Memaparkan catatan dengan label hanya untuk perkongsian.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hanya untuk perkongsian.. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 13, 2012

Pernahkah terbayang?

Assalammualaikum.....

Sebelumnya maaf.. mungkin imaginasi sy rendah atau pemikiran sy ini tersangatlah rendah.. Tapi inilah apa yg sy selalu bygkan dan tanya pada diri sy.... Bukan bertujuan hendak menakutkan.. Tetapi ianya cara sy untuk melembutkan sedikit hati sy yg keras ini...
kerana hati badan sy tersiksa dan meronta2... dan kerana pemikiran sy,keduanya saling berperang...........

    Pernahkah terbayang sebelum kta tidur.... Bagaimana jika esok sy bangun dari tidur,rambut sy semuanya tertinggal di bantal dan kepala terasa sedikit ringan? Bila melihatkan rambut yg tertinggal itu, badan kembali terbaring dan terus kaku sedangkan mata masih mampu berkelip.... badan yg nampak kaku pada pandangan org yg memandang tetapi kita merasakan kesakitannya.. Kesakitan yang tak mampu kita ungkapkan,yg xmampu kita jeritkan... 

  Ahli keluarga mula cuba mengangkat kta untuk di bawa ke hospital... hanya dengan sedikit sentuhan,badan kita terasa sakit seolah2 di tusuk dengan pisau... lidah kelu.. air mata mengalir tanpa sesiapa paham maksudnya... hati menjerit... NIKMATKU TELAH DITARIK KEMBALI.... otak mati... YAAA!! doktor itu mengatakan otak kita mati... dalam keadaan MATI itu siapa yg tau apa kita rasa? TIDAK siapa tahu... ada sesiapa tahu dalam keadaan OTAK MATI itu kita masih mampu berfikir? dan yg kita fikir ialah KENAPA? kenapa dulu tidak aku hargai langkahku? tidak aku hargai gerakku? percakapanku? pendengaranku? KENAPA???? Apa yang selalu meniti di bibirku?kini akuu kaku!! sakit!!!! disekelilingku bukan terdiri dari orang2 yang mendoakan sahaja, orang2 yang bersimpati malah x kurang msih ada yg sempat mengambil masa untuk mengumpat org lain.... seandainya aku mampu berkata2... Wahai saudara2ku... jangan kau siksa tubuhmu melalui lidah itu... Badanmu sedang menangis,merintih memohon agar engkau hentikan lidahmu dari mengatakan perkara2 buruk... simpatilah dengan dirimu sendiri... Jangan terlalu leka... insaflah dengan keaadaanku...

  Alhamdulillah jika hari ini kita masih dipinjamkan nikmat oleh ALLAH  S.W.T... Tangan masih mampu menadah... gerakkanlah hati... sering sy memohon kepada Allah S.W.T  agar tetapkan keimanan sy,teguhkan perjuangan sy.. namun sy sering tersungkur... betapa degilnya hati sy... Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim....
Sy tidak sanggup menunggu seluruh tubuh sy terbaring kaku dan mengalami keadaan di tersebut baru sy hendak bertaubat.... sy masih berusaha dan terus berusaha... Jika keadaan org lain tidak menginsafkan sy,maka sy sedang dalam bahaya. dan sy perlu berusaha untuk menggerakkan hati sy sendiri.... SubhanAllah.... betapa indahnya hidayahMU... Kurniakanlah aku ketetapan iman,jangan Engkau sesatkan jalanku... Dakapan kasihMU yg aku rindukan.... aku hamba yg hina, yg selalu lupa akan nikmat yg Engkau pinjamkan kepadaku...
Ya Rabbi..
Dakaplah aku sentiasa dalam kasihMU....
Hadirkanlah mereka2 yang sentiasa menyedarkanku...
Limpahkan rahmatMU kepada mereka...
Panjangkan usia mereka agar mereka tetap mengajarkan aku tentang ilmuMU....


Aamiiin Ya Rabbal Alamin......



                          ***** GERAKKAN HATI ,HATI GERAKKAN.******

Khamis, April 05, 2012

~Bersabarlah Duhai Hati~

Seringkali hati terasa diuji dengan ujian yang berat....
Seringkali juga pertanyaan dilontarkan tatkala tangan ditadah memohon keampunan....
Mengapa begini,mengapa begitu..
Sehinggakan takut utk memulakan sesuatu tindakan..
Kerana mental telah disekat..
Permulaan yang menakutkan,dan pengakhiran yang menyedihkan.. Tapi ingatlah,di antara keduanya ada keindahan tersembunyi dan dari rasa syukur,akan hadir nikmat yang tidak dijangka....
Kalaupun hatimu diuji,jadi kenapa???
Kalaupun matamu kembang kerana menangis,jadi kenapa????
Bukankah itu lumrah menandakan bahawa kita manusia yang mempunyai kelemahan...


    Menangislah.... Jika itu yang mampu menjadi luahan... Kemudian senyumlah tanda dadamu sudah lapang.... Kamu tidak akan tahu apa yang Allah janjikan untukmu selepas itu... Allah meminta kita agar berterusan berdoa dan memohon kepadaNYA.... Sedarkah.... Kita ini selalu menzalimi diri kita sendiri.... apa yang ada pada diri kita inilah ujian utama bg diri kita... Semuanya akan dipersoalkan...
Kita nampak orang menzalimi kita,tapi sedarkah kita, permulaannya dari mana??? Diri kita sendiri!!
Marilah,pulang semula kepada Pencipta kita... Menangislah kerana kita mungkin pernah tersasar dari jalanNYA.... dan Allah itu MAHA MEMBERI KEAMPUNAN... 


Allah SWT berfirman:

Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)



 DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS. Terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH. Terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA..!!

Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA itu selalu MEKAR, MENTARI itu selalu BERSINAR,

TETAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI di setiap BADAI, SENYUM di setiap AIR MATA, BERKAH di setiap MUSIBAH, Dan JAWAPAN di setiap DOA ...DIA MAHA MENGETAHUI SEDANG KITA TIDAK KETAHUI..

Ahad, Mac 18, 2012

Untuk Sesama Kita...



Manisnya bibir bila berbicara tentang cinta...
Cinta kepada manusia..
Hati berbunga-bunga...
Rindu pun beranak pinak dalam hati...
heeeee,betul ker?


Siapalah sy nak berbicara tentang  cinta...
cinta terhadap pencipta pun belum cukup terjaga..
inikan pula nak jaga cinta sesama manusia..
Tapi janji Allah itu pasti...
Kita jaga kasih sesama kita,insyaAllah,
kasih kepada pencipta kita turut terjaga...


Kerana, kasih yang sebenarnya ialah,
menjaga hati sesama kita.
sentiasa memberi peringatan,
agar kehidupan kita di 'sana' nanti sentiasa terjaga..
kepada yang sentiasa memberi peringatan,
alhamdulillah terima kasih...
di dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam..
Di akhirat nanti adalah waktunya kita menuai hasilnya..
Hanya Allah yang mengetahui...


 "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Ghaafir : 8) 


Khamis, Mac 08, 2012

Doa para isteri



Doa ini elok diamalkan oleh para isteri, Jom kita share sedikit ilmu..

Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu

Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu

Ya Allah

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu

Aku buta tanpa bimbingan-Mu

Aku cacat tanpa hidayah-Mu

Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu

Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin

Jumaat, Februari 17, 2012

SIKSAAN API NERAKA DAN KESANNYA KEPADA ANATOMI MANUSIA



Dahulunya dianggap bahawa deria rasa dan sakit adalah bergantung kepada otak. 


Penemuan masakini membuktikan adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit 


manusia, di mana ketiadaannya akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh merasai 


kesakitan.

Apabila seorang doktor memeriksa seorang pesakit yang mengalami kecederaan terbakar, 



ia akan menentukan tahap kecederaan terbakar itu dengan menggunakan cucukan jarum 


pada kulit. Jika pesakit merasa sakit bila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka 


terbakar itu hanya berlaku di bahagian luaran kulit sahaja. Sebaliknya jika pesakit tidak 


merasai sakit apabila dicucuk, ini menunjukan luka terbakar itu adalah terlalu dalam dan 


telah merosakkan deria rasa sakit.

