Di sebuah pondok yg dikelilingi sawah padi menghijau... Udaranya terasa segar dan melapangkan dada... Terasa tenang dan mendamaikan jiwa...Langit yang cerah membiru seolah-olah sedang menambahkan keceriaan di hati... Syukur dengan kehijauan yang mendamaikan dan birunya langit menenangkan....
ILHAM:: Duhai Zaujahku, ku bersyukur dengan kehadiranmu dalam hidupku.. Terima kasih sayangku kerana kesudianmu menjadi isteriku.... Meskipun begitu, diri ini amat mengharapkan keteguhan tiang sabar dan ketabahanmu untuk bersamaku... Pasti banyak ujian dan rintangan yang bakal kita tempuhi nanti.. Sesungguhnya ku ingin tahu mengapakah dirimu nekad memilihku sedangkan di luar sana banyak lelaki yg boleh dirimu pilih untuk menjadi pendampingmu.....
AMEERA DANIA BALQIS::Sama-sama Zaujku...Alhamdulillah atas limpah kurnia-NYA.... Usahlah diragukan dan dipersoalkan tentang penerimaanku... Tapi dengan rendah hati,mahukah zauj mendengarkan permintaan ku?
ILHAM:: InsyaALLAH... silakan Zaujahku..
AMEERA DANIA BALQIS:: Sentiasa ajarkan diriku erti kesyukuran.. Ingatkan diriku tentang janji-NYA... Zaujku... Diriku ini mempunyai banyak kekurangan yang mungkin tersembunyi...biarpun luaran ku nampak cukup,namun yang tersembunyi itu sukar untuk dimengerti... Boleh jadi apa yang ku lakukan nanti banyak silapnya,maka tegurlah diriku... Kesabaranmu juga perlu lebih tinggi.. Wanita sepertiku terkadang kurang sabarnya, ada waktunya halus perasaanku dan ada waktunya bahumu ku perlukan untuk bersandar dan menangis..
ILHAM:: InsyaALLAH sayangku... ku lakukan apa yang ku termampu.. keindahan dunia yg sementara ini takkan nampak oleh hati-hati yang buta.. Penuhilah hati kita dengan kesyukuran,insyaALLAH, bahagia itu akan mendatangi kita.... Tabahlah hadapi rintangan hidup ini bersamaku.. Maafkanlah dengan segala kekuranganku...
AMEERA DANIA BALQIS:: Zaujku.... Ujian Allah kepada kita adalah tanda sayangNYA kepada kita.. dan DIA lebih tau akan kemampuan kita.. Bila dirimu tidak mampu melangkah,maka ku bersedia berkongsi kaki ini utk kta sama2 melangkah,tangan ini bersedia menyuapkan makanan untukmu.
ILHAM:: Cintaku......
AMEERA DANIA BALQIS:: Yer sayangku....
ILHAM:: Kenapa tafsiran cinta itu berbeza-beza?
AMEERA DANIA BALQIS:: Kerana pemikiran manusia itu berbeza-beza. cinta sesama manusia jika tidak di landasan yang betul maka bermacam-macamlah huraian mengenainya.,.. ujiannya juga tidak semuanya sama.. definisi cinta itu sendiri sangat luas.. Ada yang mengangapnya rumit,malah ada juga yang menganggapnya mudah.. Tapi jika mengenai cinta yang SATU,maka semua akan memberi definisi yang sama...
ILHAM::Jadinya, semua orang juga berhak menilai cinta sesama manusia lah kan? Apelah akan jadi ye kalau kita rentangkan kertas yang besar dan minta semua orang mendefinisikan maksud cinta pada mereka....
AMEERA DANIA BALQIS:: Hehehehe... Pastinya nanti kertas itu dah boleh jadi seperti lapisan bumi... seperti peta dunia yang ada selok beloknya... dengan pen yang berwarna warni,seperti apa yang ada di hadapan mata kita sekarang.. kehijauan pemandangan,birunya langit,tanah coklat,aliran sungai.... Bila semua orang berganti-ganti membacanya pasti ada yang ketawa dan mungkin juga ada yang tidak berpuas hati... Itu tandanya kisah cinta setiap orang itu berbeza- sehingga ujudnya definisi yang berbeza-beza..
ILHAM:: Erm... nak tau tak ape definisi abg mengenai cinta?
AMEERA DANIA BALQIS:: Tak nak lah.. abg simpan jer definisi cinta abg tu.,.. kehkehkeh...
ILHAM:: Uikkkk... Patah seribu hatiku.. hehehehe.. ape lah dinda ni...
AMEERA DANIA BALQIS:: Ehh.. eeee.. dinda-dinda.. oldskol sungguh...
ILHAM:: Hahahaha.. dah,jom kita balik cintaku................................
AMEERA DANIA BALQIS:: Jom hatiku. Sayang pimpin abg ea.... ehh,ni pun nak tulis ea? hihihihi
ILHAM:: kalo nak,tanda tangan terus pun takper. hehe.. nanti-nanti boleh baca balik.. :)
AMEERA DANIA BALQIS & ILHAM
(20.05.2012)
SURAT CINTA KITA.
20.05.2020
Di kala ini,diriku berseorangan kembali.. dan menjadi isterimu adalah kenangan terindah yang tak mungkin ku dapatkan lagi.... disisimu ku sentiasa tersenyum bahagia walau bicara kita cuma di atas kertas putih. Kini kau tiada lagi di sampingku dan resahku menanggung rindu. Hanya pada Allah aku berdoa agar engkau sentiasa dalam rahmatnya.. nantikanlah diriku.. Definisi cintamu menjadi rahsiamu selamanya... Jika pernah kau katakan bisu itu adalah kekuranganmu,bagiku,itulah kelebihanmu dan kelebihan dalam perhubungan kita.. Kita mampu menulis. dan kita sentiasa mewarnai kertas-kertas yang putih bersih itu. Dan itulah yang menjadi warna dalam kehidupan kita.... Senyuman pagimu kepadaku cukup menenangkan ku. tanpa secebis bicarapun renungan menjadi perbualan.. Kini tiada lagi renungan dan senyuman itu.. Namun hati ini ikhlas dan bersyukur.. pergimu dahulu sebelumku,dan kita sentiasa berkongsi langkah yang sama. Walau banyak mata-mata yang bersimpati,namun ku bangga, kerana kau halal bagiku.. Inilah cinta dan pengorbanan bukan hanya mimpi-mimpi indah,tapi ianya kenyataan yang terindah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan