tu mmg ramai tp susah nak cari yg akan tetap ada dgn kta... yerlah masa bujang gni jer lah rasa gni.. dah kawen kang xtau la.. hahahaha... Tapi ada gak yg berkawan baik smpai bila2... untungnya lah kan... dapat sntiasa berkomunikasi... haiii.... Ama rindu kawan2 lama.... Nak jumpa,suma dah sibuk... Nak sms,kdg rep kdg x... sibuk bebeno.. huhu.... Ama ker yg sombong? hihihi.. tak mengaperlah..... Yg pntg sihat n bahagia.,... kih3...

Ni jer nak taep.. hikhik... semoga kawan2 sume sentiasa ceria yer... insyaAllah nanti2 ama update lg.. mekaseh sbb sudi bace.. curhat2..hehehe

Sabtu, Oktober 22, 2011

**Senyumlah**






Assalamualaikum...

Salam sejahtera......



Tangisan di mata,

Menampakkan kecilnya luka..

Tangisan di hati?

Lukanya terlalu dalam sehinggakan tak mampu

untuk diluah melalui air mata..

Betapa tabahnya jiwa...

Bibir menguntum senyum di wajah...

Hatinya merintih

walau serinya berbeza

namun semangatnya tetap ada....



Matanya redup mengharapkan sinar

Tak semua dapat melihat ke dalam matanya.

Dek senyuman dan tawa

rajuk di hatinya tersembunyi rapi.

DIA membalut kesakitan di hatinya

DIA mengubati luka di jiwanya.

Sehingga dia mampu tersenyum lagi...



Dalam kerapuhan hati

Dia cuba bangkit...

Tanpa ada yang sedar bahawa ada tangisan di matanya

Tangisannya tidak didengari.

terhapus air mata

berganti dengan semangat dan kekuatan



Hilangkan rajukmu,senyumlah... Untuk melupakan masa lalu,kamu harus berani hadapi masa hadapan.... Jatuh bangunmu menjadi sejarah dalam hidupmu... Ubatlah hati,tenangkan jiwa....Kamu layak untuk senyum dan berhak untuk bergembira... Jalanilah hidupmu seadanya...


Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama kita,dan semoga kita selamat di dunia dan di akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin... ^___^

Isnin, Oktober 17, 2011

Anda Seorang Yang Hebat.



Assalamualaikum

Salam sejahtera....


Wahhhh... Syabassss.... tengok tajuk,anda terus klik... Hebat sungguh.... Apa khabar hati anda hari ini??? Apa khabar mata anda hari ini??? Ayuhhh,hapuskanlah air mata yang gugur seperti paip itu.... Jangan membazir air mata dan juga masa anda....


Anda Hebat!!

Anda mampu tersenyum dan tertawa walaupun hati anda menangis dan kecewa.... Biarkan.. Biar senyum ini menyembunyikan rajuk di hati... dengan sendirinya hati itu akan pulih.... Jika kamu ingin tersenyum,maka senyumlah.... jangan biar kemurungan itu menjangkiti diri anda.... Jangan biarkan org sekeliling turut menangisi kesedihan anda dan seterusnya menjangkiti diri mereka dgn kesedihan.... Jangan!Jangan!dan Jangan!!!!..



Diri anda sedang terkurung!

Taukah anda di mana diri anda sekarang??? Anda diam sedangkan banyak yang ingin anda luahkan,banyak yang ingin anda tanyakan.... Anda sekarang berada di dalam cermin kaca... di sekeliling anda ada kawan2 yg sedang bergembira,ada yg sedang membaca,berkawan dan mcm2 lagi... ''CAN I TOUCH THE SKY?'' NO! sebab di atas anda ada cermin yg menjadi bumbung... anda sedih,dan terus tunduk... ASK URSELF... Pernah tak anda keluarkan apa yg anda rasa,apa yg anda inginkan??? idea2,soalan2,suara hati semua berebut2 nak keluar dari mulut anda... Tapi anda terlebih dahulu mengunci bibir anda dgn mangga yg besar... sehinggakan idea2 td xmampu keluar... Malamnya pula,anda sukar nak lelap mata... Kenapa???? Kerana idea2,soalan2 dan suara hati anda td tidak anda lepaskn sehingga ianya menyerang otak anda,berperang sesama sendiri.. Anda stress.. dan esoknya,timbul plak garis2 hitam bawah mata...


Anda Berhak Untuk Gembira...

Silakan anda tertawa... silakan anda tersenyum... Puaskah anda hanya dengan menangis setiap hari?? Akhirnya anda tidak dapat apa2... Anda nak nangis,nangis lah... xkisah pun... sila2... tapi anda kena ingat,ubati hati anda,senyum, dan mulakan langkah yang baru.... Melangkahlah penuh bangga... Percaya diri... ' HATIKU DI UJI KERANA AKU MAMPU MELALUINYA!'



Bersediakah anda untuk menjadi insan yang HEBAT??? Mulakan dengan BISMILLAH.... Dan bersyukurlah dengan peluang2 yang ada di hadapan anda.... Gapai kemenangan,takluklah hati anda.. Sayangi diri anda... ^___^

Khamis, Oktober 13, 2011

Coretanku Hari Ini......




Assalamualaikum...

salam sejahtera....




Ketika mimpimu,

yang begitu indah,

Tak pernah terwujud,

Ya sudahlah......




