Jumaat, Mei 27, 2011

**ESOKKK DIRIKU BERCUTI DAN BALIK KAMPUNG**

Gembira niiii.... Dapat cuti balik kampungggg.... Alhamdulillah.... Belum ama tya pasal cuti,Bos dah tya ama dulu... dialognya berbunyi sptttt:

''Miss Lina,u xnak cuti ke masa gawai ni?''
''Mau bos,tp takut nanti xsempat kira gaji worker sbb mgu ke2 nanti kan worker gaji''

'' Ohh,xapa,u amik la cuti 1 minggu,hari isnin u start keja lagi''
'' Ok,tunggu sy tya mak sy dlu,sbb dia nak cuti lama kat sana..2 minggu.''
''Ok,lgpun mggu dpn byk cuti ma,4 hari saja kerja.. baik cuti kan.''
After 20mins.....
''Bos,esok sya start cuti.''
''wah...terus cuti haaa... ok,no problem... happy holiday,jangan lari terus,make sure u balik miri lagi ho... sekarang susah mau cari staff.''
'' (muehehehe,tau takut) ok,thanx bos. c u after holiday.''

Begitulah sedikit sebanyak dialog pagi tadi...... Sape xnak cuti kan... N keje2 ama pun dah siap... terlebih semangat kot td..hehehe,... ama jangka dlm kul 4.30 baru siap sume keje,tp xsgka kul 3 td dah siap sumenyer...Cayalahhhh.....
Besok akan berangkat balik ke kampung... dalam 6 jam perjalanan la... dari miri-bintulu-selangau-mukah 2jam dari satu bandar ke satu bandar.. selangau tu bukan bandar,tp situ simpang antara nak ke sibu n mukah... kat mukah ada kakak ama,jd tdo kat mukah dulu sblm pergi ke umah nenek kat matu,amik masa dalam 1jam setengah hgga 2 jam,sbb nek ferry...
Rindu nak lek kmpg..huhuhu... Semoga perjalanan kami esok dipermudahkan olh ALLAH,aaamiiiin....
Ok lah,t ada masa ama update lg ea,tu pun law dapat o9 kat kmpg nanti..hehehe... c yahhhh!!!

Isnin, Mei 23, 2011

**Hukum memberi dan menjawap salam serta Hukum menjawap salam dr org bukan muslim**

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat…dalil2nya juga telah banyak kita temui.Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab….
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
2. orang yang sedang berada didalam tandas
3. Orang yang sedang makan dan minum
4. orang yang sedang berperang
5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.
Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Ucapan salam yang lengkap adalah “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” yang artinya “semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian”. Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika beliau tengah bersama isterinya, ‘Aisyah RA, beliau bersabda:”Ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu”. Maka ‘Aisyah RA menjawab:”Wa ‘alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh” (HR. Bukhary dan Muslim).Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:
a. Assalaamu ‘alaikum
b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)

sumber dr blog dungun...

hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang maksudnya; “Dari Wabisat bin Ma’bad (radiallahua’anh) katanya: Aku datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia bertanya; Kamu datang bertanya dari hal kebaikan? Aku menjawab: Ya! Ia berkata: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang mententeramkan dirimu kepadanya dan mententeramkan hati. Dan dosa itu ialah apa bergetar dalam hati dan ragu dalam dada, sekalipun manusia yang berfatwa telah memberi fatwa kepadamu.” (Hadis Ahmad dan ad-Darimi dengan sanad ‘hasan’)


kemusykilan ttg menjawap salam dari bukan muslim.


Pertama: Surah an-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”
Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberi sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Dalam menghuraikan ayat surah al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani (rahimahullah) menyebutnya dalam bentuk qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu ‘alaikum (kemusnahan ke atas kamu). Inilah kezaliman yang nyata”.

Larangan memberi dan menjawap salam.

