Khamis, Februari 23, 2012

Diriku....

Assalamualaikum.........


Lama sudah diri ini tidak menulis.. hehehe..
Kadang tertanya,apa yang diriku tak punya..
dan apa pula yg menjadi kepunyaan diri ini...
Sehinggakan bisa tersakiti..
dan bisa pula menyakiti..
sedang tahu mungkin bisa bahagia..
bahkan mungkin tidak sama sekali......


 Merenung sejauh mungkin menyelami lautan
Belumpun sampai ke dasar lautan,hati mulai lemas...
SubhanAllah.....


Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
Mengapa kita merasa tersangat malang..
Sedangkan ada yang lebih berat dugaannya..
Setitik air mata mengalir..
Membasuh luka di hati..
Mencari arah yang sebetulnya...
Tiada niat untuk melukai sesiapa..
Andai diamku membuatkan anda natural,
maka diri ini akan diam..
Selama yang termampu....
Datang disenangi,pergi pula tidakan di cari..... ^_^

Jumaat, Februari 17, 2012

SIKSAAN API NERAKA DAN KESANNYA KEPADA ANATOMI MANUSIA



Dahulunya dianggap bahawa deria rasa dan sakit adalah bergantung kepada otak. 


Penemuan masakini membuktikan adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit 


manusia, di mana ketiadaannya akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh merasai 


kesakitan.

Apabila seorang doktor memeriksa seorang pesakit yang mengalami kecederaan terbakar, 



ia akan menentukan tahap kecederaan terbakar itu dengan menggunakan cucukan jarum 


pada kulit. Jika pesakit merasa sakit bila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka 


terbakar itu hanya berlaku di bahagian luaran kulit sahaja. Sebaliknya jika pesakit tidak 


merasai sakit apabila dicucuk, ini menunjukan luka terbakar itu adalah terlalu dalam dan 


telah merosakkan deria rasa sakit.

Al-Qur’an menunjukkan bahawa ujudnya deria rasa sakit ini pada ayat yang berikut:

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan 



mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka 


(dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, 


sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (An-Nisaa’ : 56 )



Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Chiang Mai di Thailand telah 



mengambil masa yang lama membuat kajian mengenai deria rasa sakit ini.


Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai bahawa Al-Qur’an telah menjelaskan fakta 



saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu. Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat Al-


Qur’an ini. Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap ketepatan saintifik ayat Al-Qur’an 


tersebut, sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 yang diadakan di Riyadh 


mengenai Tanda-tanda Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah, beliau telah mengisytiharkan di 


khalayak ramai: “ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Pesuruh 


Allah.”


HAL MENGENAI USUS


Anatomi telah mendapati bahawa usus kecil adalah bahagian terpanjang dalam sistem 



pencernaan, kira-kira 5 meter. Dinding usus terdiri daripada 3 lapisan:

1. Lapisan luar (serum stratum): membran lapisan adalah lembut dan basah kerana 



perembesan cecair serum.
2. Stratum pertengahan (stratum otot).
3. Lapisan dalaman (lapisan mukosa): Ia terdiri dari kepingan mukosa dan lipatan atau 


bulatan melingkar yang penuh dengan villi, dan mengandungi kelenjar usus dan vesikuler 


limpa.

Telah ditemui bahawa rongga perut diliputi dengan peritoneum yang dihubungi melalui 



saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut.Saraf ini dipengaruhi oleh 


sentuhan dan haba. Jaluran (viscera) itu tidak mempunyai saraf untuk rasa sakit atau 


sensasi.

Oleh itu, semasa pembedahan dimana dilakukan bius pada dinding perut , dan perut 



dibedah terbuka, tidak ada sensasi rasa sakit atau gangguan dirasakan pada usus jika ianya 


dipegang, dipotong atau dibakar. Tetapi ketika usus dipotong atau berlubang atas sebab 


apapun, isi perut keluar ke rongga sekitar viscera, yang dipenuhi saraf sensitif, rasa sakit 


menjadi sangat parah dan perut pesakit dalam keadaan yang dipanggil Board Like Rigidity 


Pesakit ini berada pada status bedah kecemasan yang memerlukan pembedahan segera.
Didalam Al-Qur’an, Allah SWT menerangkan tentang azab api neraka dengan firmanNya: 


“… dan (mereka) diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya.” 


(Surah Muhammad, ayat 15)


Al-Quran mengancam orang-orang yang kafir dengan air panas yang mengoyak perut 



mereka. Alasan yang mendasari ancaman ini kini telah menjadi kenyataan.Telah didapati 


bahawa kepanasan tidak mengakibatkan kesan sakit kepada dalaman usus.

Tetapi jika usus ini dipotong, air panas di dalamnya keluar ke peritoneum yang dijalin 



melalui saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut. Saraf ini menerima 


kesan sentuhan atau panas, sehinggakan air panas tersebut selepas usus dipotong, 


menyebabkan rasa sakit yang amat parah.

Jadi rasa sakit/azab luaran dirasakan pada kulit, berbeza dari yang dirasakan di dalam usus, 



kerana perbezaan ciri-ciri struktur kulit. Bekas sakit yang teramat tidak dapat dirasai lagi 


kecuali kulit yang terbakar digantikan dengan lapisan baru, sedangkan dalam kes usus, azab 


dirasakan hanya dengan memotong usus dengan air panas.

Azab seksaan ini akan berterusan seperti firman Allah dalam Al-Qur’an: ” Dan orang-orang 



kafir bagi mereka neraka Jahannam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan 


tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah Kami membalas setiap orang 


yang kufur.” (QS. Fatir, ayat: 36)

Oleh yang demikian mukjizat saintifik Al-Qur’an kini telah ternyata benar. Rasa sakit seperti 


yang ditemui dalam fakta-fakta perubatan adalah sangat bertepatan dengan kenyataan-


kenyataan didalam Al-Quran.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan 



gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan 


bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.


( Surah an-Anfal : Ayat 2 )



Sumber :
http://assabiel.com/?p=818

Terjemahan artikel: WHAT ABOUT INTESTINES..?http://www.islamicmedicine/<wbr></wbr>.org/medmiraclesofquran/me<wbr></wbr>dmiracleseng.htm

Olahan :Mohd Nor Amin Zainuddin &http://www.zaarasopheahayat.blogspot.com/

doa ini untuk mempermudahkan jodoh/rezeki




"Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir" (Wahai 


Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah 


Mu) 


Doa ini adalah doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as 


didatangi calon istrinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. 


doa ini tercantum pada QS Al Qashash 24).



Sabtu, Februari 04, 2012

~ Penyakit Wahan ~

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya: “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)

Khamis, Februari 02, 2012

Ustaz Azhar Idrus-Peringatan Untuk Lelaki-




♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia 


cintakan dia.



♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak 



cintakan dia.


 
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak 



pasti.


 
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati 



untuknya.


 
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada 



perasaan untuknya.



♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada 



niat untuk nikahinya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...