Khamis, Januari 20, 2011

KISAH SAHABAT.

ASSALAMUALAIKUM....
Ini adalah kisah 3 org bersahabat.....selamat membaca....

Syahadah,Syafiqa,Syahida........

SYAHADAH
Seorang gadis yg terkenal dgn keayuannya,lembut tutur katanya,pandai berkata2,serta pandai memberi kata motivasi...
Sangat menyayangi keluarga dan sahabatnya...
Mudah terasa,mudah simpati,mampu memberi semangat kpd dri sndri serta org lain..
Suka cakap lepas..hehehe...

SYAFIQA
Seorang gadis yang ayu,manis,serta lembut bicaranya..
Pandai berkata2,penuh motivasi,keinginan belajar yang tinggi..
Sangat sayang kpd keluarganya,disayangi semua orang,serta seorang yang setia..
Suka merendah diri,namun kuat merajuk...

SYAHIDA
Seorang yang ayu,manis,peramah,serta lembut juga bicaranya..
Petah berkata2,disukai ramai dan sporting...
Sangat menyayangi keluarganya dan para sahabatnya...

Bacalah cerita ini dengan tenang....hehehehe

Perkenalan bermula di laman sosial...Syahadah yang pertamanya berkenalan dengan Syafiqa... Pada mulanya mereka hanya berkenalan biasa sahaja...Namun mereka semakin akrab pabila segala topik yang mereka bincangkan pasti akan di bahas dengan jayanya....Keterbukaan mereka dalam berbincang amat menarik kerana isi2nya mmpunyai makna dan walaupun kadang2 mereka tak sependapat,tetapi mereka tidak bergaduh..Sebaliknya mereka menerima dengan hati yang tenang...Mereka saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah,walaupun mereka tidak pernah bertemu....Sehinggalah mereka berikrar untuk jadi sebagai adik beradik....
Setelah itu,mereka berkenalan pula dengan sorang insan yg bernama Syahida...Perkenalan bermula juga daripada Syahadah...Syahadah mengenali Syahida melalui laman sosial juga,dan kebetulan Syahida berkawan dgn salah seorang rakan sekolah Syahada..Syahada dan Syahida mempunyai persamaan dari segi perwatakan..iaitu suka bergurau dan juga membuli...Oleh sebab itu mereka mudah mesra...Syahida yang suka mengganggu Syahada itu secara xsengaja telah mempertemukannya dengan Syafiqa..dan secara langsungnya mereka menjadi adik beradik angkat...
Kisah cinta mereka agak berbeza sekali...Syahadah,mempunyai kekasih hati,namun nasib nya dalam percintaan itu kurang baik...Setianya di balas dengan kecurangan..Namun saudara2nya iaitu Syafiqa dan Syahida tau bahawa dia seorang yang tabah...Syafiqa sering menasihatinya serta memberi kata2 motivasi kepadanya...Walaupun dia sudah memutuskan hubungan cintanya,namun ada yang sedang menunggunya...Walaubagaimanapun,Syahadah sudah tidak mampu menerima mana2 cinta dari lelaki..Mungkin kerana dia trauma atau masih memerlukan waktu...
Syafiqa pula...Seorang yang setia...Tersangat setia,menunggu,menanti..Kekasihnya yang tak pernah sekalipun dia tatapi,jumpa....Pada awal perhubungan,dia redha dan percaya akan jodoh dr ALLAH S.W.T. Dia percaya akan cinta yang tulus walau tanpa bertemu...Sangat setia bukan? Namun kemunculan Syahada td telah sedikit sebanyak mengacaukan segalanya...Setiap permasalahan Syahada dgn kekasihnya dulu membuatkan Syafiqa runsing dan kepercayaannya dulu sedikit goyah...Mengapa???
Ini adalah kerana,mungkin agak logik bahawa tidak sepatutnya mempercayai cinta jarak jauh 100%...Kalaupun selalu bertemu tapi masih banyak masalah,inikan pula yang tak pernah bertemu...