Pertama: Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. (Hadis Muslim)
Kedua: Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)
Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Ucapan salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, tetapi berkasih sayang di antara orang kafir adalah dilarang sama sekali. Al-Qur’an menyebutkan bahawa, “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22). Sebagai gantinya, ucapan yang menjadi kebiasaan boleh digunakan.
Para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja. (Tafsir al-Mazhari, 2/175)

Hadis yang menunjukkan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) memberi salam kepada satu majlis yang bercampur di antara Muslim dan orang kafir sebenarnya salam itu ditujukan kepada orang Islam yang ada di majlis tersebut. Kefahaman ini sejajar dengan maksud hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang melarang kita memulakan salam kepada bukan Islam seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di atas.
Berdasarkan riwayat dari Ibn Abbas (radiallahua’anh) yang menyuruh orang Islam menjawab salam orang kafir dari kalangan Yahudi, Kristian dan Majusi, pertamanya riwayat ini tidak menerangkan bagaimanakah caranya. Jika benar sekalipun riwayat ini boleh dijadikan hujah, kita hendaklah menilainya berdasarkan satu kaedah bahawa apabila amalan sahabat (radiallahua’anh) bertentangan dengan sabdaan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang berbentuk perintah, maka hadis perintah hendaklah didahulukan dan diutamakan.

Saya cuba mencari semua ini tadi... mungkin anda2 yg berada di semenanjung tidak mengalami masalah ini tapi,baru sebentar td(23.05.2011/3.00pm) ada seorg driver lory datang ke opiz saya dan memberi salam.. mujur saja saya tidak terus menjawapnya..dan bila dilihat,dia mempunyai tatu di lengan... Jadi saya terasa musykil,betulkah dia ini muslim atau sekadar suka2 memberi salam.. caranya ' samekom' jd saya tidak menjawap dan hanya senyum saja... Dan bila saya cari2 ini di antara yg saya jumpa... dan masih cuba fahami... Perkara ini pernah dibangkitkan pada tahun 2007 kalau xsilap saya... Bagi sesiapa yg ada penjelasan lengkap,bolehlah tolong kemukakan lagi kpd saya yer...

***JUJUR***








Kenapa saya berminat dengan topik kali ni? Berkaitan dengan kejujuran...

Kerana saya sendiri masih dalam proses belajar.. Banyak benda yg simple dalam dunia ni... Terlalu banyak.. tapi perkara2 simple ni bila diteroka ia mengandungi banyak kerumitan yg tidak kita fahami... Dan kita sebagai makhluk ciptaanNYA,nampak sempurna tetapi byk yg cacat disebabkan apa yg kita ada...


Setiap orang itu punyai pengalaman hidup... Dalam pengalaman hidup ni,ada yg gelap,yg suram,cerah,gemilang.. Tapi berkenaan yg gelap ni yg saya cuba kupas yer... Kerana mungkin ada kalangan kita tidak tahu berkenaannya,,... termasuk saya sendiri... terlebih dahulu saya meminta maaf la..kerana ilmu yg saya ada pun xlah setinggi mana.. tapi insyaALLAH.. kalo yg betul tu ambil sbg perkongsian..mana2 yg salah,jangan segan nak betulkan.. saya akan terima sebagai pembetulan...


Jujur sepertimanakah yg kita tahu? Dalam persahabatan? keluarga? pasangan? Apa yang dititikberatkan? Ramai yang sebenarnya masih tertanya2 dengan erti kejujuran... Bahasa kejujuran ini kadang2 boleh menyebabkan kebenaran bertukar fitnah,malu dan sebagainya...


Perlukah kita ceritakan detik hitam dalam hidup kita? Sesuatu yg memalukan...Haruskah???

Nahhhh ini dia yg saya nak bincangkan... Mungkin pada sesetengah org dia berfikir jika menceritakanya kpd kawan contohnya akan meringankan beban di hati... Itu adalah salah... itu tidak meringankan atau melarikan kamu dari kesilapan lalu... itu hanya akan menambahkan masalah...


Mengadulah hanya kepada Allah S.W.T.... Kerana hanya DIA yg mengetahui akan apa yg kamu kerjakan...


Firman Allah..

'' ...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan keji ,baik yang nampak diantaranya mahupun yang tersembunyi...'' (surah al-An'am:151)



dr Abu Hurairah r.a berkata...

''Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)



Semua di antara kita ini pernah melakukan kesilapan tidak kiralah kecil mahupun besar... Sebaik2nya simpanlah sedikit rahsia itu yg hanya diketahui oleh diri kita sendiri sahaja... Org sekarang kalo sebut pasal jujur semuanya harus diceritakan... maksd sy hitam putih... Bukan menagih simpati atau apa... cuma nak ringankan pemikiran? MasyaALLAH... betulkah cara itu? pernah fikir apa kesan buruknya nanti?


Contoh seterusnya... Nak berumah tangga... Perlukah kita membuka segalanya? Termasuk kisah2 aib sebelum bertemu dgn bakal suami/isteri ini? Past is past... Mungkin kta saja yg fikir begitu..tp pihak lain mgkin fikir yg lainnya... kdg2 kta msti fikir,(contoh yer) nak ker bakal suami/isteri aku ni terima aku kalo dia tahu kisah silam aku? Atau dia akan meninggalkan aku? Atau, aku rela dia meninggalkan aku sekurang2nya nanti aku tidak menghadapi kebenciannya apabila kami sudah berumah tangga.... atau dan atau...ini yg orang2 sekarang ni buat... berfikir dan berfikir.. baliknya xda penyelesaian yg utuh... pandai pula kita berserah kpd ALLAH... 'kalo dia nak terima aku,aku reda,kalo dia nak tolak aku pun aku reda...'


Kita juga sering terikat dengan ayat ini.... 'wanita yg baik adalah untuk lelaki yang baik.wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat.. begitu juga sebaliknya....' Siapa kita nak hakimi diri kita sendiri??? Kita kah yang adili manusia di akhirat kelak??? Mak kita ka yang adili kita? bapak kita? mak mentua bapak mentua?? adik beradik??? TIDAK SAMA SEKALI!!


Hanya ALLAH yg akan adili kita semua... Segala apa yg dikehendakiNYA terjadi,maka itulah yang akan terjadi...

Tapi apa yang kita buat??? Kita adili setiap orang... Jangan ingat diri kita ni suci tanpa dosa... selagi kita ada akal,kita xterlepas dari dosa.. sebijak mana sekalipun kita,kalo dosa,tetap dosa.

Ada sesetengah keluarga,bila mengetahui kisah silam bakal menantu contohnya.... Mengamuk mcm nak bunuh org... kenapa ko xjujur dgn anak aku? kenapa ko xceritakan kat anak aku?? kenapa aku tau dari mulut orang lain(bekas c bf/gf).... Kenapa nak meradang? mungkin di benak kita masa tu ooo budak ni sengaja nak sembunyikan kebenaran supaya ada yg nak kat dia...dan bermacam2 lagi.... Cuba letakkan diri dalam situasi dia.. Dia nak berubah... selama pasanganya(bakal suami/isteri) mengenalinya,pernahkah dia mengajak kpd kemungkaran? pernah mengajak kpd bnda xelok? Atau dia sangat menjaga tertib,menjaga sopan,menjaga batas... kalau iya,itu bermakna dia berubah dari negatif kpd positif... Kadang2 kisah hitam ni boleh menyebabkan trauma... ini juga antara risiko yg menyebabkan individu kurang keyakinan diri untk berpasangan malah utk berfikir mengenainya pun sangat menakutkan... Allah xakan memberi dugaan kalau kita tak mampu hadapinya.... Jujur ini seharusnya berpada2.. bukan dalam semua hal... siapa kita utk adili org lain?



Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" (Al-Anbiya':35)


Inilah di antara yg ingin saya kongsikan berkaitan jujur... jujur yg saya kupas ini lebih berkaitan perkara2 hitam sebenarnya... isinya lebih luas lagi kalau dikupas scr lebih terperinci.. tapi saya memilih utk mengupas berkaitan titik hitam dalam hidup...saya rasa2 mungkin ramai yang mengalami perkara ini. atau xmengalaminya secara realiti,tapi xsalah kiranya kita memberi buah fikiran..betul x? Terpulanglah kpd individu sendiri nak menilainya yer... Allah itu maha adil,maha pengampun,maha pemaaf... melebihi dari kemampuan kita... Pilihlah yang mana baik bagi diri kita... Kita juga tidak dapat nak mengubah sikap org lain,tapi insyaALLAH,kalo kita pandai bagi nasihat,masalah sebesar mana sekalipun akan selesai dgn izin dariNYA... Istiqamahlah dalam membuat keputusan... Timbang buruk baiknya... Kejujuran ada batasanya... dan xdinafikan Allah sangat2 menyayangi manusia yang jujur dan mengakui kesalahanya... tapi bukanlah untuk dipamer2kan kpd sesama manusia... Allah lebih tahu.. DIA lebih mengerti... semoga hidup kita lebih diberkati oleh ALLAH...





Sabtu, Mei 21, 2011

*** Jaga tepi kain i n u***



Assalamualaikum....






Ape???? wewittt2??? ape tu??? nak rase penampo sweet??? orrr penampo sourrr???



Bukan nak ngater aper la kan.... Skang ni jaga tepi kain org salah... Xjaga lagi salah...



Ngaper begitu??? yerlah,org suh jaga,bukan carikkan lagi...



Kalo yer pun nak jaga tepi kain org tu,agak2 la,xkan hal laki org,bini org nak amik terlebih rase... Ada plak yg suke jaga tepi kain org,tp suka mencipta fitnah... ape kebende nyer tu? Jaga leklok la weyhhh... org baik2 ayu2 cakap yg bukan2.. yg terang2 xelok tu xnak lak tego.. bawak mulut kesana kemari... mmg la kna bawak mulut tu.. bkn dapat cabut pun kan... tapi pikio2 le leklok sblm ganyang telinga org...






'TAKYAH SIBUK JAGA TEPI KAIN ORG.. JAGA JER TEPI KAIN SENDIRI''



Yang ni lagiii parahhhh!!! mmg bagus gak la xjg tepi kain org,duk sendiri2 dalam umah.. kuor pun xyah risau..xda owg nak bisik2 pasal kita,...Tp tengoklah akibatnya yg nampak dpn mata kita skang ni... zuuupppp kesana kemari berkepit melilit.. mcm monyet.. aiiiii... idak le teman ni nak memandai kumen2 pasal kome yerrr. tapi xberadap jer ruper law kte ni cakap pasal bnda xelok tp xtegur xcr jalan.. jalan luas tapi nampak sempit... ehhhh.. mengarut2 ni xper ke kome? hihihi....






Kat depan ayu jer senyum.. bila jarak dlm sekangkang kere je mula mulut dia bunyi mcm siren power ranggers... 'go! go! power ranggers' hahaha... zaman kanak2 yobb... walau pun teman ni suke terperap dalam umah jer,salu ler tgok tv,n kdg2 bejalan2 kat kmpg... mmg ramai la yg mempunyai tabiat gini...xper2 kta rawat slow2 deh... hehehe... sape yg terasa tu maaf la yer... teman sendiri pun terasa gak ni... hahahaha.... same jer... mgkn sume pnah lalui bnda yg sama... xdapat nak elak2 lagi ni...






InsyaAllah.... jika kta semua bertekad nak berubah,pasti dapat berubah ea... Cekalkan hati...



Saya sendiri tgh berperang dgn dri sndri... dalam diri kta sendiri ni ada pro n kontra yer... kdg2 diri sndiri ni musuh utama yg perlu diperangi... pernah dengar perkataan memberontak??? haaaaa.... itu yg selalu kta perangi yer... kalo kalah,akibatknya sgt2 menyakitkan...






