Rabu, Oktober 27, 2010

CINTA YG TAK TERUNGKAP PART 2.

CINTAKU KINI MILIKNYA....



Hati ini berbicara,

Akankah aq membahagiakannya...

Akankah hati ini menangisi kesedihannya....

Akankah bahagia hati ini melihat senyumannya....

Aku kah di hatinya?

Akukah penyeri hidupnya?

Akukah yg terbaik buatnya?





Setelah seminggu berlalu,Mia menjalani kehidupan sebagai isteri dgn baik... sudah menjadi tanggungjawapnya untuk menyedarkan suaminya untuk menunaikan solat subuh bersama....Mia menyentuh lembut alis mata Farhan dan mengelus lembut wajah suaminya....'Abg'....Apabila Farhan sedar dan memandang tepat ke wajah Mia,Mia mengukirkan senyuman...'dah subuh ni,jom kita solat subuh.Nanti terlepas waktu pula.' Farhan menggosok matanya dan memegang jari jemari Mia..Mereka pun bangkit dan menunaikan solat subuh bersama...

Kehidupan berjalan seperti biasa walau dalam situasi yg baru...Di waktu siangnya ,Mia menyediakan sarapan untuk dirinya dan suaminya....Masing2 mempunyai tanggungjawap berkerja..Tapi pada Mia itu bukanlah alasan untuk dia tidak menyediakan sarapan untuk suaminya dan menyiapkan kerja2 lain di dalam rumah itu.Mia menyiapkan semua kerja2 di dalam rumah itu sendiri...Segalanya di siapkan sebelum Mia dan Farhan berangkat ke tempat kerja.

MIA:abg,bangun lah,kan nak pergi kerja jap lagi...

FARHAN: yerlah sayang,nak bangun lah ni.

MIA: sayang dh siapkan sarapan kat bawah,abg mandi pastu kta sarapan yer...Baju abg sayang dah sediakan...





FARHAN: sayang??

MIA:yer abg,ada ape?

FARHAN:tlg pasangkan tali leher ni utk abg..

MIA:lorrrr,manjanyer diaaaa...yer lah,bak sini..

FARHAN:manja kat Mia jer,bkn kat org lain..

MIA: cube lah manja kat org lain kalau berani...(cubit manja gitu)

FARHAN:aduh!! sakit la sayang.... abg xkn buat..janji..

MIA: tau sakit..hahaha...okeh,dah siap.

FARHAN:mekaseh isteriku.

MIA:sama2 suamiku...

Farhan menghadiahkan kucupan di dahi isterinya..Tatapan mata Farhan menusuk ke hati Mia,semakin dalam kasih Mia untuk suaminya itu...Mereka beriringan menuju ke meja makan sambil berpegangan tangan..(romentik x? alahaiii,manisnya) Selepas selesai sarapan,Farhan pun menghantar Mia ke tmpat kerja Mia... Mia bekerja di sebuah syarikat sebagai HR eksekutif,manakala Farhan pula bkerja di syarikat abahnya sebagai Pengurus Pemasaran....Masing2 mempunyai kerjaya sendiri...Farhan pernah meminta agar Mia bekerja bersamanya,tetapi Mia menolak krn tidak mahu ada salah faham sehingga mengganggu hbgn rumah tangga mereka... Mia senang dengan kerjanya itu krn sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 2 tahun....1 perinsip yg Mia dan Farhan pegang,iaitu,urusan kerja adalah urusan luar rumah dan akan cuba mengelak sedaya mungkin drpd membawa kertas kerja ke dalam rumah...Kerana bg mereka masa di dalam rumah adalah masa untuk keluarga...Jadi mereka akan sedaya upaya menghargai masa untuk bersama...

MIA:(salam dan mencium tangan suaminya) Abg keje elok2 taw,jgn stres2 sgt,t waktu tgh hari jgn lupa lunch...

FARHAN:yer sayang,t kita lunch sama2 yer...sayang pun keje elok2 gak t yer..

MIA: mesti la keje elok2 xkan la keje main2 kereta api?? hahaha

FARHAN:kenekan abg yer... (mengucup dahi dan pipi Mia)

MIA:masuk pejabat dulu yer abg..

FARHAN: yer lah,hati2 sayang...Abg syg Mia...

MIA:Mia syg Abg gak...As'salamualaikum abg..

FARHAN:Wa'alaikumsalam sayang...

Masuk sahaja ke pejabat,Mia mendapati ada sekuntum mawar putih dan kad ucapan di atas mejanya..Mia segera mendapatkan bunga dan kad tersebut...

AGUNGNYA CINTA DARI ALLAH

CINTANYA TIADA BERTEPI...

AYU WAJAHMU PENYERI HARIKU.

MEKAR CINTAMU SENTIASA MENYAPA HATIKU..

YANG MENJADI DAMBAANKU SETIAP MASA...

SEMOGA CINTA KITA KEKAL ABADI..BETAPA ABANG SANGAT2 MENYAYANGI SAYANG IKHLAS ABANG UCAPKAN, ABANG BENAR2 MENCINTAI MIA....MUAHHH.....



Mia senyum tanda bahagia...kejutan yg pernah diimpikannya....Mia menggapai telefon bimbitnya dan menghantar mesej kpd suaminya...



AGUNGNYA CINTA DARI ILAHI

CINTANYA TULUS TIADA BERTEPI,

KASIHMU ABG SENTIASA DI HATI

MENJADI PEGANGAN KEKASIH SEJATI.

TERIMA KASIH ABG SBB DAH BAGI BUNGA & KAD NI...SAYANG SUKA SGT...SAYANG JUGAK SAYANGKN ABANG.. SAYANG PUN BENAR2 MENCINTAI ABANG...SEPENUH HATI DAN INSYAALLAH CINTA INI UNTUK SELAMANYA ABANG..

SELEPAS 3 BULAN..........



Mia merasa mual dan pening2....Tidak pernah dia merasa spt itu...Mia mengambil keputusan utk pergi ke klinik dan membuat pemeriksaan...Pada msa ini Farhan tidak berada bersamanya krn pergi ke luar negeri atas urusan kerja... setelah pemeriksaan,Mia di sahkan hamil 3 minggu...Mia bersyukur dan gembira... Dia tidak sabar hendak memberitahu Farhan tentang berita gembira itu....Esok Farhan akan pulang dan Mia tidak sabar menunggu....

Kepulangan Farhan di sambut dgn senyuman yg manis dari Mia....Farhan kehairanan kerana senyuman itu lebih manis dari sebelumnya....

FARHAN:manisnya senyuman..Ada ape2 ker ni?

MIA:Abg rase?

FARHAN:Mana abg tau..Sayang ckp la,ape dia?

MIA:(menarik tangan suaminya dan meletakkan ke perutnya...)

FARHAN: Sayang???

MIA: (Mata yang bersinar) Kita akan dapat anak,abg...

FARHAN:(Menadah tangan tanda syukur) Alhamdulillah ya ALLAH,atas rezeki yg ENGKAU limpahkan kepada kami....Lindungilah isteriku serta kandungannya YA ALLAH...amin..

Terima kasih sayang.....

MIA:sama-sama abang...Sayang gembira sangat...Abang tunggu sini,Sayang sediakan makan tengah hari...

FARHAN: Abg nak solat dulu ok?

MIA:baik lah abang,t Mia panggil abang...



Pada awal kehamilan Mia mengalami mual yg teruk... Mia tidak dapat menghidu wangian yang terlalu menusuk, kurang selera makan, selalu pening kepala..dan kesemua itu menyebabkan Mia terpaksa mengambil cuti... Di rumah pula ada ibu Farhan yang menjaganya... Mia merasa tidak larat untuk melakukan kerja-kerja di dalam rumah...Ibu mertuanya tersalah anggap terhadap Mia...Dia menganggap bahawa Mia sengaja kerana malas hendak melakukan kerja-kerja dalam rumah....Pada minggu hadapan pula Ibu Farhan akan pulang semula ke rumahnya sendiri dan ini bermakna Mia hanya tinggal seorang diri di rumah....

IBU FARHAN: Minggu depan mak nak balik rumah abah Farhan...Farhan ambil je la orang gaji untuk siapkan kerja dalam rumah ni... Mia tu badan xkuat,tu la selalu mual dan xtahan...

FARHAN: yer lah mak kalau itu keputusan mak....

IBU FARHAN: tu lah,dulu tak nak dengar cakap mak....kan...

FARHAN: dah la tu mak,Farhan tak nak dengar kisah lama lagi...

IBU FARHAN: Farhan tu yang degil...elok-elok (Farhan pantas memintas)

FARHAN:mak,dah la tu...

IBU FARHAN: ish budak ni...hurmmm..

Oleh kerana Ibu Mia memahami apa yang di alami oleh Mia,maka Ibunya pun datang dan tinggal di rumah Mia dan Farhan untuk sementara waktu...Mia gembira kerana dapat dekat dengan ibunya.... Ibu memasak makanan kegemaranya dan alhamdulillah Mia dapat makan makanan kesukaannya tanpa merasa mual....

Setelah kandungannya berusia 5 bulan,barulah Mia merasa selesa dan tidak merasa mual yg teruk seperti sebelumnya...Perutnya kini membesar.. Doktor juga mengatakan bahawa kandungannya berada dalam keadaan sihat dan baik sekali....Setelah keadaan Mia berada dalam keadaan baik dan mampu melakukan kerja,Ibunya pun meminta untuk pulang kerana sudah lama berada di situ...Ibunya juga memberi cadangan supaya semasa hendak melahirkan nanti mereka pulang ke rumah Ibunya supaya dia boleh menjaga Mia semasa Mia dalam pantang...



TINGGAL BERDUA LAGI...

Masuk 6 bulan usia kandungan Mia... Mia merasakan ada perubahan dalam sikap Farhan..Namun dia cepat-cepat membuang prasangka yang tidak baik... Tidak juga Mia bertanya kepada suaminya..Kerana pada Mia mungkin Farhan ada masalah di tempat kerjanya.. Namun semakin hari semakin ketara perubahan Farhan... Kini dia kerap ber-sms dan kurang bercakap dgn Mia..Mia berasa hairan dan tiba-tiba terdetik rasa cemburu di hatinya..Padahal dia tidak pernah nampak Farhan bersama-sama dengan wanita lain,selain dari urusan kerja...Tapi kenapa sekarang dia merasa cemburu??? Adakah Farhan mempunyai wanita lain? 'Ya ALLAH apa yang aku fikirkan ini? jauhilah aku dari perasaan cemburu ini ya ALLAH. krn ENGKAU lebih mengetahui dari apa yang aku ketahui...Jika benar perasaan ini adalah perasaan cemburu,maka tunjukkanlah segalanya di depan mataku YA ALLAH...'

Pagi itu,Mia merenung wajah suaminya yang sedang tidur... Mia bangun agak awal kerana dia tidak lena tidur... fikirannya benar-benar terganggu..Mia memeriksa telefon bimbit suaminya,tetapi telefon itu telah di letakkan kod keselamatan maka Mia tidak dapat membukanya...Hatinya tidak tenang...Mia membelai wajah suaminya..Mengalir air mata mia tanpa dia sedari...'kenapa hati ini terusik? adakah hati ini akan terluka lagi? YA ALLAH...' Mia menunaikan solat sunat untuk menenangkan hatinya..setelah itu dia mengejutkan suaminya untuk menunaikan solat subuh bersama.

Tengah hari itu Mia keluar ke pusat membeli belah...Mencari pakaian bayi dan segala keperluan untuknya dan anaknya nanti...Setelah penat berjalan seorang diri,Mia terkejut.........

Benarkah itu suamiku? dan dia???????

Mengalir air mata Mia..serasa hatinya ingin menyerang saja...Mia akui dia biasa melihat suaminya minum bersama kawan-kawan tetapi dalam kelompok berkumpulan..Tapi hari ini berdua bersama seorang wanita yang pernah datang ke majlis perkahwinannya...'kenapa hatiku terluka? Mungkin ini hanya pertemuan persahabatan...Tapi kenapa nampak mesra?' Mia terduduk kaku dengan perutnya yang kian membesar....Mia cuba menahan tangisnya,tapi airmata itu tetap jatuh membasahi wajahnya...Mia tidak henti menyebut nama ALLAH..'YA ALLAH,ENGKAU telah memakbulkan doa ku,kini aku melihatnya di depan mataku sendiri..Ku berharap agar apa yang ku lihat tidak seperti apa yang aku sangkakan YA ALLAH'

Farhan secara tiba-tiba merasa bersalah... sedang dia leka bermesra denga mira tiba-tiba hatinya gundah dan rasa bersalah.Farhan menoleh ke arah pintu,tapi tiada sesiapa.. Farhan mendiamkan diri...

MIRA: Farhan,kenapa ni?

FARHAN:Eh,tak ada apa-apa lah...ermmm

MIRA: Rasa bersalah lagi ye? Ala bukan ada siapa-siapa yang tahu pun...

FARHAN:Mira,Farhan nak balik dulu boleh tak?

MIRA: baik lah....

FARHAN: terima kasih.....



Dalam kereta,fikiran Farhan tidak tenang...Wajah Mia bersilih ganti dengan wajah Ibunya...' betulkah apa yang aku lakukan ini? haruskah aku mengikut kehendak ibu ku? bagaimana dengan perasaan Mia jika dia mengetahui tentang hal ini? kenapalah mama buat aku begini? cintaku dan kasihku hanya untuk Mia dan bagaimana aku hendak mengalihkannya kepada Mira? seluruh jiwaku hanya ada Mia..Ya ALLAH,bantulah hambamu ini...tunjukkan lah aku jalan kebenaran YA ALLAH.bukakan lah pintu hati Mama untuk menerima Mia apa adanya..Mia mengandungkan anak kami dan aku amat menyayangi mereka... Aku xsanggup melihat Mia bersedih kerana sikapku,aku tak mahu Mia hampa dengan sikapku YA ALLAH...Tunjukkanlah jalan yang terang untukku dan keluargaku'....

Dalam solat Mia menahan air matanya..bibirnya tidak henti mendoakan kesejahteraan suaminya..'YA ALLAH, Jika ini adalah ujianMU untuk mengetahui tahap kasihku kepadaMU maka aku redha YA ALLAH.. Aku akui cintaku adalah untuk suamiku,kasih dan sayangku adalah untuk suamiku,tapi itu adalah keranaMU YA ALLAH...Jauhilah aku dari perasaan dengki,cemburu dan dendam. Pertemukanlah aku dengan jalanMU,mekarkanlah kesabaranku,tegakkanlah tiang ketabahanku dalam menghadapi ujianmu YA ALLAH..'

FARHAN:As'salamualaikum.. Mia....

MIA: Wa'alaikumsalam abang,baru balik? (dengan senyuman)

FARHAN: kenapa mata sayang ni? menangis?

MIA:iya abang,Mia teringat emak dan bapak kat kampung..

FARHAN: La,kan mak baru jer balik,xkan dah rindu dah??

MIA: Hehehehe,rindu seorang anak abang... Abang dari mana?

FARHAN: mengalih pandangannya,abang dari ni td,dari pejabat...keje dah siap,jadi abang balik awal...

MIA:('pandangannya tidak berada tepat di mataku,nyata Farhan menipuku') Owh,dari pejabat,abang naik la dulu,mandi,solat dan nanti kita makan malam ok?

FARHAN: Baik sayang..(mengucup dahi isterinya.)

MIA:( 'baru hari ini dia mengucup dahiku lagi setelah 2 bulan yang lalu,apa yang sebenarnya terjadi?' hatinya di rundung kegelisahan dan sangat ingin bertanya,tapi Mia memberi masa kepada hati dan fikirannya untuk bertenang.)

Di ruang tamu,telefon bimbit Farhan berdering,Mia mengambilnya tetapi panggilan tiba-tiba terputus... Mia sempat melihat nama yang tertera,iaitu nama 'MIRA'... Mia bertanya kepada suaminya:

MIA: Mira ni siapa abang?

FARHAN:(Terkejut,tapi cepat bertenang) Mira tu kawan lama abang,ingat tak yang datang ke majlis perkahwinan kita dulu?

MIA:owh,ya Mia ingat.. Tapi dulu xsempat pulak nak bercakap dengan Mira ni...Mama kan yang bawak Mira ni dulu?

FARHAN:Yer,mama yang bawak...

MIA: abang tak ada hubungan istimewa ke dengan Mira ni dulu?

FARHAN:tak ada lah...Mia,tolong ambilkan abang air,abang haus..

MIA:ohh yer! lupe pulak Mia nak sediakan air...



Farhan berasa lega,Mia tidak lagi bertanya.. Namun hatinya masih tak puas... Masing-masing mendiamkan diri,mata melihat TV tetapi hati sama- sama memikirkan topik yang sama.....

MIA: ( Huh,macam mana ni? hatiku belum puas dengan jawapan Farhan..siapa Mira yang sebenarnya.Dan apa maksud mama semasa berbincang dengan Farhan dulu? Apa yang Mama maksudkan dengan kedegilan Farhan? Apakah Mira adalah wanita pilihan Mama untuk Farhan,tetapi Farhan menolaknya?

FARHAN:( Mia tahu ke kisah silam aku? Aku tahu Mia mempunyai naluri yang kuat,pasti Mia merasakan sesuatu.. Patutkah aku menceritakan segalanya pada Mia? Tapi aku tak sanggup melihat airmata kekecewaannya.. Apa yang harus aku lakukan?

MIA:Abang...

FARHAN:Mia...

MIA:Ehh,abang lah cakap dulu..

FARHAN: xper,Mia lah cakap dulu..abang saja panggil nama Mia..

MIA: Mia nak masuk tidur dulu...Mia dah ngantuk..

FARHAN:('Sayang,maafkan abang' Farhan mengharapkan Mia masih duduk bersamanya) erm,yer lah,Mia tidur lah dulu,abang nak tengok cerita ni dulu...

Mia memeluk suaminya dengan erat,Farhan terkejut namun timbul ketenangan di hatinya..Dia merasa bahagia dan rindu untuk melalui masa untuk bersama..

MIA: Sayang cintakan abang..Sayang rindu sangat kat abang..

FARHAN:Abang pun sangat-sangat cintakan sayang,abang rindu sangat dengan sayang...

Farhan mengalihkan posisi dan meletakan kepala Mia ke dada nya dan memeluk Mia dari belakang serta membelai perut Mia...Farhan rasa tidak sabar menunggu anaknya dilahirkan...Farhan mengucup perut Mia dan sesekali bercakap-cakap di perut isterinya itu...serasa sudah lama dia tidak bercakap dgn anak di dalam kandungan Mia...

Mia memandang wajah suaminya,'suamiku telah kembali kepadaku...wajah ini,senyuman ini dan renungan ini yang amat ku rindu.seketika itu hatinya berasa tenang,dalam dakapan suaminya,mendengar merdunya suara hati,mendengar kata-kata cinta dan alunan kasih yang berbicara... Farhan suamiku,cinta hatiku dan ayah kepada bayiku'

KEBAHAGIAAN SEMENTARA...