Mimpi ape ntah,mood ama jd spoil ler beberapa hari ni.... Sangat tak beshhhh... huhuhu.. nak ganggu orang pun wase xbeshh.... lame ugak xmenulis... bukan ape yer kawan2, ama sbnrnya sibuk cari idea utk cerpen terbaru ama.. chewah,mcm projek besar jer bunyinyer.. hihi... tapi bila dah mood agak kureng ni,terpaksalah ama tunda dulu cerpen tuh.. baru 10% siap,,, hehehehe...




Saat kau berlari

mengejar anganmu

Dan tak pernah sampai,

ya sudahlah...



Keje kat opiz ni dah siap ama wat.... ermmm... xla bz sgt kan.. cuma rase kekok lak bila dari pagi smpai ke petang duk mcm menunggu bulan jatuh ke ribaaa... hukhukhuk.... Yerlah,salunya sibuk memanjang... tapi ok jer lah.. relex jer kan wat muke sweet dpn bos....




Apa pun yang terjadi

ku kan slalu ada untuk mu

Janganlah kau bersedih

Cause everything gonna be ok.



Dalam beberapa hari ni gak,mcm2 yang jadi.... ehhh,ade ker? ama ni pelupa sikit.. haha.. sikit jer la... xbyk pon.. muahahahaha.....




Satu dari sekian kemungkinan

kau jatuh tanpa ada harapan

saat itu raga kupersembahkan

Bersama jiwa cita-cita dan harapan.


Heeeee..... nothing to say.. =p



Kita sambung satu persatu sebab

akibat
Tapi tenanglah mata hati kita

kan lihat

Menuntun ke arah mata angin

bahagia

Kau dan aku tahu jalan selalu ada.

Juga ku tahu lagi problem kan

terus menerjang

Bagai deras ombak yang menabrak

karang

Namun ku tahu kau

mampu tuk tetap tenang

Hadapi bersamaku hingga

akhir datang



Ermmmm....


Saat kau berharap

Keramahan cinta

Tak pernah kau dapat

Ya sudahlah.

SEMUA INI BELUM BERAKHIR.



Satukan langkah

Langkah yang beriring

Genggam hati rengkul

emosi

Genggamlah hatiku

satukan langkah kita



Ini aku dari hujung rambut

menyusur jemari

Sosok ini yg menerima kelemahan

Hati

Satu cinta ini akan tuntun

jalanku

Rapatkan jiwamu yg tenang

disisiku

Rebahkan rasamu untuk yg

ditungg

Bahagia hingga ujung waktu


Apa pun yang terjadi

ku kan selalu ada

untukmu

Janganlah kau bersedih

Cause everything gonna be ok.



Ni sebenarnya lirik lagu bondan prakoso & Fade2Black..Tapi bukan lengkap la.. Suka ama nyanyi lagu ni.. dalam hati jer lah..kih3... tp ada mksd gak dr lagu ni.... Dengar masalah dr kawan2,ada yang sedih,ada yang gembira,ehh,gembira tu bkn masalah...hihii,silap.. nyieh3... Tapi ada sesetengah perkara tu mengingatkan ama dgn masa yg telah berlari... eh3,masa yg telah berlalu... haissshhh susah nak kata lah... zaman dolu2... uikkkk... Tadelah... Ama ni mampu mendengar n bagi sedikit pendapat yg agak2 banyak gak la.. hahaha... meluah kegeraman hati... uishhh... Kta xleh agak sesuatu tu bakal berulang pada kita,tapi mungkin terjadi pada org2 yg terdekat dengan kita.. btol x? hee,ama cakap banyak pun xguna,bukan ama nak cite ngn korang pun ape masalahnya... toksah pujuk2 ama,ama xkn citer..wahahahaahha.. ok,terima kasih sebab sudi membaca...



Ingatlah teman, Allah sentiasa bersama kita,DIA Maha mendengar,DIA Maha melihat dan DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. Tak kisahlah dalam urusan rezeki mahupun jodoh... Ceria kita ada waktunya,jangan pula lupa waktu bersedih... bukan senang2 nak bersedih,tapi ada waktunya.... Alhamdulillah kita akan merasakan nikmat dari semua ujian yg kita tempuhi.... Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita..insyaAllah Amin Ya Rabbal Alamin.....


Isnin, Oktober 03, 2011

"Dia telah melamarku"




Nurul Iman Masyitah.... seorang gadis yg tidaklah rupawan... cantiknya hanya pada nama... seorang gadis yang suka bersosial...




Tidak sedar yang dirinya sudah menjunam dalam kegelapan hati... Langkah kakinya lemah gemalai tapi tampak buruk di mata mereka yg tahu batasan... ayatnya lembut tapi membingitkan telinga para kekasih Allah... matanya dan jelingannya ayu tapi seperti panah menikam jiwa para insan yg beriman...




Suatu hari dia terserempak dengan seorang lelaki yang langsung tidak memandangnya,namun dia sendiri memperkenalkan namanya... satu kebetulan yang tidak terduga lelaki tadi bernama Iman Hidayatullah...




Iman Hidayatullah,seorang lelaki yang sederhana dari segi penampilan serta tingkah laku... Sopan dalam bicara,sukar marah bahkan terasa hati jauh sekali...




Perkenalan pertama hanya dalam fasa mengenali nama sahaja... Tetapi melalui nama Nurul Iman tertarik untuk mengenali Iman Hidayatullah dengan lebih dekat... Tetapi niat itu dia simpankan sahaja... Saban hari dia terfikirkan nama itu,dan juga namanya... apa istimewanya dgn nama itu?




Sekali lagi Nurul Iman terserempak dengan lelaki yg sama nama dengannya... Dia cuba mendekati,ingin menyentuh... Namun lelaki tersebut terlebih dahulu menjarakkan dirinya... Nurul Iman tertawa sinis... cuba memandang serong atas tindakkan lelaki tersebut... Iman Hidayatullah terus melangkah tanpa memperdulikan Nurul Iman... Nurul Iman yang tadinya tertawa tiba2 tergamam...




Hari ini adalah hari lahir Nurul Iman,dan usianya masuk 24tahun... Bermakna,sudah 24 tahun dia bernafas di bumi Allah yg fana ini...




Dia menerima sebuah hadiah dari insan yg tak diketahuinya.. krn di luar kotak itu cuma tertulis namanya... Dia sedikit hairan,namun merasa ghairah untuk membuka kotak tersebut.... Apabila dia membukanya,kotak itu berisi sepucuk surat,seutas tasbih,senaskah Al-Quran,telekung,dan sejadah... lengkap peralatan solat utk seorang wanita... Hatinya tersentap... Kelu lidahnya... Dia ingin tahu siapa pengirimnya,lalu dia buka surat yg ada td...isinya tertulis,





" Bismillahirahmannirahim.... Assalamualaikum.




Selamat hari lahir saudara seislamku...Semoga dengan pertambah usiamu ini,dirimu akan sentiasa bersyukur,matang dalam berfikir serta dalam tindakkan.. Semoga hidup awak penuh dalam keberkatan Allah...Amin...




Mungkin awak terkejut dengan hadiah ini... Pertemuan kita tanpa perbualan yang panjang... Ada baiknya... Nurul Iman Masyitah... saya ingat nama awak,walau baru sekali awak sebut nama awak di hadapan saya.... Saya ingat sebab nama awak cukup indah,dan saya yakin awak juga punyai hati yang indah... Senyumlah dengan ikhlas,penuh keindahan...




Maaf jika hadiah ini mengganggu awak atau mungkin membuatkn awak terasa hati.... dalam kotak ini saya isikan dengan pelengkapan solat bagi seorang wanita... Saya bukan nak memandai2 tapi,mengenali awak adalah menjadi tanggungjawap saya untuk mengajak awak kepada kebaikkan sebagai seorang islam... Saya juga tidak memaksa awak... Awak gunalah bila awak dah terbuka hati untuk menunaikan kewajipan awak sebagai seorang muslim. sekian.




Wassalamualaikum.



Ikhlas,



IMAN HIDAYATULLAH BIN AHMAD FIRDAUS. "







Nurul Iman terdiam... airmatanya mengalir laju... Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku,apa perasaannya.... Hatinya kosong di baluti sepi... Terasa dirinya begitu jauh tersasar... kelebihan yang tak pernah dia syukuri... Dia tertunduk malu,airmata xhenti menitis... Bertapa hinanya diri yang dia rasakan... Dia terduduk... Terpaku sendiri... deringan telefon beserta kiriman sms,tidak satupun dia balas.... Dia berkurung di dalam biliknya... Memberi ruang kepada diri sendiri... Dia sesungguhnya tidak tahu hendak bermula dari mana...




Pada suatu hari... Nurul Iman bertemu dengan seorang ustazah yang mengajar di sebuah sekolah berdekatan... Nurul agak segan bila menceritakan serba sedikit mengenainya... Dia juga mengatakan bahawa dia ingin mempelajari semula apa yang telah lama dia lupakan... mengenai tanggungjawapnya sebagai umat islam...




Mencari NUR IMAN....



Nurul Iman mula belajar mengaji dan belajar untuk menjadi seorang wanita solehah.... Ustazah yang mengajar Nurul Iman itu bernama Nur Fatihah... Dia banyak mengajar Nurul untuk lebih istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah.... sedikit demi sedikit Nurul Iman berubah... dia tampak lebih ayu dan solehah... Langkahnya teratur,wajahnya di tundukkan,sikapnya lebih pemalu... Walau ada yang cuba mengejek,dia tetap cuba bertenang... Untuk berubah kepada lebih baik bukanlah satu perkara yang mudah...Kita sentiasa di uji.. Nurul Iman banyak membaca buku2 ilmiah...




Wanita cantik menurut Allah adalah;



1) Melukis kekuatan melalui masalah



2)Tersenyum di saat tertekan



3)Tertawa di saat hati sedang menangis



4)Tabah di saat terhina



5)Mempesona kerana memaafkan



6)Mengasihi tanpa meminta balasan



7)Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi.





Sepi seketika sekeping hati.... tertanya2 pada diri.... Apakah ujian dariNYA terhadap diri Nurul Iman... Nurul Iman mengingat semula apa yang telah dia lakukan selama ini... Ya itulah ujian kepada dirinya yang tak mampu dia lawan... Bisikkan2 syaitan yang menjeratnya.... Gugur lagi mutiara2 jernih dari matanya.... hatinya remuk dan terasa takut akan dosa2 masa lalunya....




Ya Allah.... telah sekian lama Engkau berikan kesempatan kepadaku untuk hidup di dunia ini,atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku tetapi aku ingkar kepadaMU... Aku tidak taat kepadaMU,hatiku gelap dan tidak pernah bersyukur. Riak aku kepadaMU YA ALLAH... Ampunkan segala dosaku YA ALLAH,terimalah taubatku... sesungguhnya aku manusia kerdil yang banyak melakukan dosa.... Hanya padaMU YA RABBI aku memohon keampunan... Amin Ya Rabbal Alamin...



***********************************************************************************




Selepas Nurul Iman khatam Al-Quran.. Dia menemui sekeping nota yang terlekat di muka surat belakang.. Dalam nota tertulis:




Assalamualaikum.



Nurul Iman Masyitah..... Diri ini akan melamarmu..



Diri ini ingin bertemu dengan keluargamu...



Bila-bila dirimu dan keluargamu bersedia,keluargaku



akan datang dengan rombongan.. dan apapun keputusanmu



diri ini ikhlas menerimanya......



-Iman Hidayatullah....




Setelah pertemuan keluarga,Nurul Iman menerima lamaran daripada Iman Hidayatullah...



Mereka pun selamat diijab kabulkan....




Iman Hidayatullah:: Nurul, terima kasih sebab terima lamaran abg.. Pertemuan pertama kita sebenarnya benar2 mumbuat abg terkejut.... Abg seolah2 telah lama mengenali Nurul. Abg cuba ingat di mana kita pernah bertemu... rupa-rupanya dalam istikharah abg... Untuk meyakinkan lagi diri abg,jadi abg bagi hadiah pada hari lahir Nurul... dan melalui kakak abg iaitu Nur Fatihah.. Maaf juga kerana merahsiakan hal ini.. tapi itu adalah kebetulan yang tidak abg jangkakan... Kak Fatihah juga tau mengenai hal ini sebelumnya... Dan dia bergembira selepas abg menceritakan niat abg terhadap Nurul..



Nurul Iman:: Kenapa terus menikah? Tak macam pasangan lainnya yang bercinta dahulu?Maaflah,Nurul cuma nak tau...




Iman Hidayatullah :: Sayangku nurul iman. .pernah tak dengar lagu devotees Mahar Cinta. . ? Belum sempat nurul menjawab,sebuah lagu telah mengalun merdu di bibir dai'e hidup nurul iman itu. ."Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa,namun bimbang diri kan terleka. hanyut dibuai angan dan mimpi hingga terabai segala cita. .sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagian sebagai mahar hantaran. .apakah mungkin engkau mengerti,bahawa setiap cinta yg dilafazkan bukanlah sekadar mainan tapi sebuah janji. .andainya dapat engkau mendengarkan suara dihatiku melagukan rindu,kiranya engkau bisa mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terungkap,Pasti dirimu dapat melihat rahsia kasih yg terpendam sekian lama di sudut hatiku.. hanyalah untukmu. .selamanya." .Diamati setiap bait lagu itu,dan tanpa disedari,air mata nurul jatuh ke pipi.




Nurul berkata dalam hati: subhanallah. .alhamdulillah kerana Engkau telah memberikan suami yang baik buatku. .indahnya bercinta keranaMU. .ya Allah,aku cinta dia. .Iman mengusap lembut pipi wanita yang telah sah menjadi isterinya itu. .nurul iman tersenyum,namun air mata bahagia itu belum cukup menggambarkan betapa bersyukurnya dia atas nikmat cinta yang tak pernah dia bayangkan sebelum ini.




Iman Hidayatullah : sayang,merdu tak suara abg?agak2nya lau abg nyanyi 1lagu full ada tak org baling dengan kasut?Iman dn nurul tertawa. .Rupanya dia pndai brgurau juga. .jauh sekali dari apa yang ku fikirkan saat pertama jmpa. .Iman kmudian mengatur bicaranya . . .

Iman Hidayatullah:: Nurul, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam pernah bersabda "Hati-hatilah terhadap dunia dan wanita kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita." maksudnya,bersama dengan yang bukan muhrim itu boleh menimbulkan fitnah... Syaitan mula berbisik membuatkn kita dibuai asmara,rasa rindu dan berangan2 sehingga terleka... Rasululla Shalallahu 'Alaihi wa Sallam juga pernah bersabda "seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara,iaitu kerana hartanya,kerana keturunanya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah diutamakan yang beragama nescaya kamu berbahagia. Abang menikahi Nurul kerana Nurul kini menjaga diri Nurul... Abg terima Nurul sebab diri Nurul yang sekarang bukan diri Nurul di masa lalu... Abg nak bimbing nurul dan abg bertanggungjawap pada diri Nurul....




Nurul Iman:: Terima kasih abg kerana menerima diri Nurul seadanya... Nurul sangat-sangat terharu. Ini tidak pernah Nurul gambarkan sebelum ini... SubhanAllah......Alhamdulillah.....




Nurul Iman Masyitah dan Iman Hidayatullah hidup bahagia bersama dalam cinta yang halal....





nota::::: duhai sahabat,inilah penulisan cerpen ama yang ke dua,yang pertama ''kisah cinta tak terungkap." kisah ini pula agak berlainan sedikit dari kisah yang pertama... Ini adalah percubaan ama yg kedua.. setelah sekian lama x menghasilkan cerpen dan dari permintaan sahabat2 terdekat.... Dari kisah ini juga terselit peringatan untuk diri ama sendiri juga.. sesungguhnya ama bukan lah seorang yang pandai menulis ehhh,mksdnya dalam penulisan sebegini... dari apa yang anda baca ini sahajalah kepandaian ama.. hehe... dan dalam masa menyiapkn cerpen ini ama mnta pendapat dari penasihat ama iaitu acik ita..hikhikhik..ada juga yang ama ambil dari sumber2 perkongsian teman.. alhamdulillah...... Dalam mencari redha Allah ama selitkan doa semoga kta semua dapat cinta yg Dia redhai... insyaAllah...





"Jika namamu yang tertulis dalam Lauh Mahfus




untuk diriku,nescaya rasa cinta itu




akan Allah tanamkan dalam diri kita.




Tugasku bukan mencarimu




tetapi mensolehahkan diriku."






"Jika rindu bertatah,




Biarlah hanya berharap pada Allah.




Andai rindumu menarik resah,




hanya kepadaNYA engkau berpasrah.