Negatif itu lawanya positif.... Di antara kita ni ada yg positif dan ada yg negatif... kita memerlukan satu sama lain... xsemestinya sesuatu itu betul pd kita,betul jugak pd org lain,yer x??? so we need each other... saling melengkapi... dalam keluarga contohnya... kdg2 jdlah pendengar... kdg2 jadilah pembangkang... pembangkang tu bknlah maksd perlu berkempen segala... berikan pendapat,bincg... jangan plak nak bawak parang ker,sumpit ker.. xperlu pun... lidah kamu tu boleh jd senjata paling tajam.. ayat2 kamu tu boleh buat org terdiam...






Kan bagus kalo kita ni hidup bekerjasama... bantu membantu... bila kuar umah bertegur sapa dgn jiran2 atau org sekampung... perbaikilah aper yg xbaik.. kan3??? hehehe



ok lah ni jer yg nak kongsi sbnrnya.. ada sedikit masa lapang.. hehe.. len kali sy kupas2 lagi lain2 topik ea... hehehe... sekiannn......






Isnin, Mei 16, 2011

***GURU DAN AKU***

As'salamualaikum.... Selamat sejahtera yer...
Ama nak buat karangan ni... Yerlah,sempena hari guru,...kih3...
Okeh,sebelum tu ama nak ucapkan selamat hari guru kpd semua guru2 yg berada kat mane2 sajer yer... kat luar negara ker xkisahlah asal pandai baca bahasa kita ni..heheheheheh..... Banyak kenangan yg berlaku atau lebih tepat yg terkumpul masa zaman sekolah dulu....

1) CIKGU HEDRAWATI...
Kenapa namamu di atas??? hahah..mcm tajuk lagu..Cikgu ni la yg paling lama dgn ama... di sekolah menengah la yer... dari ama tingkatan 1-ting 5.... Mmg dia tau la perangai ama... dari ama kecik montel smpai besau n tmbh sdkt tgi la..xla tgi mana,ttp gak kcik tu kan cikgu kan...haha... cikgu ni asal sarawak... so mmg suke la dkt ngn cikgu ni...muehehe...Cikgu ni ajar ama subjek sains dari ting 1 smpai 3 kmudian ajar subjek kimia ting 4,5....satu jer,sbnrnya ama mmg suke wat eksprimen,buat laporan...pnah skali tu group ama wat eksprimen xjd... jd ckgu ni suh wat semula... sambil dia bdiri sblh ama sambil cekak pinggang,rasa mcm ada speaker dlm jantong ama... berdegup..ahaha..kecut bebbb... nak kepit bahan pun xleh ni... sbb terketar2...kui3... Yg paling ama igt gak,stp kali ama tertinggal buku,ama bagitau awal2 kat ckgu ni... kmudian msti dia xhukum ama..wakakakakaka....ok2 cukup smpai sini..ehhh lupe nak cakap,Cikgu Hedrawati,kueh kek kat umah kitak tem skul dolok nyaman aie... haha... lamak xberaya umah ktk..kui3.... kim salam kat anak2 ktk ya..muehehe..nak last tok lom tgok agk.....

2)CIKGU NIK SUHAINI.
Haaaa,ni la mama ktorg masa tingkatan 5.... Baik sgt ngn kitorang... Antara cikgu yg paling rapat ngn ktorg suma masa tu... Dari hiasan kelas,pasal belajar,nasihat... Bila x dtg skolah dia tya,dah datang sekolah pun tanya... ehhhhh..biarlah rahsia...hahaha....Kadang2 ada gak ama terserempak ngn cikgu ni,alhamdulillah,diriku masih di ingati... ehehehe..takut gak law ttbe dia tya dlu sekolah kat mana..haha..kantoi la plak... Cikgu ingt x msa hari merdeka tu,ama bg idea nak wat bendera Malaysia guna duit syiling 1sen??? Cikgu ckp idea tu ok..then kta mula kumpul duit syiling tu kat kelas..byk gak la yg bg kan... kta wat xla besar bendera tu tapi puas hati sbb dah frame then ltak kat bilik pengetua... ama teringin nak tgok bendera tu agi..hehehe.... lepas taun tu duit tu terus xdigunakan lagi,so jd kenangan yg sgt bermakna la buat kita kan..kui3... Nanti kalo kta jmpa,kta borak lelama eaaa cikgu.....