'Lepaskan Farhan,dia milik aku,ko tu perempuan perampas..Kalo bukan sebab Mama Farhan tu sayang kan anak,dia tak kan terima kau tau tak?'

Mia menerima sms itu dan membalasnya...'Awak siapa? kenapa marah-marah ni?'

'ini Mira la,kekasih Farhan dan wanita pilihan hati Mama Farhan,ko tu perampas'

Mia tersentap,air matanya gugur bagai hujan membasahi bumi,namun dia tetap beristighfar dan meminta agar ALLAH membantunya dan bersabar... 'Mira,saya nak jumpa awak,pukul satu dan kta jumpa di restoran makan yer."

'baiklah,aku tunggu ko'

untuk mengelakkan perkara buruk berlaku,Mia mengajak teman rapatnya yang kebetulan baru datang menjenguknya..

MIA:SHA,leh tak temankan Mia jumpe seseorang?'

SHA: Jumpe sape Mia?

MIA:nanti Mia ceritakan,tunggu kejap,Mia bersiap dulu yer.

SHA:baiklah..



Dalam kereta.....

MIA: Orang yang kita nak jumpa ni,sorang pompuan,kawan lama Farhan...Dia ni wanita pilihan Farhan,tapi Farhan tak nak terima dia...

SHA:La,macam tu pulak?

MIA:Tadi pompuan ni sms Mia,marah-marah kat Mia..Tak tau la samada dia marah atau tak sebab dari sms kan,bukan nampak muka pun..hehehehe

SHA:buat lawak pulak Mia ni,dari cara bahasa dia pun kita boleh agak.......Mia tak sedih ker?

MIA: sedih tuh memang la,tp tak kan la nak menangis sepanjang jalan ni,ti tak pasal-pasal pulak banjir....hehehe

SHA:ehh,yer lah tu... orang cakap betul dia main-main pulak..

MIA: Sha nak tengok Mia menangis ke?

SHA: EH,yer la,nak gak tengok mata tu menangis...hahahah,tak der la Mia,saja jer nak usik..( sha sangat mengaggumi Mia,walau di rundung masalah,namun tetap kuat dan bersabar..ujian datang di masa dia tengah sarat mengandung.)

MIA: YA ALLAH!!

SHA: Ehh,kenapa ni Mia?

MIA:Lupa nak bagitau Farhan yang kita keluar...jap yer....

MIA: As'salamualaikum abang?

FARHAN: Wa'alaikumsalam sayang.

MIA: Abang,Mia nak keluar sekejap ni,Mia keluar dengan Sha...

FARHAN: Nak ke mana?

MIA:Pergi mall skejap,boleh kan abang?

FARHAN: Baiklah,hati-hati jalan tu,jangan letih sangat,kalau dah balik t kol abang lagi ye?

MIA:baik lah abang..As'salamualaikum

FARHAN:Wa'alaikumsalam...


DI RESTORAN.......

MIA: Mira ker?

MIRA:Yer,duduk lah...

MIA: Mekaseh...(order air)

MIRA: Kenapa ko nak jumpa aku ni?

MIA:saya nak berbincang dengan Mira tentang suami saya,Farhan... Mira masih muda dan cantik,Mira boleh cari orang lain yang boleh mencintai Mira kan? Malah mungkin lebih baik dari Farhan..

MIRA: Aku lebih dulu kenal Farhan dari kau,Aku dah lama cintakan Farhan,tapi kenapa kau muncul dan rampas dia dari aku?

MIA: Mia tak rampas Farhan dari Mira,malah Mia tak tahu pun Farhan dah ada mira masa tu... Kalau Mia tau,Mia tak kan terima Farhan.

MIRA: AHH sudah lah!! Perempuan macam kau ni tak sesuai untuk Farhan,dah la tak lawa,ada hati pulak dengan Farhan...

(airmata Mia tidak tertanggung lagi,airmata itu jatuh bercucuran.. Sha menyabarkan Mia,mahu saja dia menampar Mira,tapi dia sedar dia tak patut membuat tindakan sendiri..)

('' YA ALLAH,sabarkan diriku aku tidak mahu melakukan perkara tidak baik kerana aku tidak mahu perangai ini mengalir dalam tubuh anakku nanti.''.(bayi di dalam kandungan Mia menendang-nendang,Mia merasakannya dan dia mengusap perutnya supaya bayi lebih tenang)

Secara tiba-tiba Farhan muncul dan ingin menampar Mira,namun Mia sempat menahan tangan Farhan...Mia tidak mahu tangan suaminya menyentuh wanita lain dengan kasar...Mia sebagai seorang isteri sangat-sangat menjaga maruah suaminya...

FARHAN: Tolong jangan hina isteri Farhan!! DAN FARHAN MERASA BANGGA MEMPUNYAI ISTERI SEPERTI MIA,FARHAN BERNASIB BAIK KERANA TIDAK MENERIMA MIRA! SELAMA INI MIRA BERBUAT BAIK DI DEPAN FARHAN DAN MAMA,TAPI DI BELAKANG KAMI,MIRA BERBUAT JAHAT!!!

(Farhan amat marah dan belum pernah Mia melihat Farhan semarah itu)

MIRA: Maafkan Mira Farhan,Mira sangat mencintai Farhan...

FARHAN: Jadi Mira la yang selalu memburuk-burukan Mia di depan Mama kan?

Mia terkejut,apa kaitan dengan Mama?

FARHAN: Mia,BALIK! Abang jumpa Mia di rumah.

Sha hanya terdiam menyaksikan semua itu.. Mia dan Sha balik ke rumah....



MIA: kenapa abang tak ceritakan kat Mia?

FARHAN:(tenang) maafkan abang,Mia,abang memang nak beritahu awal,tapi abang belum sedia...Abang takut Mia marah dan kecewa...

MIA: Tapi ini lebih mengecewakan Mia abang...(pipi Mia di basahi air matanya)

FARHAN: abang tak sangka semuanya jadi seperti ini sayang... Abang benar-benar minta maaf...

MIA:Ceritakan semuanya abang...Mia nak tahu semuanya...

FARHAN: Mira kenal abang sebelum abang kenal Mia... Mama suka Mira tapi abang cuma anggap Mira macam adik abang sendiri...Mama nak abang menjadikan Mira sebagai isteri,tapi masa tu abang dah jumpa Mia dan jatuh cinta pada Mia....Pada mulanya mama tak nak terima Mia,tapi abang meyakinkan mama tentang cinta abang pada Mia...Abah pula menyokong abang,Abah sangat memahami abang,Abah lah juga yang membantu abang untuk meyakinkan mama...Mama akur dan terima Mia,tetapi entah kenapa selepas kita berkahwin,Mama masih lagi mahu abang bersama Mira sehinggakan mama mendekatkan lagi hubungan abang dengan Mira...Abang keliru antara tanggungjawap abang terhadap mama dan tanggungjawap abang sebagai seorang suami,tapi setelah abang fikir-fikir,di hati abang cuma ada ruang untuk Mia,sayang,cinta dan kasih abang hanya untuk Mia,tiada ruang untuk cinta orang lain Mia....Percayalah pada abang Mia...(Farhan mencium tangan Mia,dia menangis semahunya,dia berkata jujur tentang hati,dia benar-benar tidak mahu kehilangan Mia)

TIBA-TIBA.......

MAMA: Farhan!! Farhan!!!

FARHAN:Mia,mama datang,mesti dia nak marah kita...

MAMA:Farhan,kenapa malukan Mira di depan orang ramai tadi?

FARHAN:Mama,Farhan tak malukan Mira,dia sendiri yang cari pasal,dia menghina Mia....

MAMA: Tu lah tak nak ikut cakap mama dulu..

Mia menangis lagi mendengar ucapan dr mama Farhan.

FARHAN:Farhan cintakan Mia sorang je mama,tak akan ada orang lain lagi...Ini hak Farhan mama,Farhan dah pilih jalan Farhan...Farhan tiada kemampuan untuk beristeri lebih dari satu...

MAMA: Sape cakap Farhan tak mampu? Farhan boleh kahwin lebih dari 1,kita ada duit,kita ada harta.Setakat perempuan macam Mia ni,Farhan boleh dapat yang lebih baik malah lebih cantik lagi...Mia ni ape yang ada?

FARHAN:Farhan tak boleh bahagikan cinta di hati Farhan mama.Mia yang paling cantik di mata Farhan,dia yang paling indah..Farhan yang hidup dengan Mia,Bkan mama.

MAMA: FARHAN!!!Mama tak peduli...Mama nak Farhan kahwini Mira.

Belum sempat Farhan membantah,mamanya keluar dan terus balik....Farhan menceritakan hal itu kepada abahnya...



Malam itu......

MIA: Abang,Mia izinkan jika abang ingin memperisterikan Mira..(Mia menangis,walaupun dia merelakannya,tetapi hatinya benar-benar terluka,sudah terluka bagaikan di simbah dengan minyak panas,pedih yang amat)

FARHAN: Apa yang Mia cakapkan ni? Abang dah cakap siang tadi kan,yang abang tak akan menduakan Mia?

MIA:syurga abang di bawah tapak kaki Mama,dan Mia tak mahu abang jadi anak derhaka kerana Mia... Dulu abang pernah cakap,abang cintakan Mia kerana ALLAH, Jadi,cinta itu tak kan pudar walau abang berkahwin empat..Jika abang ingin memperisterikan Mira,abang lepaskanlah Mia.Abang juga tahu Mia pernah melalui semua ini dahulu.Tapi jika abang masih mahukan Mia berada di samping abang,Mia akan terus bersama abang walau nanti hati Mia akan terluka..Mia relakan,dan Mia redha jika ini ketentuan ALLAH untuk Mia..Abang jugak perlu tegas dalam soal perasaan abang,kerana ini melibatkan Mama..

FARHAN:(mengusap wajah isterinya,dengan kasih dan sayang serta airmatanya turut mengalir,mudahnya lelaki ini mengalirkan airmatanya) YA ALLAH,Apa yang Mia cakap ni?Cinta abang semakin dalam terhadap Mia,mungkin Mia rela,tapi tidak abang, Mia.. Abang tidak rela menduakan Mia,Abang tidak rela melihat mahligai yang kita bina ini runtuh..Abang tetap dengan keputusan abang,abang tak akan memperisterikan Mira atau sesiapapun,cukuplah Mia dan anak-anak kita di samping Abang....(Farhan memeluk erat isterinya dan menyentuh kandungan isterinya.Terasa mahu sahaja dia membawa isterinya pergi ke tempat yang jauh) Mia,dengarlah sayang,Abang tak sanggup kehilangan Mia,abang tak tahu bagaimana kehidupan abang tanpa Mia,tanpa senyuman Mia..andai saja ALLAH berikan Abang pilihan antara menambah seorang lagi isteri @ penyakit,abang rela pilih penyakit,kerana penyakit itu hanya sakit luaran,tapi menduakan Mia itu lebih sakit dari segala penyakit..

(Mia menangis,kelu lidahnya mendengar rintihan suami yang amat dia cintai dan sanjungi..''YA ALLAH,bagaimana harus ku telan kepahitan,sedangkan di hadapanku ini adalah madu. bagaimana harus ku melangkah sedangkan telah KAU binakan jambatan yang sangat indah...Berikanlah aku kekuatan,dan berikanlah suamiku ketabahan.Ku akui YA ALLAH,mungkin ujian ini tidak seberat mana kerana ada orang lain yang lebih menderita,tapi aku memohon kepadaMU, cekalkanlah hati kami untuk menempuh ujianMU ini..'')

MIA: Maafkan kata-kata Mia tadi abang(suaranya antara dengar dengan tidak)Maafkan Mia...Pelukkannya semakin erat...



DI RUMAH BESAR TUAN HAJI FIRDAUS(AYAH FARHAN)

ABAH: Apa yang telah awak lakukan? kenapa awak mengganggu rumah tangga Farhan? Kenapa awak memaksa dia melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan?

MAMA: Dia anak kita,dia mesti ikut cakap kita!

ABAH:Bukan kita,tapi awak seorang...apa yang awak rasa kalau saya menikahi seorang lagi wanita yang di pilih oleh ibu saya?

MAMA:Aiii,awak nak kawen lagi ke?

ABAH: Jika awak tak sedar-sedar juga,saya yang akan sedarkan awak dengan mengahwini seorang wanita..apakah itu yang awak mahu? awak ingin tahu rasanya di duakan?

MAMA: Tidak..saya tak mahu awak duakan saya...

ABAH: Sedarlah Syarifah,awak juga seorang wanita,awak sepatutnya faham perasaan Farhan dan Mia...Mereka saling mencintai,seperti kita pada masa dulu..Mahu kah awak melihat kesedihan Farhan? Saya melihat Mia seorang yang jujur dan setia,malah baik budi bahasanya.. setiap insan ada kekurangannya Syarifah,kita juga ada kekurangan.... Dari dulu saya tidak berapa suka dengan Mira,tapi saya mendiamkan diri sahaja...Tapi sekarang saya yang akan menentang awak jika awak nak memusnahkan rumah tangga Farhan...

MAMA menangis semahunya,dia menyesal dengan perbuatannya,dia menjadi malu dan rasa bersalah...

ABAH: kita sepatutnya menunjukan teladan yang baik kepada mereka...Kini kita masih berbahagia,kerana kita saling mencintai..Jadi itulah yang menjadi pegangan Farhan sekarang ini... Cintanya sangat mendalam kepada Mia,begitu juga Mia....Sudah lah...Jangan awak ganggu hubungan mereka berdua....

MAMA: Mama cuma nak Farhan bahagia..

ABAH: Mia adalah kebahagiaan Farhan..cukup sampai situ,awak jangan panjangkan lagi masalah ini..



HARI YANG DI NANTIKAN..(^_^)

Di Hospital.... Mia selamat melahirkan seorang anak lelaki,sihat,putih dan nampak comel...Mia dan Farhan tersenyum gembira... Farhan sempat berbisik di telinga Mia..'TERIMA KASIH ISTERIKU,KERANA INI CAHAYA PERTAMA DALAM HIDUP KITA.' Mia tersenyum dan menganggukan kepalanya....Farhan mengangkat bayinya dan azan di telinga puteranya itu....



" MUHAMMAD FAHMI NURIMAN BIN MUHAMMAD FARHAN AIMAN"



Nama itulah yang di berikan kepada putera sulung NUR MIA ASYIKIN & MUHAMMAD FARHAN AIMAN....Semua ahli keluarga Mia dan keluarga Farhan memenuhi ruang bilik hospital itu...Semuanya gembira melihat bayi yang comel...

MAMA: Farhan,Mia,mama minta maaf tentang apa yang telah mama buat dulu..Mama tahu kesilapan mama..

MIA:Mama,Mia dan Abang Farhan dah lama maafkan mama,dah la,lupakan saja yer mama,kita mulakan hidup baru...Betul tak abang?

FARHAN: betul tu mama,kita mulakan hidup baru....

tiba-tiba Mira datang membawa bunga dan bungkusan hadiah..

MIRA:Mia,Farhan,maafkan Mira yer... Mira tak kan ganggu rumah tangga korang lagi...

MIA:Mia maafkan...kita boleh berkawan..

FARHAN: Farhan dah anggap Mira seperti adik Farhan sendiri... Farhan dah maafkan Mira...Maafkan Farhan dan Mia juga ya?

MIRA:terima kasih Mia,Terima kasih Farhan....



EMAK: Alhamdulillah,selamat anak mak melahirkan anak,comel pulak tu..

BAPAK: Anak bapak memang hebat,hebat seperti emaknya...Farhan,jagalah anak bapak ni baik-baik ye,dan didiklah anak kamu berdua dengan baik

FARHAN:terima kasih mak,bapak...insyaALLAH Farhan dan Mia akan didik anak ni dengan baik,tapui jika ada yang silap di mata mak dan bapak,silalah tegur kami ya mak,pak...Kami baru belajar tentang kehidupan dan kurang arif...

BAPAK: Kita akan sentiasa belajar selagi kita bernyawa Farhan,Bapak pun masih juga melalui semuanya dalam bentuk realiti..Kamu kena ingat,kita sebagai lelaki perlu tegas dari segi pemikiran dan perasaan,jika lemah dari segi perasaan,lemah lah pemikiran... Kita mesti bijak dalam membuat keputusan jangan ikut amarah dan ego.Jika perlu,kita diam sebentar dan berfikirlah..Jika isteri berbuat salah,hendaklah kita menegurnya,jika anak berbuat salah hendaklah kita memperbetulkannya...masa depan anak kita terletak pada bagaimana kita mendidiknya...

FARHAN:Terima kasih pak,Farhan akan ingat.Farhan benar-benar bersyukur kerana dipertemukan dengan Mia dan keluarga bapak...





MIA:Abang,Mia benar-benar bahagia,sekarang kita dah ada anak,Mia akan jadi seorang ibu yang terbaik insyaALLAH...

FARHAN: Aminn...Abang juga bahagia sayang,dan abang berterima kasih kepada ALLAH kerana telah kurniakan kita cahaya mata ini...Abang jugak bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang setia dan menyayangi abang apa adanya...CINTA ini adalah cinta yang telah lama abang tunggu,dan kini abang dah pun mendapatkannya.. ABANG CINTAKAN SAYANG...

MIA: SAYANG JUGA CINTAKAN ABANG..

Farhan memeluk erat isterinya dan mengucup pipi anak mereka...bertapa indahnya suasana malam itu...bertapa dalamnya cinta dan kasih dua insan....

FARHAN:'' YA ALLAH, aku bersyukur dengan semua yang telah ENGKAU kurniakan kepadaku.... satu pintaku YA ALLAH,aku ingin menjadi yang terindah dalam hatinya,menjadi penyeri dalam hidupnya...Bahagiakan kami YA ALLAH,kekalkanlah cinta kami sehingga ke syurgaMU....Lindungilah kami dari bahaya,fitnah dan bala..tetapkan kami di jalanMU,Teguhkanlah iman kami,Semoga kami terdiri daripada insan-insan yang soleh dan soleha''(doa dalam hati farhan)

MIA:(Merenung wajah suaminya yang masih menatap wajah anak mereka) '' YA ALLAH,cintanya adalah anugerah terindah dalam hidupku,senyumannya menghiasi hatiku dan kasihnya murni dan tulus keranaMU,Bahagiakanlah dia dan anak ku YA ALLAH,Lindungilah mereka.Kekalkanlah cinta ini sehingga ke syurgaMU.. Hiasilah kami dengan cahaya keimanan,limpahilah kami dengan rezekiMU,restuilah perhubungan kami...Sesungguhnya aku amat mencintai suamiku dan sangat mencentai anak kami..tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang beriman.....





''CINTANYA ANUGERAH TERINDAH

JADIKANLAH AKU YANG TERINDAH DALAM HATINYA''




ALHAMDULILLAH,INI KISAH FARHAN DAN MIA......

MAAF JIKA ADA YANG TAK BERPUAS HATI,TAPI INI YANG SAYA MAMPU TULIS..HARAP TERHIBUR...

IKHLAS,

AMALINA BINTI SA'AT

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...