Andai pencarian masih belum kau temui,




mintalah padaNYA mendamaikan hatimu."







"Biarlah resah menarik sepi




Biarlah kecewa meratap pergi




Biarlah kasih mengikat diri




kepadaNYA Ya Muhaimin,




tempat mengadu hati




Menserikan taman hati bukan dengan fikiranmu




tetapi dengan redhaNYA..."






SEKIAN.......TERIMA KASIH...




TULUS: PERMATA AMA. :)


















Khamis, September 29, 2011

Hari ini(29.09.2011) umurku genap 22tahun

Assalamualaikum....
Salam sejahtera.,...

Weeeee...alhamdulillah,hari ni birthday ama dan juga bapak ama... kta lahir sama tarikh je ea,xsama taun..ahahahahaha....

29.09.1989.... Ama di lahirkan.... Amalina binti Sa'at nama di beri... heheheh.... dari apa yg mak ama ceritakan,ama la yg paling susah dia nak lahirkan... ama juga bayi matang,sbb lambat di lahirkn... mungkin sbb mmg xnak kuar kot..ahahahahahaha.... Ramai juga yg tya,naper nma panggilan ama 'ama' bukan 'lina' ke,'amal' ke..mcm pelik jer 'ama' tu.... Ntah le,ama xpnah lak tya parent ama... sbb bg ama biasa jer... diorg panggil guna nama depan jer. kawan2 n cikgu2 msa skolah dlu panggil ama 'amal' 'lina' 'na'.... ama berkali2 suh panggil ama 'ama' jer... hehehe..susah sgt kot..hihihi....

Hari ni umur ama dah 22 tahun... Tapi umur dah gni,masih xleh nak jauh dr famly... nak kate manja tuh xla... hahaha.. tp law mak n bapak g lek kmpg ker,mane2 ker,even juz nak ke pasar,ama msti nak ikut... bila dah keje ni,xdpt la nak salu ikut kn... berkali ugak la kna tinggal bila mak n bapak lek kmpg.... kakak2 mmg dh pakat nak nyakat jer... boleh diorg gelak ama n kata ama nak nanges..hahahahaha... adoiii... dah terbiasa kot kn... hahaha.. waktu ama kuar umah pun waktu g keje,pastu balik umah.. tu jer. kuar ngn kwn2 mmg jarang... kalo ngn famly ok jer..hihihi... kuar malam sndri2 mmg xbrani... ama pnakot..hahaha..alamakkk!!!! pecah rahsie..hihihi....

Duk umah bg ama best jer... kdg2 boring tu ada la,tp dah biasa ama duk umah jer..jrg kuar..hehehehe... ape yg akn berlaku lepas ni? ama berserah pd Allah... ama cuma harap Allah sentiasa berkati umur ama... walau ape pun yg akn terjadi,ama harap ama n sape2 pun yg knl ama tabah... sentiasa tabah ... ama harap gak semoga Allah teguhkan kesabaran ama... xnak la mcm dlu ag..hehehe.. bg yg knal ama dr mula ama buka fb ni dulu,mgkin tau la cara ama.. n siyesly cara tu perlu di ubah.. n ama leh nmpak la ada sedikit perubahan..sedikit jer..lum byk ag..heheheheh...

Dan di kesempatan ini,ama doakn sesiapa saja yg mengenali ama,xkisah la sape pun dia,musuh ke,kwn ke,famly ke,sape2 jer lah, semoga bahagia n ceria selalu,sentiasa di berkati Allah,murah rezeki,di beri tubuh badan dan hati yg sihat,sentiasa bersabar,menjaga keperibadian... sentiasa tabah dengan dugaan2 yg mendatang... InsyaAllah.... semoga juga impian anda menjadi kenyataan.... Amin Ya Rabbal'alamin..... sekian.. wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Sabtu, September 24, 2011

Dalam sepinya hati,bangkit si pemberani……..

Dia merasakan dirinya amat lemah…namun bagi yg mengetahui kisahnya akan mengatakan bahawa dia seorang yg hebat..dia seorang yg beruntung…. Beruntung krn hatinya di uji.. Di uji tanda kasihnya Ilahi kpdnya…..

Berkali dia tersungkur… jasaddnya terluka..hatinya terluka..haus jiwanya,rindu hatinya pada seorg yg sgt menyayanginya…. Berkali dia ungkapkan,aq sudah lelah..aq lemah dan tidak berdaya lagi….. Namun bila dia mula tenang,bibirnya sendiri mengalunkan kata semangat…Janjinya akan tetap kuat.Janjinya xakan mudah tersungkur lagi…. Namun,tiada seorg pun tahu bahawa Allah S.W.T tdk pernah tidur… Selagi kasih Allah S.W.T itu kekal bersamanya maka dia di uji lagi…

Diatas pentas dunia,dia pelakonnya,dan Allah S.W.T penonton setia… setiap titis air mata bak butiran mutiara jatuh dari kelopak matanya…. Dia mmenangis lagi… Dia menangis lagi wahai sahabat… dia tangisi kesakitanya..luka badanya,luka hatinya… Putus harapannya… apa yg harus aq perbuat??? Menangiskah? Tangisanku tidak dapat membantunya…. Menangisku air mata darah sekalipun,xakan dapat menyelamatkannya….

Dingin subuh membaluti diri…. Ku menadah tangan bermohon kpd Ilahi…. “Ya Allah,dugaanMU kpdku tidak seberat dugaanMU kpdnya… KAU terbangkanlah sedikit kekuatanku untuknya,sakit yg dia rasakan,xmungkin pernah aq rasakan. …kemampuan kami berbeza,namun perkenalan kami kurasakan sangat istimewa… dia ku anggap seperti adikku sendiri…Ku bermohon Ya Allah,kekalkan keimanan di hatinya,selamatkan dia,selamatkan akidahnya,selamatkan saudaraku itu,selamatkan dia yg kuanggap adik. Amin Ya Rabbal Alamin….”

Melihat ketabahanya,aq merasakan bertapa ruginya aq menangisi masalah yg hinggapi hatiku…sekurang2nya aq tidaklah teruji sedemikian rupa… hanya hatiku yg selalu merasa sakit,namun tidak jasadku… bertapa untungnya aq,aq masih miliki keluarga yg sntiasa berada di sisiku.tidurku lena,aq tidak kesunyian.. Airmataku tidak mudah gugur… Sekalipun hati ini terluka,kuharap manisnya akan ku rasakan nanti…

Senyuman yg mereka tujukan kpdku,sudah cukup menenangkan hati ini… dan ku tahu,dia masih ada yg sayang… dia seorg yg berani. Tabahlah,kebahagiaan abadi di sana…

Sabtu, September 17, 2011

Nurkilanku.



Andai waktu memisahkan kita...............

Jagalah hatimu sehabis baik... Tetaplah kau tersenyum...

Di sana bahagia bagimu...


Desiran angin dari arah laut....
Aliran air menghempas pantai..
Terpadamkah apa yang tertulis?
Gelombang tetap mengalun air..
Menyimbah membasahi pasiran pantai...
Tekun garis2 ombak melambungkan buih2 di atas air.

Tika hati di hempap derita..
Bibir cuba mengucap syukur...
Tatkala fikiran cuba tersungkur..
Bibir mengalunkan kata semangat....

Langit membiru pentasnya hati...
Awan yg putih terlukis indah...
Luasnya terasa melapangkan dada...
Melihat kekuasaanNYA terasa kagum...

Lukisan di hatiku.....
Tiada yang tahu....
Bahagiaku rasakan tanpa keraguan.
Bila ku jalani apa adanya..
Ku dapat rasakan manisnya kehidupan....

Dari kotak hati,berbicara si pemberani
Lagaknya gadis tekun memerhatikan diri...
Diri si gadis banyak yg perlu di tampal...
Banyak lukanya,banyak garis2 lakaran kehidupan...
Langkahnya ke depan,kepalanya tak ingin berpaling...
Janjinya ingin terus ke depan setia mengharungi ranjau2 kehidupan...
InsyaAllah.. <3

Isnin, September 12, 2011

Jawapan Yang Menghampakan.

Assalamualaikum....

Seperti tajuk di atas,pernahkah anda dapat jawapan yg menghampakan??? Pernah la kot kan??? Hehehehe... Saya pernah menghadapinya... malah berulang kali.... Kesakitan di hati,mungkin kita boleh kata ia telah padam... Betulkah ianya sudah padam?? atau masih bersisa??? Hati ini lembut dan halus wahai teman.... Tipu kot law kata tiada luka... Ya! saya xpandang masa lalu... Ya! saya xnak ingat masa lalu.... Sejauh mana awak membantu saya dalam melupaknnya??? Kekuatan saya itu ada,tapi ada kalanya,saya tetap akan jatuh jugak... Sya lemah,tapi ramai yg yakinkan sya bahawa sya kuat... Sekuat mnakah sya?

Dalam kehidupan sehari2,sya bising berkata itu dan ini... melawak... ape yg anda tertawakan? yaa!!! itulah kebodohan sya... sya selalu lupa... krn terlalu byk ketawa...
Andai satu masa,bibir ini diam membisu,badan kaku... takkan pernah kedengaran lagi suara ini... ketawakah kamu melihatku nanti??? hehehehehe.... silakan.... sya rela.. daripada perlu mendengar tangisan sedangkan sya tidak dpt memujuk awk utk berhenti meratap,bhenti menangisi....

Kehampaan yang seringkali berulang.... Namun apa hak sya? Biarlah... Teruskanlah.. inilah yang dikatakan dugaan..... kdg2 kta xperasan yg bnda tu berulang... Ape yg boleh sya katakan... sekali lagi sya hampa... hari esok.... mungkinkah sya akan kecewa lagi??? Owhhhhh sya lupa.... Sya lupa prinsip hidup sya.. dan skarang sya ingt semula... Sya bkn sorg yg suka merumitkan sesuatu... mungkin... sya lagi suka sesuatu yg sgt mudah... jd,lupakan kehampaan,dan jalani seadanya... insyaAllah,... inilah sya... Sya yakin,sya tau apa yg akan sya buat...

Anda bagaimana? Semoga anda dapat hadapi apa jua rintangan dengan tenang... dan semoga kita mendapat iktibar dr stp apa yg berlaku smada dalam hidup kta atau org lain...insyaAllah....

Sabtu, September 10, 2011

SEKIAN LAMA XUPDATE..

Assalamualaikum...

Ape kabar pembaca2 sekalian?
Para pekongsi maklumat dan ilmu...??
Semoga semua sihat dan ceria..

