Khamis, Disember 19, 2013

kesinambungan sekeping hati.

Sekian lama menyepi dan menyendiri, aku kembali di penghujung tahun.
Membawa semangat yang kian surut meminta untuk diperbaharui. Aku kini seorang pekerja yang juga seorang pelajar. dahulu aku pelajar tidak diiktiraf semasa bekerja, kini aku seorang pekerja dan pelajar yang bakal diiktiraf. 2013 adalah permulaanku memegang gelaran itu. lumrah manusia, menjadi pelajar hanya apabila mempunyai kad pelajar dan ganjarannya adalah sijil. 
Aku menyedari pengajianku hanya melibatkan ilmu dunia. ada kalanya aku runsing memikirkan, kenapa aku boleh saja tertekan dengan pengajianku sedangkan ganjaranya hanya di dunia. aku belajar kerana aku harus bersaing untuk hidup. Aku belajar kerana aku sedar bahawa jika aku tetap begini gajiku tidak akan naik dengan cepat. Aku selalu lupa gaji itu adalah rezeki dan rezeki itu Allah S.W.T yang aturkan. mengapa aku perlu runsing? Orang lain ada yang gajinya lagi rendah daripada ku tapi mereka tetap hidup,mereka tetap makan dan minum,mereka tetap mampu membina keluarga yang bahagia. Jadi sekarang apa tujuan ku? apa yang aku cari? aku seorang wanita yang lemah. Jika Allah izinkan aku menikah, apa aku tetap akan bekerja lagi? 

Dunia sungguh manis pada awalnya, semakin dewasa terasa kelat dan pahitnya dunia tanpa akhirat. Tiada guna menyesali, teruskan dan seimbangkan mana yang termampu. bukankah ilmu Allah itu sangat luas. Semoga redha Allah S.W.T sentiasa bersamaku. aamiiin ya Rabbal alamin. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...