3)CIKGU NORLIZA.
Yang ni cikgu Biologi ting 5.....ada dua sbnrnya,sorg cikgu Loh,ker law xsilap nama...muehehehe... Beberapa hari lalu ama pnah tya,igt ker ngn ama,dia ckp dia ingt... budak yg salu tya pasal bio..ahahaha.... cikgu,itu jer yg ingtkn cikgu kat ama ea... bkn sbb ama kecik ker??? kat kelas pendiam kan...hahahaha...sekarang cikgu,byk owg cakap ama ni byk cakap... potpet2 xhenti2...ama silap mkn ubat kot..hahaha...Ingt x dulu ckgu pnah cakap ama pandai wat nota,tapi exam agak kurang... yerla,nota tu copy n paste dr buku,mst la pandai..hehikkk...pecah rahsia...suke blajar bio ni sbnrnya,tp tu lah,mgkin xtau teknik yg btul nk jawap soklan... Tapi alhamdulillah la cikgu xda ckp ama mengarut msa exam..mcm yg ckgu pnah ckp kat seseorg tuh..ahaha... tetiba cikgu ckp dia mengarut..ama nak gelak dah wktu tu.... yerlah cikgu siyes jer msa tu ttbe ckp dia byk mengarut..hahaha...

4)CIKGU NOORLIA.
Ni cikgu yg suka speaking... fuhhhhhh..... yerla dah ajar bahasa english kan..xkan nak cakap melayu..muehehehhe... Aper kenangan kita dulu yer cikgu?? oyerrr,sebb cikgu ler kitorg ada peningkatan dalam BI... byk story2 yg ckgu citer kat ktorg... teknik2 yg ckgu ajar... oyerrrrrrrr..... cikgu xlupe kat ama kan???hahaha....tu yg penting...keh3.... xtau skang la...=p

5)USTAZAH FARAH & USTAZAH YATI...
1st ama citer pasal ustazah Yati yer... dia ni guru agama masa ama ting 1,2... orgnya kecikkk,mcm ama,comel n mmpunyai minat yg sma ngn ama... ape dia???? HELLO KITTY...hahahahaha... kami berdua agak rapat ea.... dia suka ajak tdur umah dia...tp xberkesempatan..huhu... byk yg dilalui bersama... cikgu ni suka bagi gula2... yerlah,gg dia cantik,haha.... ehhhhh...slps ama pindah sekolah,ktorg xla terus hilang hubungan.. masih dpt berjumpa masa tu... dia pos kad raya kat ama... xtau mna dia dpt alamat ama..huhuhu... mcm2 nasihat la,kata rindu..muehehe...malu plak...aissshhh...sampai la bila ama di ting4,dia bernikah n pindah ke kota samarahan... masa tu msh dpt koling2 n sms ngn dia.. tapi bila ama lma x sms dia sbb sibuk stdy kn,no hp dia tukar n xda sms kat ama... kta xtau ape mslh dia,so harap2 dia xlupe la kat ama...sedih ni..hehe...
Ustazah Farah Najwa.... Betul ker ejaan ni..hehehe... Ni ustazah ama dari ting 3 smpai 5....tp ting 5 skejap jer dia ajar sbb di tukar ngn Ustazah lain... heee.... ama suka agi Ustazah Farah ajar... heeee... Ustazah penah bg nma kitorg utk ikt program pelajar islam cemerlang... i tell u,mmg bes la msa tu... jmpe kwn2 baru,ada fasilitator yg hebat..ehh,betul ker ejaan tu??hihihi... lepas program tdur 3 hari 2 malam tu,ada lagi pelbagai program sampai ktorg exam kan... Ustazah penah bersusah payah hantar ktorg g sekolah yg jauh dari sekolah kta tu... ingt x?? hihihi... sian ustazah kna tgu ktorg kat luar bilik..heeee....mekaseh ustazah.... oyer,ustazah pnah datang umah ama,datang la lagi ea..bawak anak2 ustazah yg comel2 tu....

