Rabu, Oktober 13, 2010

CINTA YANG TAK TERUNGKAP.

ASSALAMUALAIKUM



Kadang2 cinta yg selalu di ungkap itu tidak berkekalan...

Malahan,cinta yg hadir tanpa di undang dan tanpa kita sedari itu lebih bermakna tanpa kita ungkapkn...



seorang gadis bernama mia yg baru sahaja putus hubungan dgn kekasihnya berasa amat sedih... Mia adalah seorg gadis yg berpewatakn baik,sederhana,suka berkomunikasi,mesra, dan disukai ramai... xla ramai sgt,biase2 jer..hehehe.. Mia pandai memotivasi diri walaupun motivasinya lebih kpd logik dan modern,tp itulah dirinya...bak kata org tua2,air yg jernih kadang2 ada msanya akan nmpak keruh... Begitulah sikap Mia.

Kisah percintaannya dgn seorg lelaki bernama sharul pada mulanya amat bahagia...biasalah dunia cinta para2 remaja...bermula dgn pertemuan yg biasa2 aje... shinggalah mereka berhubung melalui telefon....siang malam ber-sms... msg nye ringkas je,tp boleh pulak dr siang sampai ke malam...dahsyat!... perkenalan Mia dgn Sharul telah di ketahui oleh ibu Mia... Mia pun tersenyum2 kambing comel... Ibu Mia pun berkata...

IBU: mak suka dgn keluarga Sharul tu,keluarga yg baik2,rajin...Jgn pulak ko main2kn dia...

Mia: mak,Mia pompuan,xkn la nak main2,lagipun Mia ngn Sharul tu kawan jer la mak..

IBU: alah,kawan konon,nanti berkepit xlepas2....

MIA: Sharul tu akan sambg belajar la mak...mane boleh berkepit.hahaha

IBU:haaaa,ketawa la mcm tu nanti jatuh gigi tu baru tau..nak ke ketawa lagi bila gigi dh rompong?

MIA:errrkkkkk!!!! ape lah mak ni,sikit agi nak tertelan lidah,ehhh,air liur....

IBU:hahahahaha....

MIA:huiiii,power nye mak ketawa?

IBU: haaa,jgn nak kenekn mak.

MIA:hehehehehe...peace..

Oleh kerana Mia ni seorg anak yg berpegang kpd rasa hormat,Mia pun berfikir2 ttg perasaan...Sharul ada menyatakan bahawa dia menyukai Mia dan ingin menjadi kekasihnya....Pada mulanya Mia menolak krn takut dipermainkn lagi...Sharul memahami apa yg Mia katakn itu dan Sharul juga pernah mengalami kejadian yg sama..Jadi Sharul meyakinkn Mia bahawa dia tidak akan membuatkn Mia sakit hati dan kecewa dgn nya krn mereka tahu bagaimana rasanya di kecewakan oleh org yg kta sayangi...Hari demi hari berlalu,Sharul mengambil Mia pulang dari kerja dan mengajak Mia keluar bersiar2...Sharul juga membelikan sebentuk cicin silver utk Mia sbg tanda persahabatan...Mia menerimanya dgn senang hati...dalam perjalanan balik,Sharul memegang dan menggenggam jari-jemari Mia... Mia kaku dan tidak memberikan sebarang riaksi namun membiarkan saja tangan dan jari-jemarinya di genggam... Sharul tetap menumpukn perhatian ke jalan dan memandu dgn berhati2... sedangkan Mia duduk dgn hati yg gundah gulana...Sesampainya di hadapan rumah Mia,Sharul menghulurkan tangannya utk bersalaman dgn Mia..Mia menyambut dan mencium tangan Sharul sbg tanda hormat,Sharul juga mengucup tgn Mia..Mia tersenyum manis sampai ke dpn pintu rumah.. Mia menyimpan cicin yg d beli olh Sharul krn tidak mahu di ketahui olh keluarganya.....



