Nur Qaisara si gadis ayu pada pagi itu bertemu rakan-rakannya di sebuah pondok indah milik keluarganya.... Walau hatinya berasa tidak sedap,namun tetap dia gagahi juga langkahnya untuk ke pertemuan itu....
Nur Qaisara sendiri tidak tahu mengapa dia berasa gundah seperti ada sesuatu yang bakal berlaku pada hari iu.. gurauan serta cerita-cerita dari rakan-rakannya tidak 100% dia dengar.... cerita-cerita mereka tidak sedikitpun menarik perhatiannya.... Apabila seorg dari rakannya meminta tunjuk ajar darinya berkenaan dengan satu kertas kerja... Mampu pula dia memberi penerangan yang mudah untuk di fahami oleh rakan-rakannya......
*********************************************************************
Nur Qaisara mendapat satu panggilan daripada seseorang yang dikenalinya....
Rakan-rakanya terdiam dan mereka melihat airmata jernih Nur Qaisara mengalir laju...
SYILA: Sara,kenapa ni? siapa yang call sara?
Nur Qaisara: Kita ke hospital sekarang... Tolong temankan Sara...
Tanpa sebarang kata,semuanya bergegas mengiringi langkah Nur Qaisara.....
Di Hospital......
Nur Qaisara: Assalamualaikum mak cik......
Mak Cik(Ibu kpd Haikal) : Wa'alaikummussalam Sara....
Nur Qaisara: (dalam getaran suara) Kenapa mak cik tak bagitau sara dari awal?Bagaimana dengan keadaan Abg Haikal?
Mak Cik: Haikal tak bagi mak cik ceritakan semuanya kepada Sara... Haikal tak nak Sara sedih bila tahu dia ada penyakit.... Sekarang doktor tengah berusaha untuk menyelamatkan Haikal...
Nur Qaisara: Mak Cik, Sara nak pergi solat jap... Kalau ada ape-ape,nanti call jer Sara ea...
Sara juga memberi pesan yang sama kepada rakan-rakanya yang berada di situ.
" Ya ALLAH, hanya padaMU aku memohon seandainya dengan mengambil nyawa Haikal Bin Faizal itu akan membebaskan dia dari kesakitanya,maka ENGKAU jemputlah dia,dan permudahkanlah bagi dia... Namun jika masih belum waktunya untuk dia menemuiMU,maka ENGKAU sembuhkanlah dia dan berikan kebahagiaan bagi ibunya.... Sesungguhnya hambaMU ini redha Ya ALLAH... Amin Ya Rabbal Alamin.."
*************************************************************
Mak Cik: Sara,Haikal sedang koma dan doktor kata harapannya tipis......
Nur Qaisara: Abg Haikal, semasa abg masih mampu bergerak,masih mampu berkata-kata dan masih mampu tersenyum, Sara menahan diri dari banyak berkata-kata kerana Sara lebih memilih mendengar segala pesanan-pesanan dari abg... Abg sentiasa ingatkan Sara mengenai kematian dan sakitnya sakaratul maut...
Abg juga pernah mengatakan abg sayang Sara dan yakin bahawa kasih itu datangnya dari ALLAH YANG MAHA PENYAYANG.... Abg juga mengingatkan Sara bahawa kasih antara manusia itu tidak kekal.... dan janganlah mudah lalai dengan kasih sesama manusia... Seandainya ALLAH izinkan abg menjaga kasih di hati abg itu sehingga akhir nafas abg,dan abg akan memohon ALLAH kekalkan rasa sayang itu selama-lamanya,maka abg lah antara insan yang paling bertuah dan abg bersyukur...
Abg, dari apa yang Sara pandang pada diri abg, abg seorang yang sangat baik,sangat menjaga waktu abg dengan Allah, abg kata,satu-satunya cinta yang akan abg perjuangkan ialah kasih dan cinta abg terhadap ALLAH dan Rasulullah...
Ingat kah abg pertemuan pertama kita? Pertemuan pertama kita di rumah Allah... Abg sebagai imam dan Sara makmumnya... Ucapan salam berbalas dan ilmu melebihi bicara yang kosong... Dalam sepinya bicara Sara,Sara sempat mengkagumi diri abg..
Abg Haikal Bin Faizal, tanpa syak atau mencari ape2 kemungkinan, Sara yakin,Allah menyayangi abg melebihi kasih sayang kami semua di dunia ini.... Pergilah abg, temuilah KEKASIHMU YANG SATU...(Air mata terakhir Haikal mengalir menandakan bahawa dia mendengar..) Akhirilah masa abg di dunia ini dengan kalimah LA ILAHAILLA ALLAH.....................................................
''Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali.....''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan