Sabtu, Oktober 22, 2011

**Senyumlah**






Assalamualaikum...

Salam sejahtera......



Tangisan di mata,

Menampakkan kecilnya luka..

Tangisan di hati?

Lukanya terlalu dalam sehinggakan tak mampu

untuk diluah melalui air mata..

Betapa tabahnya jiwa...

Bibir menguntum senyum di wajah...

Hatinya merintih

walau serinya berbeza

namun semangatnya tetap ada....



Matanya redup mengharapkan sinar

Tak semua dapat melihat ke dalam matanya.

Dek senyuman dan tawa

rajuk di hatinya tersembunyi rapi.

DIA membalut kesakitan di hatinya

DIA mengubati luka di jiwanya.

Sehingga dia mampu tersenyum lagi...



Dalam kerapuhan hati

Dia cuba bangkit...

Tanpa ada yang sedar bahawa ada tangisan di matanya

Tangisannya tidak didengari.

terhapus air mata

berganti dengan semangat dan kekuatan



Hilangkan rajukmu,senyumlah... Untuk melupakan masa lalu,kamu harus berani hadapi masa hadapan.... Jatuh bangunmu menjadi sejarah dalam hidupmu... Ubatlah hati,tenangkan jiwa....Kamu layak untuk senyum dan berhak untuk bergembira... Jalanilah hidupmu seadanya...


Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama kita,dan semoga kita selamat di dunia dan di akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin... ^___^

Isnin, Oktober 17, 2011

Anda Seorang Yang Hebat.



Assalamualaikum

Salam sejahtera....


Wahhhh... Syabassss.... tengok tajuk,anda terus klik... Hebat sungguh.... Apa khabar hati anda hari ini??? Apa khabar mata anda hari ini??? Ayuhhh,hapuskanlah air mata yang gugur seperti paip itu.... Jangan membazir air mata dan juga masa anda....


Anda Hebat!!

Anda mampu tersenyum dan tertawa walaupun hati anda menangis dan kecewa.... Biarkan.. Biar senyum ini menyembunyikan rajuk di hati... dengan sendirinya hati itu akan pulih.... Jika kamu ingin tersenyum,maka senyumlah.... jangan biar kemurungan itu menjangkiti diri anda.... Jangan biarkan org sekeliling turut menangisi kesedihan anda dan seterusnya menjangkiti diri mereka dgn kesedihan.... Jangan!Jangan!dan Jangan!!!!..



Diri anda sedang terkurung!

Taukah anda di mana diri anda sekarang??? Anda diam sedangkan banyak yang ingin anda luahkan,banyak yang ingin anda tanyakan.... Anda sekarang berada di dalam cermin kaca... di sekeliling anda ada kawan2 yg sedang bergembira,ada yg sedang membaca,berkawan dan mcm2 lagi... ''CAN I TOUCH THE SKY?'' NO! sebab di atas anda ada cermin yg menjadi bumbung... anda sedih,dan terus tunduk... ASK URSELF... Pernah tak anda keluarkan apa yg anda rasa,apa yg anda inginkan??? idea2,soalan2,suara hati semua berebut2 nak keluar dari mulut anda... Tapi anda terlebih dahulu mengunci bibir anda dgn mangga yg besar... sehinggakan idea2 td xmampu keluar... Malamnya pula,anda sukar nak lelap mata... Kenapa???? Kerana idea2,soalan2 dan suara hati anda td tidak anda lepaskn sehingga ianya menyerang otak anda,berperang sesama sendiri.. Anda stress.. dan esoknya,timbul plak garis2 hitam bawah mata...


Anda Berhak Untuk Gembira...

Silakan anda tertawa... silakan anda tersenyum... Puaskah anda hanya dengan menangis setiap hari?? Akhirnya anda tidak dapat apa2... Anda nak nangis,nangis lah... xkisah pun... sila2... tapi anda kena ingat,ubati hati anda,senyum, dan mulakan langkah yang baru.... Melangkahlah penuh bangga... Percaya diri... ' HATIKU DI UJI KERANA AKU MAMPU MELALUINYA!'



Bersediakah anda untuk menjadi insan yang HEBAT??? Mulakan dengan BISMILLAH.... Dan bersyukurlah dengan peluang2 yang ada di hadapan anda.... Gapai kemenangan,takluklah hati anda.. Sayangi diri anda... ^___^

Khamis, Oktober 13, 2011

Coretanku Hari Ini......




