Sabtu, Oktober 13, 2012

Pernahkah terbayang?

Assalammualaikum.....

Sebelumnya maaf.. mungkin imaginasi sy rendah atau pemikiran sy ini tersangatlah rendah.. Tapi inilah apa yg sy selalu bygkan dan tanya pada diri sy.... Bukan bertujuan hendak menakutkan.. Tetapi ianya cara sy untuk melembutkan sedikit hati sy yg keras ini...
kerana hati badan sy tersiksa dan meronta2... dan kerana pemikiran sy,keduanya saling berperang...........

    Pernahkah terbayang sebelum kta tidur.... Bagaimana jika esok sy bangun dari tidur,rambut sy semuanya tertinggal di bantal dan kepala terasa sedikit ringan? Bila melihatkan rambut yg tertinggal itu, badan kembali terbaring dan terus kaku sedangkan mata masih mampu berkelip.... badan yg nampak kaku pada pandangan org yg memandang tetapi kita merasakan kesakitannya.. Kesakitan yang tak mampu kita ungkapkan,yg xmampu kita jeritkan... 

  Ahli keluarga mula cuba mengangkat kta untuk di bawa ke hospital... hanya dengan sedikit sentuhan,badan kita terasa sakit seolah2 di tusuk dengan pisau... lidah kelu.. air mata mengalir tanpa sesiapa paham maksudnya... hati menjerit... NIKMATKU TELAH DITARIK KEMBALI.... otak mati... YAAA!! doktor itu mengatakan otak kita mati... dalam keadaan MATI itu siapa yg tau apa kita rasa? TIDAK siapa tahu... ada sesiapa tahu dalam keadaan OTAK MATI itu kita masih mampu berfikir? dan yg kita fikir ialah KENAPA? kenapa dulu tidak aku hargai langkahku? tidak aku hargai gerakku? percakapanku? pendengaranku? KENAPA???? Apa yang selalu meniti di bibirku?kini akuu kaku!! sakit!!!! disekelilingku bukan terdiri dari orang2 yang mendoakan sahaja, orang2 yang bersimpati malah x kurang msih ada yg sempat mengambil masa untuk mengumpat org lain.... seandainya aku mampu berkata2... Wahai saudara2ku... jangan kau siksa tubuhmu melalui lidah itu... Badanmu sedang menangis,merintih memohon agar engkau hentikan lidahmu dari mengatakan perkara2 buruk... simpatilah dengan dirimu sendiri... Jangan terlalu leka... insaflah dengan keaadaanku...

  Alhamdulillah jika hari ini kita masih dipinjamkan nikmat oleh ALLAH  S.W.T... Tangan masih mampu menadah... gerakkanlah hati... sering sy memohon kepada Allah S.W.T  agar tetapkan keimanan sy,teguhkan perjuangan sy.. namun sy sering tersungkur... betapa degilnya hati sy... Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim....
Sy tidak sanggup menunggu seluruh tubuh sy terbaring kaku dan mengalami keadaan di tersebut baru sy hendak bertaubat.... sy masih berusaha dan terus berusaha... Jika keadaan org lain tidak menginsafkan sy,maka sy sedang dalam bahaya. dan sy perlu berusaha untuk menggerakkan hati sy sendiri.... SubhanAllah.... betapa indahnya hidayahMU... Kurniakanlah aku ketetapan iman,jangan Engkau sesatkan jalanku... Dakapan kasihMU yg aku rindukan.... aku hamba yg hina, yg selalu lupa akan nikmat yg Engkau pinjamkan kepadaku...
Ya Rabbi..
Dakaplah aku sentiasa dalam kasihMU....
Hadirkanlah mereka2 yang sentiasa menyedarkanku...
Limpahkan rahmatMU kepada mereka...
Panjangkan usia mereka agar mereka tetap mengajarkan aku tentang ilmuMU....


Aamiiin Ya Rabbal Alamin......



                          ***** GERAKKAN HATI ,HATI GERAKKAN.******

Jumaat, Oktober 05, 2012

Al-Fatihah-Qaisara Humairah-Deqsuku(dalam kenangan 05.10.2012)

Bissmillah...
Assalamualaikum wbt pembaca sekalian....

Entri ini special bg sy.. krn mgkin yg pertama dan yg terakhir buat dia yg sy syg seperti ahli keluarga sendiri bahkan ianya harus bg  sy untuk menyayangi dia kerana dia saudara seislam....



 Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” 


Qaisara humaira kini tercatat namanya sebagai seorang muslim... Sy mula mengenalinya sebagai Nur Atiqah Chua.. Kemudian dia menceritakan tentang dirinya yg berbangsa cina.. kini namanya didaftarkan sebagai Qaisara Humairah... kami memanggilnya mira sebelum dia meminta sy untk mnjdkn dia sbg adk bongsu di fb dengan gelaran deqsu... dia satu2nya yg sy pgl deqsu... Setiap kali chat,pasti ada saja olahnya... Bila mengetahui sakitnya sudah di paras bahaya, sy cuba untk tdak terlalu berkeras.. sebak seketika... Mengingati bagaimana dia merajuk,bagaimana dia takut dan meminta maaf atas kesilapannya...

Bila terkenangkan semula,membaca msg2 dari deqsu,xsedar air mata mengalir... SubhanAllah... Padahal kami tidak pernah bertemu.. hanya facebook, mobile sms dan call jer yg menghubungkan kami... Ada satu ayat yang membuatkan diri ini tidak akan melupakannya.. ayat yang xpernah org lain ucapkan kepada diri ini... ''Angah, mungkin Allah nak deqsu selalu solat,baru Allah nak ambil nyawa deqsu....'' Jujur... dia selalu menyebut tentang kematian.. dari awal perkenalan kami.. Jika ditanya siapa sahabat sy yg mengingatkan sy tentang mati.. itu adalah dia... deqsu sy yg sy kasihi... "Angah,kalau deqsu mati dulu, angah jangan lupakan deqsu ea... deqsu sayang angah kerana Allah,semoga Allah sayangkan deqsu seperti mana Allah sayangkan angah.." "Angah kalau deqsu mati,ada x yg cari deqsu? ada x yg rindukan deqsu,ada x yg menangis krn deqsu?" " angah,kalau esok deqsu tiada lagi, angah ampunkan segala salah deqsu yg degil ni ye? deqsu xnak angah benci deqsu... deqsu syg angah n kak nad..." 

Ya Allah........

Betapa angkuh diriku ini yg takut menyebut tentang kematian walhal ianya janji yang pasti... Betapa kuat dan teguh perjuangannya untuk mencari jalan kembali kepada agama Allah.. kisah hidupnya membuatkan sy bertanya kepada diri sy sendiri... Apa pelaburan sy semalam untuk bekalan di masa akan datang? sy lahir tetap dalam islam,tapi islamkah sy? Hidayah Allah itu sangat hebat... 

Terkadang sedih bila dia mengatakan bahawa dia ingin bertemu dengan arwah abgnya yg jga telah kembali kepada islam pda tahun lepas dan di jemput oleh ALLAH S.W.T selepas beberapa hari dia melafaskan syahadahnya... 

Kini.... 05.10.2012... Qaisara Humairah pula yg dijemput oleh Ilahi... Rindunya pdmu adkku... Namun apa dayaku.. DIA lebih berhak.. semoga tenang di sana... semuanya tinggal kenangan.. Dirimu tetap dalam ingatan,dalam hati serta dalam doa angah...
tiada yang lebih bermakna dr doa untuk mu... Walau hanya kenal di laman sosial, tapi kasih sayang itu tiada batasnya... semoga ditempatkan  bersama org2 yg beriman dan beramal soleh.... aamiiin ya rabbal alamin...

nurkilanku untukmu,
 angah
permata_ama



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...