Syahida pula....kisah cintanya agak istimewa...kesetiaan kekasihnya,mengatasi segala masalah...Syahida merupakan seorang yang matang serta mampu membuat keputusan...Kalaupun dia ada masalah,dia akan bercerita sama ada dengan Syahadah ataupun Syafiqa...Sehingga kini dia masih lagi bersama kekasihnya itu...Syahida yang selalu ceria,dan menceriakan orang di sekelilingnya...Amat mengambil berat akan saudara2nya...
Syahada yang selalunya bermasalah....Gurauannya terkadang membuatkan saudara2nya terasa hati...Sangat suka menggangu perasaan orang...Namun dia tidak la sengaja melakukan itu...Dia ingin melihat semua gembira walaupun pada zahirnya caranya itu adalah salah...Syahada pernah mengatakan bahawa,baginya cinta itu sudah tiada maknanya lagi...Namun,hati kecilnya masih ingin di sayangi..Satu perangai Syahada ini bila sudah mempunyai kekasih...Syahadah adalah seorang yang setia dan tak pandai menipu..Jujur menyatakan cinta,namun keraguan di hatinya sangat tinggi terhadap pasangan...Sikap ini agak kurang baik..Ini mungkin akan mengakibatkan salah faham dan kurang percaya terhadap pasangan...Syahadah seharusnya yakin dengan perasaannya itu walaupun belum 100%....
Syafiqa pula masih dalam kerunsingan... Bagaimana dia hendak percaya dan lalui kisah cintanya? Keindahan cuma sementara.Kekasihnya semakin menjauh malah masih tidak memberikan kata akhir...Wahai lelaki,senangnya mempermainkan perasaan wanita...Airmata sering menitik..Hati sering saja terguris...Mudahnya mencintai dan mudah pula terluka...
Syahadah,Syafiqa dan Syahida menjadi semakin akrab...Walau apapun yang terjadi,mereka xakan pernah berpisah...Kalaupun ada rasa iri hati,terasa hati atau pun makan hati,perasaan itu tidaklah lama...Kerana mereka mempunyai sikap pemaaf yang tinggi...Keistimewaan mereka adalah kesetiaan,kemaafan,senang ceria... Kalau diam salah seorang daripada mereka,yang 2 orang juga pasti turut merasa sunyi...Ini bermakna mereka tak akan mampu jika salah seorang daripadanya tiada...Cinta mungkin amat penting,namun Persaudaraan itu mengatasi segalanya...
Dunia amat luas...perjalanan juga masih jauh...Selagi Allah mengizinkan kita untuk hidup di muka bumi ini,maka seharusnya kita bersyukur...Maafkanlah jika ada kesilapan..Ingatlah,selagi Allah mengizinkan kita hidup,walau menggunakan bantuan mesin pernafasan sekalipun,bersyukurlah...Dan hargai persahabatan,persaudaraan...Kita tidak hidup sendirian di dunia ini,jadi kalaupun kita sebatang kara,kita masih ada tanggungjawap kepada diri dan juga Allah..Bersahabatlah seramai yang mungkin kerana bila kita kehilangan cinta,kita masih punyai sahabat...tapi kalau bercinta dengan ramai manusia(kekasih) tanggung lah akibatnya..hehehe
Sesungguhnya Allah suka manusia yang hatinya penuh rasa cinta dan sayang..Cinta dan sayang ini banyak maksudnya...tetapi cinta kerana Allah,insyaALLAH akan kekal sampai bila2....Jangan turutkan rasa hati,ceriakanlah diri...
UKHUWAH YANG TERBINA,
BIARLAH SEPERTI SEUTAS TASBIH
ADA AWALNYA,TIADA HUJUNGNYA.
DICIPTA UNTUK MENGINGATI-NYA
DIRATIB DEMI REDHA-NYA

Indah bicara wanita muslimah,ikhlas memberi cintanya yang setia...
Murni hatinya,ikhlas kasih sayangnya....
Junjunglah cinta yang satu,dari awal hingga ke akhirnya...
SEKIAN...

NURKILAN IKHLAS,
AMALINA BINTI SA'AT

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...