6) CIKGU2 LAIN...
Dari ama ting 1 n 2 ada agi ckgu yg rapat ngn ama.. iaitu cikgu Manggeleghoury Archunan(Cikgu Ghoury) N Cikgu Hasmawati... cikgu BI n SEJARAH..... 2 owg ni rapat kat skolah,so ama ni kn tetau la kepoh sikit,jd diorg ni pun rapat gak la ngn ama... ama jahat dulu taw.. jadi ketua kelas tapi salu lepak ngn diorg ni kat bilik guru...heee... ada la sorg ag cikgu yg xleh d sbt nmanya.,,. jeles tgok ktorg ni..muehehe... dia cube knekan ama... so,cikgu2 ni la yg tlg ama... diorg pnah merajuk sbb kna buli ngn kwn2 sekelas ama... so,ama pnah jerit la kat kelas smpai sume terdiam...heee.... xshuker yer buli2...cikgu2 ni pun terdiam sma... kui3....mmg byk cerita ktorg..tp sume dh jd knangan kan.. xjmpe2 agi smpai skang... heee...

ada ckgu LIEW YIN CHING(SEJARAH TING 4),LIEW CHIEW YEK(PRINSIP PERAKAUNAN TING 5),WONG CHIENG(MAT.TAMBAHAN 4,5),BENJAMIN(EST TING 5),RUSWADI(MATE T.5),SUSIE(SEJ T.5), RANI(LUKISAN T.3),MAIDATUL(AKAUN T.4) PUVANESWARY(MATE T.3) ROSNANI(B.M T.2) ROHAYA (MATE T.1,2), NALINI SUPIAH (GEO 1,2) AIDA ,ERDA,NORAINI (GURU SANDARAN) walaupun sandaran,tetap rapat ngn ama ea... hihihi..jan jelessss..... dan ramai agi ckgu2 masa tu yer..maaf,kalo ada yg tertinggal....

Cikgu2 ting6.... Cikgu Frankie(muet lower 6) madam MAHESHWARRY(MUET UPPER),KHALID(P.AM UPPER) MISS YEO(SEJ) SHAHIZAN(SEJ) PRADA SIPANG (K.M)garang tp bess.... hehe..

Guru sekolah rendah ramai sgt..tapi lupe..hehe... ill try... guru tadika,cikgu KAMARIAH, ckgu tahun 1-6... cikgu Rohani,cikgu Kristina,Cikgu Ali, Ustaz Syamsul,Ustazah Salina, Cikgu Norasmah, Ustaz Fauzi,...alahhhhhh,masa ni la nak lupe..heee... semalam dah ingt sume dah..tumpul betul otak ni..xper2 dimanapun kalian berada ama tetap akan ingat..heee.... terlupa hari ini sajer....

Ape2pun minta maaf atas segala kesilapan,kenakalan, atau jika ada rasa tidak puas hati,harap maafkan ea.... Selamat Hari Guru kepada semua... kalo yg masih berhubung ngn ama tu,nanti akan ama sms pulak lah yer... selagi ada kemudahan...InsyaALLAH.... Terima kasih atas segala tunjuk ajar.... Dan teruslah berbakti kpd anak2 atau masyarakat di luar sana.... Kalo jumpe bebudak nakal,tarik jer telinga diorg..ahakkkzzz... gurau jer..jan mayah plakkk.... muehehehe... insyaALLAH,kalo di izinkan Allah,kita akan bertemu lagi... walau dalam keadaan apa sekalipun.... kalo ada yg xada fb tu,tlg yer ckgu2 smpaikan ucapan ama kat diorg gak..kalo ada yg tertinggal tu maaf la.... keterlupaan..hehehehehe... Alhamdulillah ama diberi kesempatan utk menghargai cikgu2 semua.... nanti2 kta borak2 agi..insyaALLAH... semoga Allah sentiasa merahmati kalian.... TERIMA KASIH CIKGU...

INGATAN TULUS IKHLAS,
AMALINA BINTI SA'AT.

Selasa, Mei 10, 2011

**PeRmOhOnAn MaAf****


As'salamualaikum.....

Nampak cam jahat ker??hikhikhik...
Owkey,sebenarnya ama nak minta maaf kpd semua sekali...xkira la sesiapa pun kamoo yerrr...
Agak susah nak menjaga hati semua org... Senang kata,selagi kamu memerlukan seorg ama,ama akan sentiasa bersama kamu.,...chewahhhh...propa!!!hahahahaha...
Seriously,ama betul2 minta maaf kpd sesiapa yg terasa dgn sikap ama semenjak,duamenjak,tigamenjak mahupun minggumenjak ni yer..ahahaha
Ama tak sedar pun sikap ama tu ada membuat antara kamu terasa hati....
Ama xlupekan sesiapa... Bila ama dah kata ama sayang,means ama betul2 sayang...
jika anda mengenali ama,anda akan tau bgaimana jika ama sayang dan bagaimana jika ama benci... 2 perkara yg sangat2 berbeza dari segi kelakuan yer...
Ama sorg yg strait yer..no belok2..haha...bila ama dah sakat owg,ama xhengat... jadi tersangat2lah ama minta maaf... sesiapa yg selalu ama tegur smada kat alam maya ataupun dunia sms chewah,anda adalah istimewa.. tapi xbermakna org yg ama xtegur tu xsepesel... hehehe... cuma,yerlah,siapalah diriku ini kan...
Ama akan kecewa jika ada yg terasa dgn ama... Ama xla sempurna mana... Adakalanya Ama berikan masa utk diri kta ni berjauhan..mksud ama kalo kurang bertegur tu ujudkan rindu,maka silaturahim plak akan smkn rapat..chewah..hihihi.... utk wanita jer yer..yg lelaki xda makna sbgtu... mahap...
Kepada mangsa2 sakatan ama,maaf sgt2 kalo anda terasa dgn kata2 ama...kih3... insyaALLAH... akan cuba ama perbaiki...dgn sakatan yg lbih mantap..ahahahaha....
Ama akan terus cuba dan terus mencuba... mana yg baik kita sama2 pelajari,mana2 yg xbaik tu kta sama2 fire la yer... KITA BAKO!!! keh3...
Dalam menyakat org,sbnrnya ama guna formula C + U + B + A = FIKIRLAH SENDIRI,,..muehehehehehe....
Sememangnya kta ini insan biasa dan xmampu nak puaskan hati semua org..kdg2 cara pemikiran kta dipengaruhi olh perasaan... Bila pemikiran kita berserabut,mcm2 akan kta fikir... dan bila kita tertekan,mmg kta perlukan seseorg..Tetapi ada kalanya kita memerlukan masa utk bersendirian... Orang lain xkan tau apa yg kita rasakan pd waktu2 tertentu... Cubalah menjadi lebih terbuka... Jika perlukan seseorg,carilah dia... Ama cuma mampu mencuba... mencuba utk menceriakan keadaan...
Itu adalah salah satu cara utk mendapatkan aura yg positif... Kita ceriakan org,dgn niat dgn senyuman dia mampu membuatkan kita lebih sihat... kalo monyok jer dari pagi sampai ke petang sambung pulak sampai ke malam,monyet pun boleh pengsan.. 'seteles wa cakap lu' monyet yg kata yer,ama cuma taip jer antara dialoknya kpd k.limah..muehehehehe....
Okeh la... ini jer ama mampu taip wat masa ni... sekali lagi maaaaafffffkanlahhh....ehhh,ternyanyi lak.... ada msalah dgn blog ama ni..mcm pelik jer ama tgok..ermmm.... xperlah.. jumpa lagi...

IKHLAS PERMOHONAN INI..HARAP DIMAAFKAN EAAA....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...