Assalamualaikum...

salam sejahtera....




Ketika mimpimu,

yang begitu indah,

Tak pernah terwujud,

Ya sudahlah......




Mimpi ape ntah,mood ama jd spoil ler beberapa hari ni.... Sangat tak beshhhh... huhuhu.. nak ganggu orang pun wase xbeshh.... lame ugak xmenulis... bukan ape yer kawan2, ama sbnrnya sibuk cari idea utk cerpen terbaru ama.. chewah,mcm projek besar jer bunyinyer.. hihi... tapi bila dah mood agak kureng ni,terpaksalah ama tunda dulu cerpen tuh.. baru 10% siap,,, hehehehe...




Saat kau berlari

mengejar anganmu

Dan tak pernah sampai,

ya sudahlah...



Keje kat opiz ni dah siap ama wat.... ermmm... xla bz sgt kan.. cuma rase kekok lak bila dari pagi smpai ke petang duk mcm menunggu bulan jatuh ke ribaaa... hukhukhuk.... Yerlah,salunya sibuk memanjang... tapi ok jer lah.. relex jer kan wat muke sweet dpn bos....




Apa pun yang terjadi

ku kan slalu ada untuk mu

Janganlah kau bersedih

Cause everything gonna be ok.



Dalam beberapa hari ni gak,mcm2 yang jadi.... ehhh,ade ker? ama ni pelupa sikit.. haha.. sikit jer la... xbyk pon.. muahahahaha.....




Satu dari sekian kemungkinan

kau jatuh tanpa ada harapan

saat itu raga kupersembahkan

Bersama jiwa cita-cita dan harapan.


Heeeee..... nothing to say.. =p



Kita sambung satu persatu sebab

akibat
Tapi tenanglah mata hati kita

kan lihat

Menuntun ke arah mata angin

bahagia

Kau dan aku tahu jalan selalu ada.

Juga ku tahu lagi problem kan

terus menerjang

Bagai deras ombak yang menabrak

karang

Namun ku tahu kau

mampu tuk tetap tenang

Hadapi bersamaku hingga

akhir datang



Ermmmm....


Saat kau berharap

Keramahan cinta

Tak pernah kau dapat

Ya sudahlah.

SEMUA INI BELUM BERAKHIR.



Satukan langkah

Langkah yang beriring

Genggam hati rengkul

emosi

Genggamlah hatiku

satukan langkah kita



Ini aku dari hujung rambut

menyusur jemari

Sosok ini yg menerima kelemahan

Hati

Satu cinta ini akan tuntun

jalanku

Rapatkan jiwamu yg tenang

disisiku

Rebahkan rasamu untuk yg

ditungg

Bahagia hingga ujung waktu


Apa pun yang terjadi

ku kan selalu ada

untukmu

Janganlah kau bersedih

Cause everything gonna be ok.



Ni sebenarnya lirik lagu bondan prakoso & Fade2Black..Tapi bukan lengkap la.. Suka ama nyanyi lagu ni.. dalam hati jer lah..kih3... tp ada mksd gak dr lagu ni.... Dengar masalah dr kawan2,ada yang sedih,ada yang gembira,ehh,gembira tu bkn masalah...hihii,silap.. nyieh3... Tapi ada sesetengah perkara tu mengingatkan ama dgn masa yg telah berlari... eh3,masa yg telah berlalu... haissshhh susah nak kata lah... zaman dolu2... uikkkk... Tadelah... Ama ni mampu mendengar n bagi sedikit pendapat yg agak2 banyak gak la.. hahaha... meluah kegeraman hati... uishhh... Kta xleh agak sesuatu tu bakal berulang pada kita,tapi mungkin terjadi pada org2 yg terdekat dengan kita.. btol x? hee,ama cakap banyak pun xguna,bukan ama nak cite ngn korang pun ape masalahnya... toksah pujuk2 ama,ama xkn citer..wahahahaahha.. ok,terima kasih sebab sudi membaca...



Ingatlah teman, Allah sentiasa bersama kita,DIA Maha mendengar,DIA Maha melihat dan DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. Tak kisahlah dalam urusan rezeki mahupun jodoh... Ceria kita ada waktunya,jangan pula lupa waktu bersedih... bukan senang2 nak bersedih,tapi ada waktunya.... Alhamdulillah kita akan merasakan nikmat dari semua ujian yg kita tempuhi.... Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita..insyaAllah Amin Ya Rabbal Alamin.....


Isnin, Oktober 03, 2011

"Dia telah melamarku"




Nurul Iman Masyitah.... seorang gadis yg tidaklah rupawan... cantiknya hanya pada nama... seorang gadis yang suka bersosial...




Tidak sedar yang dirinya sudah menjunam dalam kegelapan hati... Langkah kakinya lemah gemalai tapi tampak buruk di mata mereka yg tahu batasan... ayatnya lembut tapi membingitkan telinga para kekasih Allah... matanya dan jelingannya ayu tapi seperti panah menikam jiwa para insan yg beriman...




Suatu hari dia terserempak dengan seorang lelaki yang langsung tidak memandangnya,namun dia sendiri memperkenalkan namanya... satu kebetulan yang tidak terduga lelaki tadi bernama Iman Hidayatullah...




Iman Hidayatullah,seorang lelaki yang sederhana dari segi penampilan serta tingkah laku... Sopan dalam bicara,sukar marah bahkan terasa hati jauh sekali...




Perkenalan pertama hanya dalam fasa mengenali nama sahaja... Tetapi melalui nama Nurul Iman tertarik untuk mengenali Iman Hidayatullah dengan lebih dekat... Tetapi niat itu dia simpankan sahaja... Saban hari dia terfikirkan nama itu,dan juga namanya... apa istimewanya dgn nama itu?




Sekali lagi Nurul Iman terserempak dengan lelaki yg sama nama dengannya... Dia cuba mendekati,ingin menyentuh... Namun lelaki tersebut terlebih dahulu menjarakkan dirinya... Nurul Iman tertawa sinis... cuba memandang serong atas tindakkan lelaki tersebut... Iman Hidayatullah terus melangkah tanpa memperdulikan Nurul Iman... Nurul Iman yang tadinya tertawa tiba2 tergamam...




Hari ini adalah hari lahir Nurul Iman,dan usianya masuk 24tahun... Bermakna,sudah 24 tahun dia bernafas di bumi Allah yg fana ini...




Dia menerima sebuah hadiah dari insan yg tak diketahuinya.. krn di luar kotak itu cuma tertulis namanya... Dia sedikit hairan,namun merasa ghairah untuk membuka kotak tersebut.... Apabila dia membukanya,kotak itu berisi sepucuk surat,seutas tasbih,senaskah Al-Quran,telekung,dan sejadah... lengkap peralatan solat utk seorang wanita... Hatinya tersentap... Kelu lidahnya... Dia ingin tahu siapa pengirimnya,lalu dia buka surat yg ada td...isinya tertulis,





" Bismillahirahmannirahim.... Assalamualaikum.




Selamat hari lahir saudara seislamku...Semoga dengan pertambah usiamu ini,dirimu akan sentiasa bersyukur,matang dalam berfikir serta dalam tindakkan.. Semoga hidup awak penuh dalam keberkatan Allah...Amin...




Mungkin awak terkejut dengan hadiah ini... Pertemuan kita tanpa perbualan yang panjang... Ada baiknya... Nurul Iman Masyitah... saya ingat nama awak,walau baru sekali awak sebut nama awak di hadapan saya.... Saya ingat sebab nama awak cukup indah,dan saya yakin awak juga punyai hati yang indah... Senyumlah dengan ikhlas,penuh keindahan...




Maaf jika hadiah ini mengganggu awak atau mungkin membuatkn awak terasa hati.... dalam kotak ini saya isikan dengan pelengkapan solat bagi seorang wanita... Saya bukan nak memandai2 tapi,mengenali awak adalah menjadi tanggungjawap saya untuk mengajak awak kepada kebaikkan sebagai seorang islam... Saya juga tidak memaksa awak... Awak gunalah bila awak dah terbuka hati untuk menunaikan kewajipan awak sebagai seorang muslim. sekian.




Wassalamualaikum.



Ikhlas,



IMAN HIDAYATULLAH BIN AHMAD FIRDAUS. "







Nurul Iman terdiam... airmatanya mengalir laju... Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku,apa perasaannya.... Hatinya kosong di baluti sepi... Terasa dirinya begitu jauh tersasar... kelebihan yang tak pernah dia syukuri... Dia tertunduk malu,airmata xhenti menitis... Bertapa hinanya diri yang dia rasakan... Dia terduduk... Terpaku sendiri... deringan telefon beserta kiriman sms,tidak satupun dia balas.... Dia berkurung di dalam biliknya... Memberi ruang kepada diri sendiri... Dia sesungguhnya tidak tahu hendak bermula dari mana...