Alhamdulillah,maaf la berminggu2 menghilang... raya sakan gamaknya... hehehe... Teman balik kampung rtu.. sewonok lerr jugak beraya n memeriahkan,mengecohkan umah nenek kat kampung... hihihihi.... bukn xda tenet kat sane,tp masaelahnya malas nak ngadap laptop pinjaman..kekekeke.....
Bukan nak kate ape le,yerlah bebudak skang gemar ngadap laptop dr menziarah raya..betol tak??? mesti umah tu sibuk diam... meja bkn penuh ngn bkas kuih tp penuh ngn laptop... ahahahaha.... Jadinya macam2 la sya buat kat kmpg rtu... ada pahit manisnya... Alhamdulillah...
Seronokkkk sgt raya ramai2,berkumpul.. tp sayangnyaaa,xdapat tangkp pic.. yerlah,mulut cbuk,tangan pun cbuk.. xmenyempat le jadinya.. sya sibuk kayo2.. tau mende tu?? kayo2 tu bahasa sawak yg bmaksud merayau2.. hehehe... dgn saudara2.... Tapi,dalam ktorg saudara2 yg jalan tu,saya la sifunya.hikhikhik....
Nak citer pjg2 ni xsempat pulak...jap g nak balik dah ni.. ni jer masa terluang yg ada.hikhikhik
ok lah... semoga bertemu lagi..insyaAllah... jaga diri,hiasi peribadi... Barakallah....


Khamis, Ogos 25, 2011

Ceritaku dalam 2 minggu ini.

Assalamualaikum....

SubhanAllah...

Allah huakbar!!..


Dalam 2 minggu ini sahaja bermacam2 berlaku... Pada 17.08.2011 kakak sy selamat melahirkan bayi lelaki yg di beri nama Adeeb Zhulfahmi... D an pada tarikh ini juga seorg sahabat yg sy anggap sprt abg telah mengucap syahadah,bermaksud dia telah memeluk agama islam... Alhamdulillah....


Pada 19.08.2011 pula,mak dan bapak sy balik kampung nenek,ambil kereta dan terus wat majlis tahlil utk arwah atuk di sana...selama 3hari 2 malam mak dan bapak kat kmpg.hihihi...


Seterusnya,pada 22.08.2011,diri ini menerima berita,perginya sahabat yg dianggap abg td ke rahmatullah... Ramai para sahabat yg mendoakn agar lafaz syahadahnya di terima Allah dan di tempatkan bersama org2 yg beriman di sisi Allah.. Diri bagai tidak percaya krn sehari sebelum pemergiannya,kami chat bersama... walau ada kelainannya,namu diri ini tidak mengendahknnya... Ada rahsianya tersendiri... Mati itu tidak lepas dari ayat2nya... Berkali2 dia meyakinkan sy bahawa dia akan pergi.. Pergi utk selamanya... diri ini kuat mengatakan bahawa dia cuma bersenda gurau... Nasihatnya ''jagalah adik abg,jangan biarkn dia sunyi.. Abg xdpt menjaganya lagi,abg juga xsempat beraya bersama adk ama serta yg lainnya... semoga kta di pertemukan olh Allah semula...''. Dia sepatutnya menjalani operation sblm puasa... tapi bila di tanya knapa tdak jalani saja,ini jawapnya '' Jika abg ikt operation,bagaimana jika badan abg tidak lagi mampu bergerak? atau abg meninggal terus? Abg ingin memeluk islam... Abg ingin melakukan amal ibadah kpd Allah.. abg ingin berada di masjid,berpuasa,beraya,dan menikahi seorg wanita yg solehah. Abg ambil keputusan utk tidak melakukan operation,dan sekarang adik knl abg,abg sekarang seagama dgn adk. abg ada cakap kat kakak dik ama tu,yg abg akn jalani pembedahan slps bln puasa.. Abg tipu dia,tp adk jgn bgtau dia... abg sbnrnya dah di peringkat akhir dan umur abg dah xpanjang...'' begitulah ayatnya... Dia telah lama menyimpan hasrat utk memeluk agama islam... malahan sblm kami kenal lagi dia sudah sedikit demi sedikit mempelajari islam.. Pada mulanya,adiknya lah yg memeluk islam,namun kekangan keluarga serta umurnya,banyak yg perlu dia lalui... Kini adiknya masih belum sepenuhnya menerima kepergian abgnya... Di sini sy memohon doa para sahabat supaya adiknya ini menjadi seorg yg tabah...


Pada hari ini pula,(25.08.2011) sy dikejutkn pula dgn berita perginya bapa kpd seorg kakak di fb... Kak Masriah Mas... bapanya kembali ke rahmatullah pada pagi td.. sebelum kakak ni berangkat balik ke kampung,dia smpt bgtau kat sy.. jd sy smpaikn kpd rakan2 yg lainnya..... Alhamdulillah,beruntunglah mereka2 yg telah Allah panggil di bulan yg penuh mulia ini... Itu la janji Allah... yg hidup pasti akan mati.. Kita yg hidup ni,teruskan perjuangan kita... Yang pasti,kematian itu kian menghampiri... sepertimana yg telah Allah janjikan dgn kta sblmnya...


Diri ini menginsafi... memohon agar Allah ampuni segala kekhilafan pd masa lalu,kini mahupun masa hadapan..Malu diri ini hendak meminta2,rasanya tidak layak... Ya Allah,ampunilah segala dosa hamba-MU ini... Jangan KAU pesongkn hati ini,tetapkanlah hamba di jalan yg diredhai-MU.. Amin Ya Rabbal Alamin...


Kepada rakan2 yg di rahmati Allah,serta saudara2 dan ahli keluarga,di bulan yg mulia ini,maafkanlah kesalahan dan kekhilafan diri ini... Semoga kita semua sentiasa di berkati Allah S.W.T... amin Ya Rabbal Alamin.....

Rabu, Ogos 10, 2011

Berkata mengenai cinta bukan nak belagak bijak.




Assalamualaikum.....
salam ramadhan al-mubarakh....

Setiap orang yang sedang bercinta pasti selalu diingatkan dengan ''jangan terlalu berharap''... Ya... saya juga pernah mengatakannya juga.. dan saya juga sentiasa mengingatkn diri saya supaya tidak terlalu mengharap,tidak terlalu membayangkan keindahan dalam perhubungan,tidak terlalu membayangkan masa depan... Saya tidak menyangkal ayat2 tersebut... Tetapi,bagi saya juga tidak salah jika kita setia dengan seseorg yg kita anggap istimewa itu... Apakah alasannya jika tidak terlalu mengaharap? cinta kosong? apa ertinya sebuah luahan? mudahkah nak luahkn pada semua orang sesuka hati? Latihlah diri untuk menjadi seorang yang setia... takkan kita nak berkomitmen dengan yg sorang ni,tetiba nak cari orang lain?? nak berkomitmen dengan berapa orang? love is money???? haha mantap sungguh la yer ayat tu...

Kenapa Allah belum temukan kita dengan jodoh?? Allah nak uji kita... bersediakah kita menghadapi alam rumah tangga... Bersediakah kita melalui masa2 genting? kehilangan,di tinggalkan atau sebagainya.... Godaan luar semakin kuat bila kita melangkah ke alam rumahtangga... Kalo masa bercinta bagai nak rak,bila putus sampai nak bunuh diri,bagaimana bila dah menikah??? tidur seranjang,makan semeja,duduk serumah... kita tak akan pernah tau apa dugaan yang akan kita lalui nanti... tak kira la samada pernah bercinta dgn si dia or kta kawen terus dengan dia dan bercinta selepas kawen.... Hidup realiti tidak sama dengan dunia filem.. filem setakat 2 3 jam dah jumpa ending... Hidup kita ni kita tak tau jangka masanya... sempat atau tidak,bahagia atau tidak,betul atau salah,masih menjadi rahsia selagi kita tidak melaluinya....

Jangan berbangga bila punyai bf/gf sekarang... Belum tentu dia yg menjadi Imam/suri kamu.... Jangan cepat melayang,jangan cepat gembira... Bukan nak kata xleh senyum,xleh ketawa... ketawalah,senyumlah selagi ia baik utk kamu,tp ingatlah akan sebuah tangisan.... Di mana adanya pertemuan,di situ juga ada perpisahan... Jangan pula tangisi sebuah perpisahan,tangisilah sebuah pertemuan kerana dari pertemuan itulah wujudnya perpisahan.. dan perpisahan itu pasti sepertimana juga sebuah kematian...

Dunia ini tidak ubah seperti sebuah pentas dan kita adalah pelakonnya.. Ayat ini sudah biasa di dengari... tiada siapa yang tidak pernah hadapi kebuntuan.... kita tahu kita sedang di uji.. Mengucapkan syukur bila dipermudahkan... Bercinta bukan dosa,tapi cara kita bercinta kena kawal... Cinta mengikut nafsu,jahanamlah jawapnya... Tak kira jarak jauh atau jarak dekat, yang penting tahu batas antara kamu dan dia... cinta itu lumrah manusia... kalo tak ada cinta,bagaimana kita mengenali Allah,mengenali para rasul kita,mengenali sebuah perjuangan... Apa definisi cinta itu pada diri anda???? Hanya sebuah luahan penyedap rasa?? atau sebuah perasaan yang terjalin kerana ingin mendapatkan redhaNYA?






"Ya Allah,jadikanlah aku mencintai seseorang yang beriman kepadaMU,dan jadikanlah seseorang yang beriman kepadaMU itu mencintai aku"

Selasa, Ogos 09, 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...
Salam ramadhan uols....
Maaf la,lama xupdate blog nih... bz ckit ngn keje... hehehe....
Alhamdulillah,bertemu lagi kta dgn bulan ramadhan ni... Syukur sangat2...
Cuba untuk melatih diri,jauhi perkara2 yang xbaik.. jaga mata,lidah,telinga,langkah... dan semua yg wajib kta jaga... Bukan sahaja utk bulan ramadhan tapi utk masa2 yg sterusnya,insyaAllah....
Skang dah byk yg kuarkn buku resepi... kat facebook pun byk dah menu2 juadah berbuka,juadah utk raya,baju raya,itu dan ini... huhuhu... Meriah sungguh naaa... Anda bagaimana? Taun ni sya raya kat miri jer.. xlek kampung... rindu gak nak raya kampung padahal tiap tahun mmg lek sana... Sampai2 kawan2 sy kat miri ni tanya2,bila nak raya kat miri,bila nak jalan sama... Kadang2 xtau nak jwp mcm mna... hehehe.Tp taun ni insyaAllah kalau berkesempatan n di izinkan Allah,sy akan beraya di miri ni... kek n biskut pun sy nak try wat... yer lah,taun2 lalu mak sya jer yg wat n bwk lek kmpg... Taun ni persediaannya lebih sikit sbb dah bertaun2 xraya kat umah ktorg kat miri ni kan.. Belanja pun agak2 besar gak la... Tp ktorg akn wat sederhana yg mungkin,di samping menyambut cahaya mata baru dlm kuarga la kn... jd berlebih pun mst kna igt baby baru jgak... Bkan babby sy taw,tp anak kpd kakak sya... insyaAllah...
Perancangan sya,mgu satu lagi baru start wat suma tuh... hehehe...nak wat awal pun takut habis pulak nanti kn... Tapi bahan2 mmg kna beli awal.. tkt sesak pulak kat bandar nanti kan... dah xsempat nak beli... huhu...
oklah,sampai sini dulu... oyaa,sy nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan al-mubarakh ini... semoga amalan2 kta dilipatgandakan oleh Allah...amin..... semoga berkat...insyaAllah.... wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...