Rabu, Ogos 10, 2011

Berkata mengenai cinta bukan nak belagak bijak.




Assalamualaikum.....
salam ramadhan al-mubarakh....

Setiap orang yang sedang bercinta pasti selalu diingatkan dengan ''jangan terlalu berharap''... Ya... saya juga pernah mengatakannya juga.. dan saya juga sentiasa mengingatkn diri saya supaya tidak terlalu mengharap,tidak terlalu membayangkan keindahan dalam perhubungan,tidak terlalu membayangkan masa depan... Saya tidak menyangkal ayat2 tersebut... Tetapi,bagi saya juga tidak salah jika kita setia dengan seseorg yg kita anggap istimewa itu... Apakah alasannya jika tidak terlalu mengaharap? cinta kosong? apa ertinya sebuah luahan? mudahkah nak luahkn pada semua orang sesuka hati? Latihlah diri untuk menjadi seorang yang setia... takkan kita nak berkomitmen dengan yg sorang ni,tetiba nak cari orang lain?? nak berkomitmen dengan berapa orang? love is money???? haha mantap sungguh la yer ayat tu...

Kenapa Allah belum temukan kita dengan jodoh?? Allah nak uji kita... bersediakah kita menghadapi alam rumah tangga... Bersediakah kita melalui masa2 genting? kehilangan,di tinggalkan atau sebagainya.... Godaan luar semakin kuat bila kita melangkah ke alam rumahtangga... Kalo masa bercinta bagai nak rak,bila putus sampai nak bunuh diri,bagaimana bila dah menikah??? tidur seranjang,makan semeja,duduk serumah... kita tak akan pernah tau apa dugaan yang akan kita lalui nanti... tak kira la samada pernah bercinta dgn si dia or kta kawen terus dengan dia dan bercinta selepas kawen.... Hidup realiti tidak sama dengan dunia filem.. filem setakat 2 3 jam dah jumpa ending... Hidup kita ni kita tak tau jangka masanya... sempat atau tidak,bahagia atau tidak,betul atau salah,masih menjadi rahsia selagi kita tidak melaluinya....

Jangan berbangga bila punyai bf/gf sekarang... Belum tentu dia yg menjadi Imam/suri kamu.... Jangan cepat melayang,jangan cepat gembira... Bukan nak kata xleh senyum,xleh ketawa... ketawalah,senyumlah selagi ia baik utk kamu,tp ingatlah akan sebuah tangisan.... Di mana adanya pertemuan,di situ juga ada perpisahan... Jangan pula tangisi sebuah perpisahan,tangisilah sebuah pertemuan kerana dari pertemuan itulah wujudnya perpisahan.. dan perpisahan itu pasti sepertimana juga sebuah kematian...

Dunia ini tidak ubah seperti sebuah pentas dan kita adalah pelakonnya.. Ayat ini sudah biasa di dengari... tiada siapa yang tidak pernah hadapi kebuntuan.... kita tahu kita sedang di uji.. Mengucapkan syukur bila dipermudahkan... Bercinta bukan dosa,tapi cara kita bercinta kena kawal... Cinta mengikut nafsu,jahanamlah jawapnya... Tak kira jarak jauh atau jarak dekat, yang penting tahu batas antara kamu dan dia... cinta itu lumrah manusia... kalo tak ada cinta,bagaimana kita mengenali Allah,mengenali para rasul kita,mengenali sebuah perjuangan... Apa definisi cinta itu pada diri anda???? Hanya sebuah luahan penyedap rasa?? atau sebuah perasaan yang terjalin kerana ingin mendapatkan redhaNYA?






"Ya Allah,jadikanlah aku mencintai seseorang yang beriman kepadaMU,dan jadikanlah seseorang yang beriman kepadaMU itu mencintai aku"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...