Al-Qur’an menunjukkan bahawa ujudnya deria rasa sakit ini pada ayat yang berikut:

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan 



mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka 


(dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, 


sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (An-Nisaa’ : 56 )



Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Chiang Mai di Thailand telah 



mengambil masa yang lama membuat kajian mengenai deria rasa sakit ini.


Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai bahawa Al-Qur’an telah menjelaskan fakta 



saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu. Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat Al-


Qur’an ini. Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap ketepatan saintifik ayat Al-Qur’an 


tersebut, sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 yang diadakan di Riyadh 


mengenai Tanda-tanda Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah, beliau telah mengisytiharkan di 


khalayak ramai: “ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Pesuruh 


Allah.”


HAL MENGENAI USUS


Anatomi telah mendapati bahawa usus kecil adalah bahagian terpanjang dalam sistem 



pencernaan, kira-kira 5 meter. Dinding usus terdiri daripada 3 lapisan:

1. Lapisan luar (serum stratum): membran lapisan adalah lembut dan basah kerana 



perembesan cecair serum.
2. Stratum pertengahan (stratum otot).
3. Lapisan dalaman (lapisan mukosa): Ia terdiri dari kepingan mukosa dan lipatan atau 


bulatan melingkar yang penuh dengan villi, dan mengandungi kelenjar usus dan vesikuler 


limpa.

Telah ditemui bahawa rongga perut diliputi dengan peritoneum yang dihubungi melalui 



saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut.Saraf ini dipengaruhi oleh 


sentuhan dan haba. Jaluran (viscera) itu tidak mempunyai saraf untuk rasa sakit atau 


sensasi.

Oleh itu, semasa pembedahan dimana dilakukan bius pada dinding perut , dan perut 



dibedah terbuka, tidak ada sensasi rasa sakit atau gangguan dirasakan pada usus jika ianya 


dipegang, dipotong atau dibakar. Tetapi ketika usus dipotong atau berlubang atas sebab 


apapun, isi perut keluar ke rongga sekitar viscera, yang dipenuhi saraf sensitif, rasa sakit 


menjadi sangat parah dan perut pesakit dalam keadaan yang dipanggil Board Like Rigidity 


Pesakit ini berada pada status bedah kecemasan yang memerlukan pembedahan segera.
Didalam Al-Qur’an, Allah SWT menerangkan tentang azab api neraka dengan firmanNya: 


“… dan (mereka) diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya.” 


(Surah Muhammad, ayat 15)


Al-Quran mengancam orang-orang yang kafir dengan air panas yang mengoyak perut 



mereka. Alasan yang mendasari ancaman ini kini telah menjadi kenyataan.Telah didapati 


bahawa kepanasan tidak mengakibatkan kesan sakit kepada dalaman usus.

Tetapi jika usus ini dipotong, air panas di dalamnya keluar ke peritoneum yang dijalin 



melalui saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut. Saraf ini menerima 


kesan sentuhan atau panas, sehinggakan air panas tersebut selepas usus dipotong, 


menyebabkan rasa sakit yang amat parah.

Jadi rasa sakit/azab luaran dirasakan pada kulit, berbeza dari yang dirasakan di dalam usus, 



kerana perbezaan ciri-ciri struktur kulit. Bekas sakit yang teramat tidak dapat dirasai lagi 


kecuali kulit yang terbakar digantikan dengan lapisan baru, sedangkan dalam kes usus, azab 


dirasakan hanya dengan memotong usus dengan air panas.

Azab seksaan ini akan berterusan seperti firman Allah dalam Al-Qur’an: ” Dan orang-orang 



kafir bagi mereka neraka Jahannam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan 


tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah Kami membalas setiap orang 


yang kufur.” (QS. Fatir, ayat: 36)

Oleh yang demikian mukjizat saintifik Al-Qur’an kini telah ternyata benar. Rasa sakit seperti 


yang ditemui dalam fakta-fakta perubatan adalah sangat bertepatan dengan kenyataan-


kenyataan didalam Al-Quran.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan 



gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan 


bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.


