Khamis, Disember 19, 2013

kesinambungan sekeping hati.

Sekian lama menyepi dan menyendiri, aku kembali di penghujung tahun.
Membawa semangat yang kian surut meminta untuk diperbaharui. Aku kini seorang pekerja yang juga seorang pelajar. dahulu aku pelajar tidak diiktiraf semasa bekerja, kini aku seorang pekerja dan pelajar yang bakal diiktiraf. 2013 adalah permulaanku memegang gelaran itu. lumrah manusia, menjadi pelajar hanya apabila mempunyai kad pelajar dan ganjarannya adalah sijil. 
Aku menyedari pengajianku hanya melibatkan ilmu dunia. ada kalanya aku runsing memikirkan, kenapa aku boleh saja tertekan dengan pengajianku sedangkan ganjaranya hanya di dunia. aku belajar kerana aku harus bersaing untuk hidup. Aku belajar kerana aku sedar bahawa jika aku tetap begini gajiku tidak akan naik dengan cepat. Aku selalu lupa gaji itu adalah rezeki dan rezeki itu Allah S.W.T yang aturkan. mengapa aku perlu runsing? Orang lain ada yang gajinya lagi rendah daripada ku tapi mereka tetap hidup,mereka tetap makan dan minum,mereka tetap mampu membina keluarga yang bahagia. Jadi sekarang apa tujuan ku? apa yang aku cari? aku seorang wanita yang lemah. Jika Allah izinkan aku menikah, apa aku tetap akan bekerja lagi? 

Dunia sungguh manis pada awalnya, semakin dewasa terasa kelat dan pahitnya dunia tanpa akhirat. Tiada guna menyesali, teruskan dan seimbangkan mana yang termampu. bukankah ilmu Allah itu sangat luas. Semoga redha Allah S.W.T sentiasa bersamaku. aamiiin ya Rabbal alamin. 

Sabtu, Disember 22, 2012

TERJAH SEBENTAR.

Assalammualaikum....

Lame xmenulis... hehe.. Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah... kalo di lihat or recall blik la penulisan dalam blog ni, byk sgt kerosakkannya kan? kot la... hahaha...
Sy lbh tau kot diri sy spt ape.. dulu lain,sekarang lain... dulu bujang,skang pun msh bujang.. haha.... cumanya, masalah2 yg datang tu mendewasakan,menambah pengalaman...
Yer,selalu cakap "dah berserah hanya kpd Allah".. sekarang pun ya,.. Well, hanya Allah lebih mengetahui sedang apa yg kta tidak ketahui sama sekali... Tapi, setiap yg terjadi tu ada hikmahnya.. nak dapatkannya kenalah bersabar.. InsyaAllah....

Sy tau ada saja yg sedang memerhatikan sy... Tp, itu tidaklah penting sgt.. sbb pemerhatian DIA lbh pntg.. Dalam byk2 penulisan sy,rsanya dh byk tulis ttg kepenatan/kelelahan hati...  Ya! sy akui,sy lelah,lemah,letih dan sebagainya... sy merungut.. Ya! sy selalu merungut.... Astaghfirullahal'azim3x..... walhal sy tau,setiap yg dtg tu ada hikmahnya... Sy kuat??  Tidak... sy xcukup kuat lagi... Dann. hanya Allah lebih tahu sekuat mana hati sy,setegar mana hati sy... rahsia hati... opsssss...

Berkali2 sy kata dan ulang... semua yg ada di dunia ini,samada sesuatu itu ada pd kta,atau menjd milik kita, itu semua adalah ujian.. keluarga,kawan,harta benda dn sbgnya itu adalah UJIAN! Krn,semua itu akan pergi dr kta.. dgn kata lain,ia akan hilang. Nak kata sy rendah ilmu? Ya!! sy akui,sy rendah ilmu,sy hamba Allah yg hina... Sy mgkn tidak sehebat anda, tidak seberuntung anda yg boleh belajar sehingga menara gading... Sy xcukup berusaha. Tp sy bersyukur, sekurang2nya sy tahu apa sy mahu.. dan sy berikhtiar setiap hari utk menjadi lbh baik... sy jga manusia biasa,xlekang dari membuat kesilapan.. tapi Tahniah kpd anda yg xpts2 memberi sy nasihat dan motivasi walau kadang2(atau selalu) sy memberi alasan... itu sebabnya sy syg anda... :)

Pengalaman sy mungkin tidak seBEST pengalaman anda... Tapi sy bersyukur, sekurang2nya ujian yg sy hadapi itu tanda kasihnya ALLAH kpd sy.. spt anda juga... alhamdulillah.... 
Sekarang, sy hanya inginkan yg terbaik buat hidup sy,agama sy,masa depan sy.. itu sahaja... dan semoga juga keluarga,sahabat,dan pembaca semua dalam keadaan sihat,sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah dan semoga juga kta sentiasa dalam  keadaan berlapang dada... Semua orang berhak bahagia,jadi raihlah bahagia di dalam redhaNYA.. BENCI apa yg DIA benci, SUKA apa yg DIA suka.. insyaAllah,semoga Allah redha... aamiiin ya Rabbal Alamin..
Wallahi, SAYA SAYANG ANDA SEMUA.,... ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...