Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
2. orang yang sedang berada didalam tandas
3. Orang yang sedang makan dan minum
4. orang yang sedang berperang
5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.
Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.
Ucapan salam yang lengkap adalah “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” yang artinya “semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian”. Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika beliau tengah bersama isterinya, ‘Aisyah RA, beliau bersabda:”Ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu”. Maka ‘Aisyah RA menjawab:”Wa ‘alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh” (HR. Bukhary dan Muslim).Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:
a. Assalaamu ‘alaikum
b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)
sumber dr blog dungun...
hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang maksudnya; “Dari Wabisat bin Ma’bad (radiallahua’anh) katanya: Aku datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia bertanya; Kamu datang bertanya dari hal kebaikan? Aku menjawab: Ya! Ia berkata: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang mententeramkan dirimu kepadanya dan mententeramkan hati. Dan dosa itu ialah apa bergetar dalam hati dan ragu dalam dada, sekalipun manusia yang berfatwa telah memberi fatwa kepadamu.” (Hadis Ahmad dan ad-Darimi dengan sanad ‘hasan’)
kemusykilan ttg menjawap salam dari bukan muslim.
Pertama: Surah an-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”
Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberi sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Dalam menghuraikan ayat surah al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani (rahimahullah) menyebutnya dalam bentuk qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu ‘alaikum (kemusnahan ke atas kamu). Inilah kezaliman yang nyata”.
Pertama: Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. (Hadis Muslim)
Kedua: Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)
Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Ucapan salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, tetapi berkasih sayang di antara orang kafir adalah dilarang sama sekali. Al-Qur’an menyebutkan bahawa, “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22). Sebagai gantinya, ucapan yang menjadi kebiasaan boleh digunakan.
Para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja. (Tafsir al-Mazhari, 2/175)
Hadis yang menunjukkan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) memberi salam kepada satu majlis yang bercampur di antara Muslim dan orang kafir sebenarnya salam itu ditujukan kepada orang Islam yang ada di majlis tersebut. Kefahaman ini sejajar dengan maksud hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang melarang kita memulakan salam kepada bukan Islam seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di atas.
Berdasarkan riwayat dari Ibn Abbas (radiallahua’anh) yang menyuruh orang Islam menjawab salam orang kafir dari kalangan Yahudi, Kristian dan Majusi, pertamanya riwayat ini tidak menerangkan bagaimanakah caranya. Jika benar sekalipun riwayat ini boleh dijadikan hujah, kita hendaklah menilainya berdasarkan satu kaedah bahawa apabila amalan sahabat (radiallahua’anh) bertentangan dengan sabdaan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang berbentuk perintah, maka hadis perintah hendaklah didahulukan dan diutamakan.
Saya cuba mencari semua ini tadi... mungkin anda2 yg berada di semenanjung tidak mengalami masalah ini tapi,baru sebentar td(23.05.2011/3.00pm) ada seorg driver lory datang ke opiz saya dan memberi salam.. mujur saja saya tidak terus menjawapnya..dan bila dilihat,dia mempunyai tatu di lengan... Jadi saya terasa musykil,betulkah dia ini muslim atau sekadar suka2 memberi salam.. caranya ' samekom' jd saya tidak menjawap dan hanya senyum saja... Dan bila saya cari2 ini di antara yg saya jumpa... dan masih cuba fahami... Perkara ini pernah dibangkitkan pada tahun 2007 kalau xsilap saya... Bagi sesiapa yg ada penjelasan lengkap,bolehlah tolong kemukakan lagi kpd saya yer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan