Ahad, Mac 18, 2012

Untuk Sesama Kita...



Manisnya bibir bila berbicara tentang cinta...
Cinta kepada manusia..
Hati berbunga-bunga...
Rindu pun beranak pinak dalam hati...
heeeee,betul ker?


Siapalah sy nak berbicara tentang  cinta...
cinta terhadap pencipta pun belum cukup terjaga..
inikan pula nak jaga cinta sesama manusia..
Tapi janji Allah itu pasti...
Kita jaga kasih sesama kita,insyaAllah,
kasih kepada pencipta kita turut terjaga...


Kerana, kasih yang sebenarnya ialah,
menjaga hati sesama kita.
sentiasa memberi peringatan,
agar kehidupan kita di 'sana' nanti sentiasa terjaga..
kepada yang sentiasa memberi peringatan,
alhamdulillah terima kasih...
di dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam..
Di akhirat nanti adalah waktunya kita menuai hasilnya..
Hanya Allah yang mengetahui...


 "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Ghaafir : 8) 


Khamis, Mac 08, 2012

Doa para isteri



Doa ini elok diamalkan oleh para isteri, Jom kita share sedikit ilmu..

Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu

Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu

Ya Allah

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu

Aku buta tanpa bimbingan-Mu

Aku cacat tanpa hidayah-Mu

Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu

Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...