Malam itu Mia xhabis berfikir ttg perasaannya...Pertemuan itu amat singkat dan tidak mungkin dia jatuh cinta secepat itu..Mia akui bahawa dia mmg sukakan Sharul,tp mungkin belum cinta..setiap hari Sharul mesti mghantar sms ucapan selamat malam kpdanya..hatinya terusik...'esok Sharul akan berangkat ke semenanjung utk menyambung pelajaranya'...Mia bertekat utk menerima cinta Sharul..

'saya terima cinta awak,dan berjanjilah yg awak akan setia dgn saya..saya akan sentiasa tunggu awak'

sms ini Mia hantarkan kpd Sharul... Sharul membalasnya dgn riang dan gembira..katanya dia seakan2 ingin melompat kegembiraan...Mia berasa senang...terdetik di hati Mia 'betulkah apa yg aku buat ini?'..Mia pun berjanji pd dirinya utk menyemai cinta kpd Sharul.setiap hari dia ungkapkn kata cinta kepada Sharul...sehingga dia benar2 jatuh cinta dan sayang kpd Sharul... namun,suatu hari dia mndapat sms dr nombor yg tidak dia kenali... dlm sms itu 'awak knl Sharul? apa hbgn awak dgn Sharul?'

Mia pun membalas,'ya,saya knl dia,dia kekasih saya,awak siapa?' 'tak perlu lah awak tau siapa saya..terima kasih.'

Mia merasa hairan dan dia terus menghubungi nombor itu menggunakn telefon pejabat...alangkah terkejutnya Mia yg menjawap itu adalah perempuan,detik itu juga segala kenangan lama menerpa ke pemikiran Mia...Mia seolah2 dapat merasakan ada sesuatu yg tidak kena....Mia terus bertanya kpd Sharul,sikap Mia yg kdg2 terburu2 krn jujur itu memakan dirinya sendiri..Sharul dgn tenang mngatakn bahawa itu kwn lmanya dan jgn dihiraukn lagi...Mia tidak puas hati..krn msh ada rasa ragu yg sgt kuat dlm hatinya...Mia mghantar sms kpd nombor td dan meminta penjelasan yg penuh... ini di antara msgnya..

***: saya adalah kekasih Sharul.dan saya xpercaya bahawa awak kekasih dia..saya dgn Sharul xpernah putuskan hubungan dan kami dah bercinta selama 3 tahun sejak Sharul sambung belajar di sini....tapi jika benar awak kekasih dia,awak tya lah kat dia pasal saya.

MIA:awak tipu... awak sengaja nak pisahkan kami kn?

****:terpulanglah pd awak nak percaya atau tidak..

Mia berasa sedih dan inginkn penjelasan...Sharul berasa marah krn ada yg ingin ganggu hbgnnya dgn Mia...Sharul mengatakan bahawa dia akan ckp dgn perempuan itu supaya tidak mengganggu hbgn mereka.Sharul xmahu kehilangan Mia....Mia percaya dgn kata2 Sharul...segalanya berulang dan berlarutan... kesedihan dan kegembiraan bersilih ganti dlm hidup Mia setiap hari....



Mia juga aktif dgn 'Facebook' .Mia mempunyai ramai kawan dan sangat gembira bersama kawan2nya itu... Sehingga suatu hari Mia dan rakan2nya berkawan dgn seorg lelaki yg bernama Farhan...mereka agak ragu dgn kehadirannya..kerana dia datang dengan tiba2 di waktu Mia mempunyai masalah dgn kekasihnya...Mia sering meng'update' statusnya di FB dgn kata2 semangat,dan kdg2 terselit kata2 sindiran...seorg yg bernama Farhan ini mula berkomunikasi dgn Mia melalui 'inbox'...mereka berkenalan dan sampai suatu tahap Farhan mengatakan bahawa dia menyukai seorg gadis,namun gadis itu sudah ada yg miliki hatinya...Mia hairan dan berkata2 dalam hati...'knape mamat ni cerita kat aku plak?? hurmmmm,ada sesuatu ni...' ... Mereka rancak berbual melalui peti masuk itu ...Mia ni seorg yg 'kecoh' dan sentiasa ingin tahu orgnya..Jadi dia xhenti2 bertanya siapa gadis yg Farhan maksudkn...Farhan mengalah dan memberitahu siapa gadis itu...