Pada suatu hari... Nurul Iman bertemu dengan seorang ustazah yang mengajar di sebuah sekolah berdekatan... Nurul agak segan bila menceritakan serba sedikit mengenainya... Dia juga mengatakan bahawa dia ingin mempelajari semula apa yang telah lama dia lupakan... mengenai tanggungjawapnya sebagai umat islam...




Mencari NUR IMAN....



Nurul Iman mula belajar mengaji dan belajar untuk menjadi seorang wanita solehah.... Ustazah yang mengajar Nurul Iman itu bernama Nur Fatihah... Dia banyak mengajar Nurul untuk lebih istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah.... sedikit demi sedikit Nurul Iman berubah... dia tampak lebih ayu dan solehah... Langkahnya teratur,wajahnya di tundukkan,sikapnya lebih pemalu... Walau ada yang cuba mengejek,dia tetap cuba bertenang... Untuk berubah kepada lebih baik bukanlah satu perkara yang mudah...Kita sentiasa di uji.. Nurul Iman banyak membaca buku2 ilmiah...




Wanita cantik menurut Allah adalah;



1) Melukis kekuatan melalui masalah



2)Tersenyum di saat tertekan



3)Tertawa di saat hati sedang menangis



4)Tabah di saat terhina



5)Mempesona kerana memaafkan



6)Mengasihi tanpa meminta balasan



7)Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi.





Sepi seketika sekeping hati.... tertanya2 pada diri.... Apakah ujian dariNYA terhadap diri Nurul Iman... Nurul Iman mengingat semula apa yang telah dia lakukan selama ini... Ya itulah ujian kepada dirinya yang tak mampu dia lawan... Bisikkan2 syaitan yang menjeratnya.... Gugur lagi mutiara2 jernih dari matanya.... hatinya remuk dan terasa takut akan dosa2 masa lalunya....




Ya Allah.... telah sekian lama Engkau berikan kesempatan kepadaku untuk hidup di dunia ini,atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku tetapi aku ingkar kepadaMU... Aku tidak taat kepadaMU,hatiku gelap dan tidak pernah bersyukur. Riak aku kepadaMU YA ALLAH... Ampunkan segala dosaku YA ALLAH,terimalah taubatku... sesungguhnya aku manusia kerdil yang banyak melakukan dosa.... Hanya padaMU YA RABBI aku memohon keampunan... Amin Ya Rabbal Alamin...



***********************************************************************************




Selepas Nurul Iman khatam Al-Quran.. Dia menemui sekeping nota yang terlekat di muka surat belakang.. Dalam nota tertulis:




Assalamualaikum.



Nurul Iman Masyitah..... Diri ini akan melamarmu..



Diri ini ingin bertemu dengan keluargamu...



Bila-bila dirimu dan keluargamu bersedia,keluargaku



akan datang dengan rombongan.. dan apapun keputusanmu



diri ini ikhlas menerimanya......



-Iman Hidayatullah....




Setelah pertemuan keluarga,Nurul Iman menerima lamaran daripada Iman Hidayatullah...



Mereka pun selamat diijab kabulkan....




Iman Hidayatullah:: Nurul, terima kasih sebab terima lamaran abg.. Pertemuan pertama kita sebenarnya benar2 mumbuat abg terkejut.... Abg seolah2 telah lama mengenali Nurul. Abg cuba ingat di mana kita pernah bertemu... rupa-rupanya dalam istikharah abg... Untuk meyakinkan lagi diri abg,jadi abg bagi hadiah pada hari lahir Nurul... dan melalui kakak abg iaitu Nur Fatihah.. Maaf juga kerana merahsiakan hal ini.. tapi itu adalah kebetulan yang tidak abg jangkakan... Kak Fatihah juga tau mengenai hal ini sebelumnya... Dan dia bergembira selepas abg menceritakan niat abg terhadap Nurul..



Nurul Iman:: Kenapa terus menikah? Tak macam pasangan lainnya yang bercinta dahulu?Maaflah,Nurul cuma nak tau...




Iman Hidayatullah :: Sayangku nurul iman. .pernah tak dengar lagu devotees Mahar Cinta. . ? Belum sempat nurul menjawab,sebuah lagu telah mengalun merdu di bibir dai'e hidup nurul iman itu. ."Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa,namun bimbang diri kan terleka. hanyut dibuai angan dan mimpi hingga terabai segala cita. .sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagian sebagai mahar hantaran. .apakah mungkin engkau mengerti,bahawa setiap cinta yg dilafazkan bukanlah sekadar mainan tapi sebuah janji. .andainya dapat engkau mendengarkan suara dihatiku melagukan rindu,kiranya engkau bisa mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terungkap,Pasti dirimu dapat melihat rahsia kasih yg terpendam sekian lama di sudut hatiku.. hanyalah untukmu. .selamanya." .Diamati setiap bait lagu itu,dan tanpa disedari,air mata nurul jatuh ke pipi.




Nurul berkata dalam hati: subhanallah. .alhamdulillah kerana Engkau telah memberikan suami yang baik buatku. .indahnya bercinta keranaMU. .ya Allah,aku cinta dia. .Iman mengusap lembut pipi wanita yang telah sah menjadi isterinya itu. .nurul iman tersenyum,namun air mata bahagia itu belum cukup menggambarkan betapa bersyukurnya dia atas nikmat cinta yang tak pernah dia bayangkan sebelum ini.




Iman Hidayatullah : sayang,merdu tak suara abg?agak2nya lau abg nyanyi 1lagu full ada tak org baling dengan kasut?Iman dn nurul tertawa. .Rupanya dia pndai brgurau juga. .jauh sekali dari apa yang ku fikirkan saat pertama jmpa. .Iman kmudian mengatur bicaranya . . .

Iman Hidayatullah:: Nurul, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam pernah bersabda "Hati-hatilah terhadap dunia dan wanita kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita." maksudnya,bersama dengan yang bukan muhrim itu boleh menimbulkan fitnah... Syaitan mula berbisik membuatkn kita dibuai asmara,rasa rindu dan berangan2 sehingga terleka... Rasululla Shalallahu 'Alaihi wa Sallam juga pernah bersabda "seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara,iaitu kerana hartanya,kerana keturunanya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah diutamakan yang beragama nescaya kamu berbahagia. Abang menikahi Nurul kerana Nurul kini menjaga diri Nurul... Abg terima Nurul sebab diri Nurul yang sekarang bukan diri Nurul di masa lalu... Abg nak bimbing nurul dan abg bertanggungjawap pada diri Nurul....




Nurul Iman:: Terima kasih abg kerana menerima diri Nurul seadanya... Nurul sangat-sangat terharu. Ini tidak pernah Nurul gambarkan sebelum ini... SubhanAllah......Alhamdulillah.....




Nurul Iman Masyitah dan Iman Hidayatullah hidup bahagia bersama dalam cinta yang halal....





nota::::: duhai sahabat,inilah penulisan cerpen ama yang ke dua,yang pertama ''kisah cinta tak terungkap." kisah ini pula agak berlainan sedikit dari kisah yang pertama... Ini adalah percubaan ama yg kedua.. setelah sekian lama x menghasilkan cerpen dan dari permintaan sahabat2 terdekat.... Dari kisah ini juga terselit peringatan untuk diri ama sendiri juga.. sesungguhnya ama bukan lah seorang yang pandai menulis ehhh,mksdnya dalam penulisan sebegini... dari apa yang anda baca ini sahajalah kepandaian ama.. hehe... dan dalam masa menyiapkn cerpen ini ama mnta pendapat dari penasihat ama iaitu acik ita..hikhikhik..ada juga yang ama ambil dari sumber2 perkongsian teman.. alhamdulillah...... Dalam mencari redha Allah ama selitkan doa semoga kta semua dapat cinta yg Dia redhai... insyaAllah...





"Jika namamu yang tertulis dalam Lauh Mahfus




untuk diriku,nescaya rasa cinta itu




akan Allah tanamkan dalam diri kita.




Tugasku bukan mencarimu




tetapi mensolehahkan diriku."






"Jika rindu bertatah,




Biarlah hanya berharap pada Allah.




Andai rindumu menarik resah,




hanya kepadaNYA engkau berpasrah.




Andai pencarian masih belum kau temui,




mintalah padaNYA mendamaikan hatimu."







"Biarlah resah menarik sepi




Biarlah kecewa meratap pergi




Biarlah kasih mengikat diri




kepadaNYA Ya Muhaimin,




tempat mengadu hati




Menserikan taman hati bukan dengan fikiranmu




tetapi dengan redhaNYA..."






SEKIAN.......TERIMA KASIH...




TULUS: PERMATA AMA. :)


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...