Jumaat, Mac 11, 2011

*penting ker???**


Penting kerrr???

Ape dia? percaya bahawasanya hati ini mudah lembut...

Selembut2 hati ini,sangat mudah ia terluka....

Sudah memaafkan???

Mulut meng'iyakan... Namun hati???

Hati sukar untuk dibongkar....

Mudah untuk menyembunyikan...

Sampaikan empunya hati sendiri xtau bahawa hatinya masih belum dpt menerima kenyataan...

Hari ini dia tabah,namun esok???

HATI....HATI...HATI....HATI-HATI....

Saya muda,walaupun xseberapa muda,ehehehe...

Pengalaman saya dalam soal hati xla tinggi sangat...

Namun saya bersyukur kerana hati saya sering teruji...

Itu yang mendewasakan saya,walaupun yg banyaknya kebudak2an..ehehehe

Saya cuma nak menasihatkan,jika sesuatu itu berkaitan dengan hati,,,,

YAKINLAH,bahawa kita mampu menghadapinya asalkan kita berserah hanya kepada ALLAH...

Hati itu urusan ALLAH...

Jangan mudah berkata benci,kerana kita xtau apa yang telah pun ditetapkan ke atas diri kita...

Tak perlu pertaruhkan nyawa atas nama cinta dunia...

Kerana tanpa cinta sekalipun nyawa kita akan dicabut juga...

Tak ada satu alasan pun yang memustahilkan kita untuk mati...

Mati itu adalah perjanjian kita dengan ALLAH sebelum kita di lahirkan ke dunia...

Begitulah juga soal hati ni...

Jodoh kita itu mungkin ada depan mata....

Namun masanya belum tepat utk meletakkan namanya di sudut hati kita....

Bila hati dah di jentik,masa itulah baru kita sedar..

Cinta yang sebenar ialah,sesuatu yang boleh menaikan semangat kita utk berusaha...

contohnya, 'aku ingin memiliki dia'

'Memiliki' yg saya maksudkan ialah,teman hidup....

Bila terniat sahaja hendak mendirikan rumah tangga,maka usaha utk mengumpul duit serta menyediakan kelengkapan itu sudah tentu semakin meningkat...

Dan bila anda mempunyai ayat ini....'DUIT BELUM CUKUP' 'DUIT DAH ADA,TP TANGGUHKAN DULU' 'ERMM,NANTI2 LAH KITA KAHWIN' 'SAYA NAK ENJOY DULU' itu maknanya anda masih belum bersedia dan jodoh itu msh belum ada....

Jangan terlalu merancang....Tau kenapa? mudah bosan,perancangan yang terlalu lama@ sempurna akan membuatkan sesuatu itu tidak menjadi...Jadi cubalah utk bersederhana...


Sememangnya,dalam dunia ni macam2 boleh jadi...jarak,masa itu bkn masalahnya...Masalah utama manusia sebenarnya hati...Bertapa bahayanya hati,dan bertapa besarnya kuasa hati ini....Lemah hati,lemahlah badan....Hitam hati,hitamlah perbuatan...

Bercintalah selama mana sekalipun,kalo xjodoh,xkan bersatu...

atau, bercintalah dengan jarak jauh n sejauh mana sekalipun,kalo dah jodoh,tetap juga akan bersatu...TAPI AWAS!!!! JANGAN MENIPU...Jangan biarkan org berharap... mustahil xada perasaan... ingatlah ALLAH itu maha adil... Xkena kat kita,mgkin adik bradik kita yg dapat balasan....Sebab itu lah selalu saya tekankan,dalam dunia ini bukan mengenai kita seorg,tetapi melibatkan keluarga kita,rakan2 kita dan semua yang kita kenal....

Baiklah,itu sahaja utk hari ini..hehe

SAMA-SAMA MENJAGA HATI,

JANGAN SOMBONG,SAYA,AWAK ATAU SEMUA ADA HATI...

SELAGI NAMANYA HATI,PASTI ADA YANG SAKIT DAN PASTI ADA YANG BAHAGIA...


♥♥♥AMALINA BT SA'AT♥♥♥

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...