Farhan: gadis itu adalah awak Mia...

Mia:saya? knapa saya? siapa sebenarnya awak? xkan secepat ini awak boleh suka saya?

Farhan:saya adalah Farhan dan awak mmg xpernah kenal saya..saya terpikat dgn cara awak berkata2..dan awak seorg yg baik...

Mia:awak tau saya dah ada yg punya kan?

Farhan: ya,saya tau,tp saya akan tetap cintakan awak..walaupun awak xcintakan saya,tp cinta saya ikhlas terhadap awak...

Mia:saya xtau nak ckp apa.

Mia keliru... sejak hari itu,Farhan selalu mengirimkan lagu2 yg menyentuh hati ke dinding FB Mia...semua rakan2 Mia perasan tentang hal itu..Mia cuba menafikannya...sehingga suatu hari,Farhan menghantar pesanan kepada seorg teman rapat Mia... Farhan menceritakan ttg perasaannya kpd teman rapat Mia...Teman rapat Mia sangat terharu dan cuba menasihati Mia...Akan tetapi,Mia adalah seorg yg setia...Setia kpd Sharul,insan yg dicintainya....



Pada musim cuti semester,Sharul pulang ke kampungnya...Dan dia bertemu dgn Mia...Mia sangat gembira,begitu juga Sharul...tp,Mia seorg yg sgt mementingkn kesetiaan...Maka Mia pun mengambil Hp Sharul dan membuka sgala yg ada...Alangkah terkejutnya Mia bila melihat gambar seorg wanita di dalam Hp Sharul..setahu Mia,Sharul tidak ada Kakak @ adik yg berwajah itu...saudara pun bukan... Mia bertanya kpd Sharul,'siapa perempuan ini?' Sharul pun menjawap 'la,masih gak gmbr ni dlm HP ni...ni gmbr bkas tman wanita B.lupa pulak nak buang..' Slumberrrrr jew dia jwp..Mia pun tya lagi 'ni pompuan yg kol ayg haritu ke?' Sharul jwp lagi,'iya,dia la.dah la,ktorg xda apa2 hbgn lagi.." Sharul memeluk Mia...'B hanya ada ayg je,xkn ada org pompuan lain lg dlm hdup B..' Mia senyum namun hatinya sakit.....



Di FB sentiasa ada madah2 indah untknya dr Farhan...hanya itu yg selalu mengubati hatinya... Farhan juga sntiasa menasihatinya dgn nasihat2 berteraskan islam...termasuk menyuruh Mia menunaikan solat.... Mia selalu meninggalkn solat...Mia hanya bersolat pabila di landa masalah....Farhan tidak jemu mendengar kisah2 Mia dan Farhan sentiasa menasihatinya supaya tabah...Kadang2,Mia tidak suka dengan sikap Farhan yg suka menyalahkn diri sendiri...Mia sering merasa tersinggung dgn sikap Farhan..Farhan sering menyalahkn diri sendiri kerana jatuh cinta dgn seorg yg telah dimiliki.... Mia mula bosan dan mengatakan bahawa dia tidak mahu memberi harapan...walaupun Farhan pernah membuat hatinya tertawan tp dia masih ada Sharul...



Pada cuti semester yg seterusnya,Mia dan Sharul bertemu lagi,dan kali ini Mia meminjam telefon Sharul.. Mia mengambil kesempatan itu dgn membuka semua 'Inbox' di dalam Hp Sharul dr dalam memori Hp shingga memori kad... Mia sekali lagi tersentap apabila melihat ada 500 msg dr nombor yg amat2 dia knali...Mia menahan air matanya dan bertanya kpd Sharul...

SHARUL: tu msg2 lama la,lupa nak buang...

MIA: msg lama apanya ,tarikh baru hari ini.hebat btul Hp awak smpai blh tkar2 tarikh?

SHARUL:mmg la ada msg,tp msg biasa je tu.

MIA: td ckp msg lama. biasa ape kalo gna pkataan B & CAYANG?????

SHARUL:dah la,sya malas nak ckp..kalo awk nak pcy,awk pcy,kalo xnak,sudah...saya nak balik.

MIA:kita putus....

SHARUL: apa ni,hal kecil je la..xkan sampai nak pts...ok,saya janji saya xkn sms dia lagi..ok? saya syg awak..cuma awk...

MIA:baik,saya bagi awk peluang..tp kalo bnda ni berulang,saya xjamin ape2 ye..

SHARUL:mcm tu la, I LOVE U SO MUCH SYG....

Mia menahan sakit hatinya,menahan air matanya...kesakitan itu dia pendamkan saja...

Sharul mengajak Mia keluar dgn keluarganya...Sharul berkata,itu sbg bukti bahawa dia bnar2 mencintai Mia...Mia terharu dan rasa gembira... 2 kali Sharul membawanya keluar...sgalanya berlaku dgn cepat....akan tetapi,selepas sahaja Sharul pulang kembali ke kampus nya,Mia di kejutkn olh kawannya yg menjumpai Fb Sharul dan mempunyai hubungan dgn seorg wanita yg amat dia knali...iaitu wanita yg Sharul katakn bekas kekasihnya....Mia terus menghantar pesanan kpd Sharul..

MIA: awk ada 1 lg fb n ada relation dgn perempuan lain? skarang pilih saya atau dia???????

SHARUL:saya xsuka la awak ragu2 kat saya... saya xmahu pilih sesiapa... saya nak tumpu pd pelajaran saya..mgkin jika kta putuskn

hbgn itu adalah terbaik buat kta...saya btl2 sayangkn awak,tp buat masa ni saya nak tumpu pd pelajaran saya dlu. jika ada jodoh antara kta,xkan ke mana...

MIA: sampai hati awak buat saya mcm ni... awk janji kat saya xkn duakn saya..tp awk lbh teruk dr yg pnah bkas tman lelaki saya buat kat saya dulu..awk tau saya syg sgt kat awak,tp knapa ini yg awak buat kat saya?

Setelah beberapa hari,Mia bertanya kpd Sharul,adakah dia akan kembali kpd perempuan itu...

Sharul: ya,saya akan bersama dgn dia,krn saya msh sygkn dia.. dia telah byk berkorban utk saya..

Mia cuba kuatkn semangat dan bertenang...

MIA: baiklah kalu itu keputusan awak..saya doakn awk dan dia bahagia....

SHARUL:walaupun kta dah xda hubungan,saya xkn lupekan awak...dan jika ada jodoh antara kta,saya anggap kputusan ini adalah salah..

MIA:tlg jgn bebani saya dgn harapan2 palsu... cukplah smpai di sini saja...saya tau sakitnya diduakn..jd saya xkn ulanginya lagi...tlg lepaskn saya sejauh yg mgkin...



Dalam kesedihan itu Mia masih senyum dan bertindak spt tiada apa yg berlaku...krn Mia xmahu keluarganya tahu...Mia banyak mendiamkan diri... hanya kawan2 rapatnya saja yg memberinya semangat...Namun di malam harinya Mia menagis semahunya...Mia bersolat dan minta di tenangkn hatinya... dalam keadaan begitu,Mia kerap berhbg dgn teman yg selalu ada utknya....Mia bnar2 kecewa dan sedih...Mia melalui hari2nya dgn amat sukar...



Farhan mendiamkn diri,dia sempat meninggalkn pesan kpd Mia bahawa dia akn berhenti dahulu menggunakn fb..Farhan berkata bahawa dia perlukn masa utk bertenang... Mia pun bersetuju...Sepanjang ketiadaan Farhan,Mia merasa kosong dan semakin sedih...Mia teringat kembali akan ayat2 dan lagu yg selalu Farhan beri kpdnya...Mia berasa resah dan xsabar menantikn kmunculan Farhan d fb...

Sampai suatu masa Mia merasa rindu kpd Farhan... Teman rapat mia yg bernama Sha,Nur dan Sara mengetahui akan perasaan Mia...Mereka merasa simpati namun terselit rasa bahagia di hati mereka krn akhirnya Mia mengakui bahawa dia syg kpd Farhan... Namun Mia mengatakan hanya sayang,bukan cinta.

Bagi Mia cinta itu sudah tidak penting untuk hidupnya...Apa yg pntg adalah keluarga dan masa depanya....Sha selalu menasihati Mia agar terus tabah menghadapi semuanya...Mia pun bangkit dgn motivasi dan muhasabah diri... dia menguatkn hatinya dgn kata2 'aku boleh hidup tanpa dia..Dia(Sharul) tidak memerlukan ku,begitu juaga aku....'

Kemunculan Farhan scr tiba2 membuatkn Mia berasa gembira yg amat sgt...Mia pun tidak mengerti knapa dia berperasaan spt itu?? Mia mula rapat kembali dgn Farhan.... Namun Farhan tidak spt dulu... Adakah Farhan telah melupakn sgalanya? Mia tidak terlalu ambil peduli ttg perasaannya..Dia mengikut sahaja rentak Farhan...Mereka berkawan spt biasa..sampai suatu masa,Mia merasa sangat dekat dgn Farhan... perasaan sayangnya terlalu mendalam...Smakin Mia cuba menafikannya,smakin kuat pula Perasaan itu dlm hatinya...Mia bertekad utk tidak meluahknnya..apa yg mampu Mia ucapkn adalah Mia sygkn Farhan..hanya itu...Mia takut mengaku cinta,takut untuk jatuh cinta dan takut dikecewakan lagi...Farhan juga tidak berterus terang kpd Mia dan hanya meminta utk berkawan sahaja...satu saja sikap Farhan yg xpernah berubah,iaitu sikap menyalahkn diri sendiri....Mia tergelak dlm hati,'hai,xberubah jgak mamat ni,xper,kalo hati sudah suka,apa nak ckp kn?...ehhh,hati????'

Pada suatu hari,ibu Mia bertanya kpdnya....

IBU: Sharul xbalik ke MIa? xada cuti?

MIA: ntah la mak,Mia ngn Sharul dah xda apa2 hbgn lagi....hehehe

IBU:apa?knapa?bila?

MIA:hurm,dh bpe mgu dah...Sharul msh syg bkas kekasihnya...

IBU: tu lah engkau,xnak siasat btul2 dlu...

MIA:mana la Mia tau mak...Xper,biarlah mak...

IBU: dah,lpas ni cpt2 cari jodoh,kawen je terus...

'MIA: uiiiiiii,bahaya lah mak ni....hahaha,ksian Mia ni xsmpat nak berseronok...

IBU: eleh,ckp aje la Mia tu nak sgt kawen....

MIA: nak tu mmg la mak,tp x la scpt ini..kalo ada yg masuk meminang dan mak & bapak suka,terima jer la yer mak.

IBU: baik lah... t mak aje yg cri jodoh...

MIA:apa? mak nak cari jodoh???

IBU: haaa,mula la tuh..xpayah buat muka melopong gtu,buruk sgt dh... cr jodoh utk engkau la...budak nih...

MIA:hahahahaha.... iyer la mak.



Setelah beberapa bulan selepas itu,Mia mndapat pesanan dr Farhan...

FARHAN:'MIA,Far nak dtg jmpe Mia...boleh x?'

MIA:betul ke ni Far?

FARHAN:iya lah,hujung minggu ni yer...

MIA; baik lah....



HUJUNG MINGGU.....

Pertemuan pertama.....

MIA menunggu d sudut tepi restoran... Mia mengenakan pakaian yg simple dan bertudung....Farhan datang bersama kedua org tuanya...Mia tidak mengenali Farhan krn tak pernah bertemu,tetapi Farhan sgt2 mengenali Mia krn Farhan selalu melihat gmbr2nya di FB....

FARHAN: As'salamualaikum MIA...

MIA:(gugup,gementar,takut,terkejut) Wa'alaikumsalam Farhan ke? (Kontrol MIA....senyum... ngeeee...)

FARHAN:iya Mia,ini Far...knalkn ni mak dan abah Far....Mak,Abah,ni la MIA..

Mia pun bersalaman dgn ibu Farhan...Mia berasa sgt gugup pd msa itu... perasaan malu pun ada... mana tak nya,ingt jmpe anaknye aje,skali tgok,haaaa,mak bpk nye skali....menggeletar ni beb....hehehe...

FARHAN: Mia apa kabar? sihat?( senyum kpd MIa dan bertindak macho,walau nmpak sdikit gugup sma spt Mia..)

MIA: alhamdulillah,Mia sihat....

IBU FARHAN: mak dan bapak Mia mcm mna? sihat? mak cik nak sgt jmpa mereka....Agaknya bila yer mak cik dan pak cik boleh jmpa mak dan bapak MIA?

Mia: alhamdulillah mak cik,mak dan bapak Mia sihat... insyaAllah nanti Mia bawak mak dan bapak Mia jmpa mak cik dan pak cik yer...

Fuhhhhh..... sgalanya berjalan lancar....Mia cadangkan hari utk mmbawa mak dan bapaknya bertemu dgn mak dan abah Farhan...walaupun Mia berasa kurang selesa,tp itu adalah permintaan mak dan abah Farhan...



PERTEMUAN KELUARGA...

Mia dan Farhan duduk di luar rumah sementara org tua mereka berborak rancak....stelah beberapa ketika,mereka di panggil masuk krn mereka ingin meminta diri.

IBU FARHAN: Mia,mak cik dh berbincg dgn mak dan bapak Mia,tp hal itu biarlah kamu bincgkn kemudian saja yer...mak cik dan pak cik dah nak balik ni...besok pagi dah nak berangkat balik..

MIA: baik lah mak cik..kalau ada apa2 nanti Mia akan bagitau lagi ye...

IBU:Mia,ko tau x ape yg mak bincg dgn kuarga Farhan td?

MIA: xtau,pasal apa mak?

IBU:mak Farhan nak jodohkn korg berdua...

MIA:laaa,kan baru jer jumpa mak,xkn terus nak meminang?

IBU: tu yg mak ckp td,tp mak Farhan ckp,dia dah berkenan kat Mia...Farhan selalu ceritakan pasal Mia kat mak nye..sbb tu la Mak Farhan suka tu... Mia nak x?

MIA:ermmm,Mia mmg suka ngn Farhan mak,tp terpulang la pd mak n bapak..Mia serahkn kptsn pd mak n bapak aje la yer?

BAPAK: budak ni...org tya dia,dia suh kta pulak bg jawapan... kalo bapak kawenkn korang hari ni jugak nak ker?

MIA:laaaaaaa,knapa lambat sangat pak,skarang aje la,g la panggil diorg balik...

IBU: amboiiii,gatal yer...

MIA:hahahaha... btl ni mak,pak, Mia serahkn kat bapak n mak je....

IBU:mak suke tgok kuarga Faehan tu...

MIA:jgn tgok kuarga je mak..

IBU:yer la,dgn Farhan sekali...setuju aje k? mak yakin Farhan tu blh bahagiakan anak mak ni...haa,xpayah la senyum2 mcm tu... cpt bgtau Farhan utk hantar rombongan meminang...



(biar saya ringkaskn,kerana letih dh ni..hehehe)



HARI PERNIKAHAN...

Mia mengenakan pakaian berwarna putih mutiara dan bermanik2 berwarna ungu...tudung yg kemas dan berselendang... wajahnya yg sangat berseri dan sungguh menawan hati..keayuan senyumannya,lirikan matanya,sungguh lembut penampilannya....

Farhan datang dgn segaknya,memakai baju melayu berwarna sma spt baju Mia... nampak segak dan bergaya spt lelaki melayu terunggul...wahhhh..hehehe...pandangan pertamanya jatuh ke arah Mia... (jatuh cinta lagi,lagi2 ku jautuh cinta) hehe,menyanyi pulak dah...

Semua tetamu hadir lengkap berbaju kurung,baju melayu,ada yg guna kebaya dan mcm2 lagi lah....turut kelihatan di situ bekas kekasih Mia,iaitu Sharul... Sharul memandang Mia dgn senyuman,namun ada keredupan di matanya walau tidak jelas....namun jauh di sudut hatinya,dia terpukau dgn keayuan Mia....Dia mengimbau msa lalunya,ada sedikit kekesalan di hatinya,namun cepat2 dia sedarkan diri.. dia berdoa kpd ALlah supaya Mia berbahagia dgn pilihannya....sesekali Mia dan Sharul bertentang mata,namun pandangan itu tidak lebih dr pandangan seorg kawan....

selesai sesi dgn tok kadi,Farhan berdepan dgn Mia utk adat seterusnya...



FARHAN: As'salamualaikum isteriku.

MIA:Wa'alaikumsalam suamiku...

Cincin pun di sarungkn dan bersalaman.Farhan mengucup dahi Mia dgn penuh kasih sayang dan cinta....

Esok adalah hari persandingan FARHAN & MIA...



MALAM SEBELUM HARI PERSANDINGAN...

FARHAN: abg bahagia,tapi ada satu yg abg nak tanya pada Mia...

MIA: apa dia abg?

FARHAN: abg xpernah dgr Mia ungkapkn kata cinta pd abg..adakah Mia betul2 cintakn abg?

MIA:(senyum manis) abg,cinta di hati Mia telah Mia serahkn sepenuhnya pada abg smsa abg menyebut nama Mia dalam akad nikah kita siang td..dan cinta ini benar2 dalam... nama abg,telah Mia tulis di dalam hati Mia..Mia berbangga menjadi isteri abg...dan Mia harap,abg boleh bimbing Mia utk menjadi isteri yg solehah.isteri yg menjaga suaminya dgn baik...

FARHAN: (terharu) terima kasih Mia,kata cinta itu sgt istimewa buat abg...abg cintakan Mia dunia dan akhirat...(Farhan mengucup dahi isterinya dgn lembut,serasa kasih sayangnya kpd Mia semakin menebal... tanpa ragu)

Air mata mengalir di pipi kedua2 insan ini...air mata bahagia dan gembira... bersyukur dgn takdir ALLAH...MIA & FARHAN kini hidup bahagia.....yg tidak ketinggalan adalah kawan2 MIA,keluarga MIA dan keluarga FARHAN.... inilah kisah cinta yg xterungkap....semoga saja cinta ini berkekalan....panjang lagi nak cerita,tp dh letih,insyaALLAH,saya akan kupas dgn lebih terperinci lagi..hehehehe,cerita ini mgkin nampak xtersusun,tp yg pntg,dgn rasa bahagianya saya menutup cerita ini dgn ending yg ringkas.....harap anda terhibur....TERIMA KASIH.....





CINTA PERLUKAN PENGORBANAN,TAPI BIARLAH KERANA ALLAH,INGINKAN CINTA YG BERPANJANGAN? IKHLAS DAN REDHA ITULAH KUNCINYA.... SEMOGA BERJAYA DAN JADILAH LUAR BIASA HEBAT.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...