( Surah an-Anfal : Ayat 2 )



Sumber :
http://assabiel.com/?p=818

Terjemahan artikel: WHAT ABOUT INTESTINES..?http://www.islamicmedicine/<wbr></wbr>.org/medmiraclesofquran/me<wbr></wbr>dmiracleseng.htm

Olahan :Mohd Nor Amin Zainuddin &http://www.zaarasopheahayat.blogspot.com/

doa ini untuk mempermudahkan jodoh/rezeki




"Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir" (Wahai 


Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah 


Mu) 


Doa ini adalah doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as 


didatangi calon istrinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. 


doa ini tercantum pada QS Al Qashash 24).



Sabtu, Februari 04, 2012

~ Penyakit Wahan ~

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya: “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)

Khamis, Februari 02, 2012

Ustaz Azhar Idrus-Peringatan Untuk Lelaki-




♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia 


cintakan dia.



♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak 



cintakan dia.


 
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak 



pasti.


 
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati 



untuknya.


 
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada 



perasaan untuknya.



♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada 



niat untuk nikahinya. 

Jumaat, Disember 23, 2011

RAHSIA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.


7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.


9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.


10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.


11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.


13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Sabtu, Disember 17, 2011

KOTAK HATI



Ingatlah......





Jika Allah mengizinkan,merestui dan meredhai kamu dan si dia,walau cinta di hati kamu cuma sebesar zarah sekalipun, bahagia itu pasti milik kalian....




Akan tetapi.....


Jika Allah berkata tidak,tidak merestui,tidak mengizinkan dan tidak meredhai kamu dengan si dia, biarpun cinta sepenuh hati,merentasi lautan berapi, bahagia itu tidak akan kekal bahkan tidak pernah menghampiri kalian...Jangan takut mencuba,yakinlah dengan janji Allah....Kamu tak akan pernah tahu apa yg telah Allah tentukan kpd kamu...


(mencuba yg di maksudkn ialah sebuah pernikahan yg di restui oleh ibu n bapa)

Sabtu, November 26, 2011

Buatmu Teman.






Hati itu mudah mati,



jika cinta berteraskan nafsu.



Cinta itu mudah pergi,



Jika hanya kerana luaran.



Bercinta bukan mudah,



Berkawan bukan suka-suka



Bercintalah dgn cara yg diredhai-NYA



Berkawanlah kerana hendak berkongsi ilmu dan belajar.



Bila cinta sesama insan itu hilang



diri tidaklah mudah merana



Bahagia akan datang berlari2.



Duhai wanita,carilah cinta itu utk membimbing dirimu



dan memimpin tanganmu dalam jalan mencari syurga-NYA



Duhai lelaki yang engkau pimpin nanti adalah isterimu.



Jangan engkau lemah dan tersungkur sebelum waktunya...



Bawalah dia bersamamu melalui jalan menuju redha-NYA.



Duhai teman tegurlah diri sahabatmu bilamana jalanya salah.



Sama-samalah kita mencari cahaya di jalan-NYA



Harta dunia cuma sementara.



Akhirat jua kekal selama-NYA.









note:Maafkan saya ya semua... Andai ada salah dan silap... Atas teguran ataupun penulisan saya... :)

Sabtu, Oktober 22, 2011

**Senyumlah**






Assalamualaikum...

Salam sejahtera......



Tangisan di mata,

Menampakkan kecilnya luka..

Tangisan di hati?

Lukanya terlalu dalam sehinggakan tak mampu

untuk diluah melalui air mata..

Betapa tabahnya jiwa...

Bibir menguntum senyum di wajah...

Hatinya merintih

walau serinya berbeza

namun semangatnya tetap ada....



Matanya redup mengharapkan sinar

Tak semua dapat melihat ke dalam matanya.

Dek senyuman dan tawa

rajuk di hatinya tersembunyi rapi.

DIA membalut kesakitan di hatinya

DIA mengubati luka di jiwanya.

Sehingga dia mampu tersenyum lagi...



Dalam kerapuhan hati

Dia cuba bangkit...

Tanpa ada yang sedar bahawa ada tangisan di matanya

Tangisannya tidak didengari.

terhapus air mata

berganti dengan semangat dan kekuatan



Hilangkan rajukmu,senyumlah... Untuk melupakan masa lalu,kamu harus berani hadapi masa hadapan.... Jatuh bangunmu menjadi sejarah dalam hidupmu... Ubatlah hati,tenangkan jiwa....Kamu layak untuk senyum dan berhak untuk bergembira... Jalanilah hidupmu seadanya...


Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama kita,dan semoga kita selamat di dunia dan di akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin... ^___^

Isnin, Oktober 17, 2011

Anda Seorang Yang Hebat.



Assalamualaikum

Salam sejahtera....


Wahhhh... Syabassss.... tengok tajuk,anda terus klik... Hebat sungguh.... Apa khabar hati anda hari ini??? Apa khabar mata anda hari ini??? Ayuhhh,hapuskanlah air mata yang gugur seperti paip itu.... Jangan membazir air mata dan juga masa anda....


Anda Hebat!!

Anda mampu tersenyum dan tertawa walaupun hati anda menangis dan kecewa.... Biarkan.. Biar senyum ini menyembunyikan rajuk di hati... dengan sendirinya hati itu akan pulih.... Jika kamu ingin tersenyum,maka senyumlah.... jangan biar kemurungan itu menjangkiti diri anda.... Jangan biarkan org sekeliling turut menangisi kesedihan anda dan seterusnya menjangkiti diri mereka dgn kesedihan.... Jangan!Jangan!dan Jangan!!!!..



Diri anda sedang terkurung!

Taukah anda di mana diri anda sekarang??? Anda diam sedangkan banyak yang ingin anda luahkan,banyak yang ingin anda tanyakan.... Anda sekarang berada di dalam cermin kaca... di sekeliling anda ada kawan2 yg sedang bergembira,ada yg sedang membaca,berkawan dan mcm2 lagi... ''CAN I TOUCH THE SKY?'' NO! sebab di atas anda ada cermin yg menjadi bumbung... anda sedih,dan terus tunduk... ASK URSELF... Pernah tak anda keluarkan apa yg anda rasa,apa yg anda inginkan??? idea2,soalan2,suara hati semua berebut2 nak keluar dari mulut anda... Tapi anda terlebih dahulu mengunci bibir anda dgn mangga yg besar... sehinggakan idea2 td xmampu keluar... Malamnya pula,anda sukar nak lelap mata... Kenapa???? Kerana idea2,soalan2 dan suara hati anda td tidak anda lepaskn sehingga ianya menyerang otak anda,berperang sesama sendiri.. Anda stress.. dan esoknya,timbul plak garis2 hitam bawah mata...


Anda Berhak Untuk Gembira...

Silakan anda tertawa... silakan anda tersenyum... Puaskah anda hanya dengan menangis setiap hari?? Akhirnya anda tidak dapat apa2... Anda nak nangis,nangis lah... xkisah pun... sila2... tapi anda kena ingat,ubati hati anda,senyum, dan mulakan langkah yang baru.... Melangkahlah penuh bangga... Percaya diri... ' HATIKU DI UJI KERANA AKU MAMPU MELALUINYA!'



Bersediakah anda untuk menjadi insan yang HEBAT??? Mulakan dengan BISMILLAH.... Dan bersyukurlah dengan peluang2 yang ada di hadapan anda.... Gapai kemenangan,takluklah hati anda.. Sayangi diri anda... ^___^

Khamis, Oktober 13, 2011

Coretanku Hari Ini......




Assalamualaikum...

salam sejahtera....




Ketika mimpimu,

yang begitu indah,

Tak pernah terwujud,

Ya sudahlah......




Mimpi ape ntah,mood ama jd spoil ler beberapa hari ni.... Sangat tak beshhhh... huhuhu.. nak ganggu orang pun wase xbeshh.... lame ugak xmenulis... bukan ape yer kawan2, ama sbnrnya sibuk cari idea utk cerpen terbaru ama.. chewah,mcm projek besar jer bunyinyer.. hihi... tapi bila dah mood agak kureng ni,terpaksalah ama tunda dulu cerpen tuh.. baru 10% siap,,, hehehehe...




Saat kau berlari

mengejar anganmu

Dan tak pernah sampai,

ya sudahlah...



Keje kat opiz ni dah siap ama wat.... ermmm... xla bz sgt kan.. cuma rase kekok lak bila dari pagi smpai ke petang duk mcm menunggu bulan jatuh ke ribaaa... hukhukhuk.... Yerlah,salunya sibuk memanjang... tapi ok jer lah.. relex jer kan wat muke sweet dpn bos....




Apa pun yang terjadi

ku kan slalu ada untuk mu

Janganlah kau bersedih

Cause everything gonna be ok.



Dalam beberapa hari ni gak,mcm2 yang jadi.... ehhh,ade ker? ama ni pelupa sikit.. haha.. sikit jer la... xbyk pon.. muahahahaha.....




Satu dari sekian kemungkinan

kau jatuh tanpa ada harapan

saat itu raga kupersembahkan

Bersama jiwa cita-cita dan harapan.


Heeeee..... nothing to say.. =p



Kita sambung satu persatu sebab

akibat
Tapi tenanglah mata hati kita

kan lihat

Menuntun ke arah mata angin

bahagia

Kau dan aku tahu jalan selalu ada.

Juga ku tahu lagi problem kan

terus menerjang

Bagai deras ombak yang menabrak

karang

Namun ku tahu kau

mampu tuk tetap tenang

Hadapi bersamaku hingga

akhir datang



Ermmmm....


Saat kau berharap

Keramahan cinta

Tak pernah kau dapat

Ya sudahlah.

SEMUA INI BELUM BERAKHIR.



Satukan langkah

Langkah yang beriring

Genggam hati rengkul

emosi

Genggamlah hatiku

satukan langkah kita



Ini aku dari hujung rambut

menyusur jemari

Sosok ini yg menerima kelemahan

Hati

Satu cinta ini akan tuntun

jalanku

Rapatkan jiwamu yg tenang

disisiku

Rebahkan rasamu untuk yg

ditungg

Bahagia hingga ujung waktu


Apa pun yang terjadi

ku kan selalu ada

untukmu

Janganlah kau bersedih

Cause everything gonna be ok.



Ni sebenarnya lirik lagu bondan prakoso & Fade2Black..Tapi bukan lengkap la.. Suka ama nyanyi lagu ni.. dalam hati jer lah..kih3... tp ada mksd gak dr lagu ni.... Dengar masalah dr kawan2,ada yang sedih,ada yang gembira,ehh,gembira tu bkn masalah...hihii,silap.. nyieh3... Tapi ada sesetengah perkara tu mengingatkan ama dgn masa yg telah berlari... eh3,masa yg telah berlalu... haissshhh susah nak kata lah... zaman dolu2... uikkkk... Tadelah... Ama ni mampu mendengar n bagi sedikit pendapat yg agak2 banyak gak la.. hahaha... meluah kegeraman hati... uishhh... Kta xleh agak sesuatu tu bakal berulang pada kita,tapi mungkin terjadi pada org2 yg terdekat dengan kita.. btol x? hee,ama cakap banyak pun xguna,bukan ama nak cite ngn korang pun ape masalahnya... toksah pujuk2 ama,ama xkn citer..wahahahaahha.. ok,terima kasih sebab sudi membaca...



Ingatlah teman, Allah sentiasa bersama kita,DIA Maha mendengar,DIA Maha melihat dan DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. Tak kisahlah dalam urusan rezeki mahupun jodoh... Ceria kita ada waktunya,jangan pula lupa waktu bersedih... bukan senang2 nak bersedih,tapi ada waktunya.... Alhamdulillah kita akan merasakan nikmat dari semua ujian yg kita tempuhi.... Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita..insyaAllah Amin Ya Rabbal Alamin.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...